Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Grab Malaysia Perkenal Grab EV untuk Pengangkutan Lapangan Terbang KLIA!
Auto Terkini

Grab Malaysia Perkenal Grab EV untuk Pengangkutan Lapangan Terbang KLIA!

SyafieBy Syafie25/06/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Grab EV di KLIA
GRAB Malaysia hari ini melakar langkah penting menuju mobiliti rendah karbon menerusi pelancaran rasmi Grab EV iaitu kenderaan elektrik (EV) khas untuk perkhidmatan pengangkutan lapangan terbang.

Majlis pelancaran telah disempurnakan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

BYD M6 Dipilih Sebagai Kenderaan Elektrik Grab EV

Grab EV di KLIA

Menariknya, perkhidmatan Grab EV itu akan menggunakan MPV elektrik 7-kerusi, BYD M6 yang menawarkan perjalanan lebih senyap, selesa dan mesra alam.

Kerusi barisan ketiga boleh dilipat bagi menambah ruang bagasi, sesuai untuk penumpang yang membawa banyak barangan dari lapangan terbang.

Grab EV di KLIA
Grab EV di KLIA

Tempahan boleh dibuat terus melalui aplikasi Grab seperti biasa, dan perkhidmatan itu ditawarkan eksklusif untuk penumpang yang tiba di KLIA.

Kerjasama Strategik ke Arah Mobiliti Hijau

Projek Grab EV turut menyaksikan kerjasama erat bersama rakan strategik seperti BYD Simę Motors, Yinson GreenTech, dan Power-Up Tech (P.UP).

Gabungan tersebut menandakan komitmen Grab dalam membina ekosistem EV yang mampan sambil menyokong Ekonomi Hijau Malaysia dan usaha negara ke arah pengurangan emisi karbon.

Pengarah Operasi Negara dan Mobiliti Grab Malaysia, Rashid Syukor berkata;

Kami berbangga memperkenalkan pilihan perjalanan elektrik untuk pelancong dari lapangan terbang. Dengan menumpukan lokasi tumpuan seperti KLIA, kami mahu mengetengahkan kebolehgunaan dan kelebihan EV, selain meningkatkan kesedaran orang ramai tentang mobiliti hijau.”

Bilik Istirahat EV Khas untuk Penumpang di KLIA

Grab turut memperkenalkan bilik istirahat khas Grab EV Lounge di KLIA yang menjadi ruang selesa untuk penumpang berehat sementara menunggu kenderaan EV tiba.

Inisiatif itu bukan saja meningkatkan pengalaman pelanggan tetapi memberi pendedahan terus kepada kemudahan dan keselesaan EV.

Sokongan Penuh Kementerian Pengangkutan

Loke dalam ucapan berkata;

Pelancaran flit EV dan Grab EV Lounge di KLIA bertepatan visi Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030 dan Pelan Strategik MOT 2021-2025. Usaha pemain industri seperti Grab amat dialukan dan kami berharap kerjasama ini membuka jalan kepada keyakinan orang ramai terhadap mobiliti elektrik.”

Langkah Strategik Menuju Matlamat Neutral Karbon

Grab mensasarkan mencapai neutraliti karbon menjelang 2040. Pelancaran Grab EV adalah antara komitmen awal ke arah matlamat tersebut, selain mendidik pasaran dan menyediakan akses kepada teknologi pengangkutan rendah emisi.

Pelancaran Grab EV di KLIA menandakan anjakan besar dalam sektor pengangkutan awam atas permintaan di Malaysia.

Dengan BYD M6, bilik istirahat eksklusif dan sokongan rakan ekosistem, Grab membuktikan masa depan mobiliti adalah lebih hijau, selesa dan lestari.

Anthony Loke Siew Fook Auto Terkini BYD M6 Grab EV Grab Malaysia Kementerian Pengangkutan (MOT) Kenderaan Elektrik (EV) Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.