• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Guna Lorong Kecemasan: Pesalah Akan Terus Diheret Ke Mahkamah - JPJ

Guna Lorong Kecemasan: Pesalah Akan Terus Diheret Ke Mahkamah - JPJ

October 12, 2016 By Abang GYL 1 Comment

FacebookTwitter

lorong-kecemasanAMARAN keras diberikan kepada pengguna jalan raya yang menggunakan lorong kecemasan. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semalam memberi amaran keras termasuk mengheret mereka yang bersalah menggunakan lorong kecemasan terus ke mahkamah.

Memetik laporan daripada The Sun Daily, Pengarah Penguatkuasa JPJ, Datuk Valluvan Veloo berkata, pihaknya tidak berkrompomi dengan mana-mana pengguna yang menggunakan lorong kecemasan.

guna lorong kecemasan
Kredit Foto: Harian Metro

" Kami menerima hampir 80 peratus aduan daripada orang awam terhadap mereka yang bersalah menggunakan lorong kecemasan.

" Kami tidak lagi akan mengeluarkan kompaun RM300 bagi kesalahan menggunakan lorong kecemasan sebaliknya terus mengheret mereka  ke mahkamah.

" Untuk itu, kami berharap orang ramai dapat terus menyalurkan maklumat dan aduan sekiranya mendapati ada kenderaan yang menggunakan lorong kecemasan," katanya.

BACA>>> Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

Tambah Valluvan lagi, pihaknya akan terus mengadakan operasi dari masa ke semasa.

Dalam operasi dijalankan semalam, JPJ mengeluarkan 33 saman terhadap pemandu yang menggunakan lorong kecemasan di Lebuhraya Persekutuan. Turut disaman adalah pemandu warga asing yang juga melakukan kesalahan sama selain tidak memiliki lesen memandu.

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Datuk Valluvan Veloo, guna lorong kecemasan, Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ, Lorong Kecemasan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Proton X70 1.5L TGDi dari Shah Alam ke Desaru, Macam Tak Ada Beza Pun!

PROTON baru-baru menjemput media tempatan untuk sesi pandu uji khas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my