Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»‘Gong Xi Eid Bersama EON’ Tawar Diskaun hingga RM58k, Tempahan Serendah RM88
Auto Terkini

‘Gong Xi Eid Bersama EON’ Tawar Diskaun hingga RM58k, Tempahan Serendah RM88

Han OthmanBy Han Othman09/02/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Gong Xi Eid Bersama EON 2026

SEMPENA sambutan Tahun Baru Cina dan ketibaan Ramadan, EON Berhad melancarkan kempen perayaan khas bertemakan ‘Gong Xi Eid bersama EON’, yang berlangsung tiga hari pada 6 – 8 Februari 2026.

Kempen itu dianjurkan serentak di semua cawangan EON seluruh negara dan beberapa lokasi pusat membeli-belah terpilih, yang menampilkan jualan penghabisan stok skala nasional dengan penjimatan sehingga RM58,000 untuk model terpilih membabitkan pelbagai jenama bawah EON.

Ini sekali gus membuka peluang menarik kepada pelanggan yang ingin menaik taraf kenderaan, menggantikan kereta sedia ada atau memiliki kereta pertama dengan tawaran lebih berbaloi.

Pandu Uji, Hadiah Eksklusif dan Tempahan Bermula RM88

Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026

Selain promosi harga, orang ramai turut berpeluang merasai sendiri barisan kenderaan EON menerusi sesi pandu uji, dengan hadiah eksklusif menanti pelanggan yang menyertai.

Antara ganjaran ditawarkan ialah kereta Hot Wheels, hamper perayaan dan baucar terpilih sebagai tanda penghargaan EON kepada pelanggan.

Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026

Bagi memudahkan proses pemilikan, EON turut menawarkan yuran tempahan khas bermula serendah RM88 sepanjang tempoh kempen.

Pelanggan yang membuat tempahan juga layak menyertai cabutan bertuah, yang menambah lagi keterujaan kempen perayaan tersebut.

Mitsubishi Xpander Plus Jadi Hadiah Utama EON Dream Car Giveaway 2025

EON Dream Car Giveaway 2025 | Nuurul Adibah Mansor

Seiring pelancaran kempen ‘Gong Xi Eid Bersama EON’, subsidiari Proton itu turut mengadakan majlis penyerahan kenderaan bagi program EON Dream Car Giveaway 2025.

Nuurul Adibah Mansor diumumkan pemenang hadiah utama dengan membawa pulang sebuah Mitsubishi Xpander Plus.

Beliau membuat tempahan kenderaan ketika kempen EON Dream Car Giveaway 2025 yang berlangsung Ogos – Disember 2025, dengan hadiah utama berupa kredit bernilai RM100,000 yang ditaja sepenuhnya EON bagi pembelian kenderaan seterusnya.

Kemenangan ini benar-benar di luar jangkaan. Saya amat berterima kasih kepada EON kerana menjadikan hari biasa satu kenangan yang cukup bermakna,” kata Adibah.

Ketua Pegawai Operasi (COO) EON, Mohammad Azwan berkata, kemenangan ini bukan saja menggembirakan pemenang, tetapi menjadi inspirasi kepada pelanggan lain bahawa impian memiliki kenderaan dapat direalisasikan bersama EON.

Maklumat Ringkas Kempen Gong Xi Eid Bersama EON

  • Tarikh: 6 – 8 Februari 2026
  • Diskaun: Sehingga RM58,000 (model terpilih)
  • Yuran tempahan: Bermula RM88
  • Aktiviti: Pandu uji, hadiah eksklusif dan cabutan bertuah
  • Lokasi: Semua cawangan EON dan pusat membeli-belah terpilih

Orang ramai dijemput mengunjungi mana-mana bilik pameran EON 6 – 8 Februari ini, atau lokasi pusat membeli-belah terpilih dari jam 10 pagi hingga 10 malam untuk menikmati penjimatan perayaan dan merasai sendiri pengalaman pemilikan kenderaan bersama EON.

Maklumat lanjut boleh layari www.eon.com.my atau ikuti saluran media sosial rasmi EON.

EON Dream Car Giveaway 2025
EON Dream Car Giveaway 2025
EON Dream Car Giveaway 2025
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini EON Berhad EON Dream Car Giveaway 2025 Gong Xi Eid Gong Xi Eid Bersama EON
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

CHJ Motors Sambut Ulang Tahun ke-55, Lancar Kempen ‘Satu Motor, Satu Rumah Impian’ – Hadiah Kondominium

28/03/2026
Aksesori

#BikinAuto: Lamborghini Urus SE Widetrack Urban Automotive Tampil Lebih Garang!

27/03/2026
AFEELA Prototype 2026
Auto Terkini

Sony Honda Mobility Tamatkan EV AFEELA, Duit Pelanggan Pulang Balik!

27/03/2026
Auto Terkini

JPJ: Lesen Tamat Tempoh Lebih 36 Bulan Tidak Layak Terima BUDI95

27/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Petrol RON95
Auto Terkini

Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

By Syafie26/03/2026
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Auto Terkini

Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

By Syafie25/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Roda2

MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

By Shazwan Hisam24/03/2026
Autotainment

Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

By Admin PanduLaju11/06/20166
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.