Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Cikgu Dedah Sikap Pelajar Mengeluh Tak Dapat BUDI95 Sebab Tiada Lesen
Auto Terkini

Cikgu Dedah Sikap Pelajar Mengeluh Tak Dapat BUDI95 Sebab Tiada Lesen

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam12/10/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Pelajar sekolah mengadu tidak dapat BUDI95 sebab tiada lesen memandu.

SEORANG guru sekolah menengah, Daryl (@darylpeter82) mendedahkan masih ramai pelajar yang menunggang motosikal ke sekolah tanpa lesen memandu dan kini merungut kerana tidak layak mendapat subsidi petrol BUDI MADANI RON95 (BUDI95).

Program BUDI95 membolehkan semua rakyat Malaysia menikmati petrol RON95 bersubsidi pada harga RM1.99 seliter dengan had 300 liter sebulan, tetapi hanya kepada mereka yang memiliki MyKad dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang masih aktif.

Pelajar Mengeluh Tak Dapat BUDI95 Sebab Tiada Lesen

 

View on Threads

 

Menurut Daryl, ramai pelajar di sekolahnya mengeluh kerana perlu membayar harga RM2.60 seliter, iaitu harga pasaran tanpa subsidi, selepas pelaksanaan BUDI95 pada 30 September lalu.

Ramai pelajar turun ke sekolah guna motosikal, tapi tiada lesen. Patutlah mereka marah dengan sistem BUDI95 sebab tak layak dapat subsidi,” katanya menerusi satu hantaran di Threads.

Ibu Bapa Degil, Tak Mahu Anak Ambil Lesen

Guru itu turut berkongsi pengalaman pihak sekolah sudah beberapa kali menasihati penjaga supaya memastikan anak-anak mempunyai lesen memandu sah, tetapi ada ibu bapa yang enggan mendengar nasihat.

Ada juga ibu bapa cakap anak pandai bawa motor jadi tak perlu lesen. Degil tak nak ikut undang-undang,” jelasnya.

Pelajar Sanggup Ubah Suai Motosikal, Tapi Berkira Bab Minyak

Daryl turut mempersoalkan sikap pelajar yang sanggup berbelanja besar mengubah suai motosikal, tetapi berkira membayar petrol tanpa subsidi.

Motosikal dah modify beratus ringgit tapi berkira bab minyak. Tak dapat BUDI95, rugi RM2 lebih setiap kali isi Honda Wave,” katanya.

Reaksi Netizen: Biar Jadi Pengajaran

Komen netizen pasal pelajar tak layak BUDI95

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi netizen media sosial yang turut berkongsi pengalaman serupa.

Pelajar saya pun sama. Bawak motor 15km ke sekolah tanpa lesen, motor pula lagi mahal daripada cikgu punya,” komen seorang guru lain.

Ramai menegur sikap pelajar yang mampu berhabis ratusan ringgit untuk aksesori motosikal, tetapi tidak sanggup melabur untuk lesen memandu.

Nak modify ada duit, nak buat lesen tak ada duit? Kena ubah keutamaan tu,” tulis seorang pengguna Threads.

Hampir 900,000 Warga Asing Tak Layak Subsidi

Dalam perkembangan lain, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan hampir 900,000 warga asing di Malaysia tidak layak menerima subsidi petrol selepas pelaksanaan BUDI95.

Menurutnya, 878,279 pemegang LMM adalah bukan warganegara, termasuk 18,710 penduduk tetap, kini dikecualikan daripada bantuan subsidi tersebut.

Mereka layak memiliki lesen memandu, tetapi bukan warganegara, jadi tidak akan menerima subsidi minyak,” jelas Loke.

SUMBER: TheRakyatPost

Auto Terkini BUDI95 kerajaan madani Petrol RON95 Subsidi Bersasar
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Syarikat Penerbangan Asia Mula Naikkan Harga Tiket

10/03/2026
Roda4

Porsche Pertimbang Satukan Model Taycan dan Panamera

10/03/2026
Auto Terkini

Chery TIGGO 7 Raih Empat Penarafan Keselamatan Lima Bintang Global

10/03/2026
Auto Terkini

JPJ Bakal Guna Dron Teknologi Tinggi Dalam Ops Hari Raya Aidilfitri

10/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.