GWM Malaysia mencatat sejarah baharu apabila Haval H6 HEV disahkan dalam ASEAN Records sebagai SUV hibrid pertama di rantau ini yang mencapai jarak pemanduan terpanjang dalam keadaan pemanduan sebenar iaitu sejauh 1,242km dengan satu tangki penuh.
Selain itu, 38 pemilik turut berjaya melepasi jarak 1,000km, membuktikan keupayaan sebenar model ini di jalan raya.
Cabaran daya tahan bahan api ini menampilkan penggunaan harian tulen tanpa pengubahsuaian atau ujian makmal, menjadikan pencapaian ini satu kejayaan unik dalam segmen SUV hibrid di ASEAN. Malah, ia juga menandakan permulaan era baharu bagi kenderaan yang bukan sahaja canggih tetapi juga praktikal untuk keperluan seharian rakyat Malaysia.
Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui Anqi, menyifatkan pencapaian ini sebagai bukti dunia sebenar terhadap kemampuan Haval H6 HEV selari dengan arah strategik baharu syarikat, sekaligus meningkatkan pengalaman pemanduan harian melalui inovasi terbukti.
Sempena kejayaan tersebut, GWM Malaysia memperkenalkan slogan baharu 'Elevate Your Everyday' untuk Haval H6 HEV.
Pendekatan ini menyerlahkan lagi nilai utama SUV ini seperti jarak pemanduan jauh, prestasi hibrid unggul, teknologi terkini dan keselesaan premium yang menjadikan setiap perjalanan lebih lancar dan bermakna.
Pengiktirafan ini juga menandakan perubahan peradigma daripada sekadar kecekapan bahan api kepada ketahanan bahan api sebenar.
Dengan lebih 1,000km dicapai oleh pengguna sebenar, Haval H6 HEV terbukti bukan sekadar pilihan bijak tetapi pelopor baharu dalam segmen SUV moden.
Untuk maklumat lanjut, layari www.gwm.com.my atau kunjungi pengedar sah GWM terdekat.
Leave a Reply