APLIKASI Google Maps memainkan peranan penting dalam membantu pasukan penyiasat Sepanyol menyelesaikan kes pembunuhan yang berlaku setahun lalu.
Pada November 2023, pihak berkuasa wilayah Castile dan Leon memulakan siasatan selepas menerima laporan mengenai kehilangan seorang lelaki. Siasatan tersebut membawa kepada penahanan seorang wanita yang juga pasangan mangsa, dan seorang lagi lelaki di wilayah Soria pada 12 November.
Bagaimanapun, petunjuk penting ditemui melalui imej Google Street View yang menunjukkan seorang individu sedang memasukkan objek dibalut plastik putih ke dalam but kereta. Berdasarkan petunjuk ini, polis akhirnya menemui mayat mangsa yang sudah reput di satu tanah perkuburan, awal bulan lalu.
Difahamkan, ini kali pertama dalam tempoh 15 tahun kenderaan Google merakam imej Street View di bandar Tajueco. Selain itu, imej lain yang agak kabur turut menunjukkan individu tersebut mengangkat bungkusan putih ke dalam kereta sorong.
Menurut laporan akhbar El Pais, mangsa ditemui lelaki warga Cuba berusia 33 tahun.
SUMBER: CNN
Leave a Reply