Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Guna Transmisi CVT Sama Seperti Xpander, Tetapi Mitsubishi Xforce (2024) Lebih Responsif!
Autotainment

Guna Transmisi CVT Sama Seperti Xpander, Tetapi Mitsubishi Xforce (2024) Lebih Responsif!

ShawkathBy Shawkath13/09/2023
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


WALAUPUN menggunakan sistem transmisi automatik CVT yang sama seperti Xpander, Mitsubishi XForce (2024) dikatakan menawarkan prestasi pemanduan lebih responsif.

Ini dinyatakan Masahiro Tamura, iaitu wakil dari Jabatan Penilaian Produk Mitsubishi Motors di Karawang, Jawa Barat, Indonesia.

Beliau berkata, sistem transmisi CVT  pada model Mitsubishi XForce (2024) menerima tetapan dengan talaan baharu.

Transmisi CVT digunakan sama seperti Xpander, cuma ciri lebih sofistikated dan boleh dirasai secara langsung.”

Komponen agihan kuasa mampu mengenal pasti jalan dilalui dengan respons lebih pantas. Antaranya adalah ketika mendaki bukit yang mana kuasa dihasilkan 25 peratus lebih bertenaga tanpa perlu memijak pedal minyak lebih kuat.

Tamura berkata;

Ketika mendaki, pemandu tidak perlu menambah tekanan pedal minyak kerana kenderaan boleh mengesan peningkatan (sudut permukaan jalan). Jadi, kenderaan secara automatik akan menambah kuasa hingga 25 peratus.”

Malah ketika menuruni bukit, transmisi secara automatik mengurangkan kuasa hingga 10 peratus untuk membolehkan pembrekan enjin. Perubahan dalam transmisi itu mampu menawarkan keselamatan dan keselesaan kepada pemandu ketika naik atau turun bukit.

Pelumba Mitsubishi, Rifat Sungkar pula berkata;

Kenderaan ini secara automatik boleh membaca curam jalan ketika mendaki atau turun bukit. Apabila daki bukit, anda tidak perlu pijak pedal minyak lebih kuat. Ketika turun pula, kenderaan akan rasa seperti pembrekan enjin.

Rifat berkata lagi, satu lagi penambahbaikan boleh dirasai pemandu ialah daya pecutan. Dalam pemanduan santai, perubahan gear cukup lancar yang menyamai karakter CVT. Bagaimanapun, apabila pendikit dipijak lebih kuat, agihan kuasa terasa seperti transmisi 8-kelajuan.

Selain itu, pemanduan Mitsubishi XForce (2024) dan Xpander juga berbeza walaupun kedua-dua model itu menggunakan transmisi CVT yang sama.

Xpander ialah kenderaan famili, manakala XForce ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) untuk aktiviti di permukaan mencabar. Malah XForce juga ada empat mod pandu, iaitu Normal, Wet, Gravel dan Mud.

BACA >>> SUV Segmen-B Mitsubishi Xforce (2024) Debut di Indonesia, Masuk Malaysia Tahun Depan?

SUMBER: Carmudi

autotainment Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Masahiro Tamura Mitsubishi Xforce (2023) Mitsubishi Xforce (2024) Rifat Sungkar Roda4 SUV
Shawkath

Artikel Berkaitan

Lepas L8
Autotainment

#TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Sebut ‘Lepas’ yang Betul?

23/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Malaysia Rai Ulang Tahun Pertama, Harga D9 Kekal Hingga 2026

24/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Tesla Model Y Long Range RWD Kini di Malaysia, Jarak 661km WLTP, Harga RM216,450

24/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Tesla Model 3 Varian Paling ‘Rahmah’ Kini di Malaysia, Jarak 534km WLTP, Harga RM147,600

23/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.