Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#GIMS2017: Volvo XC60 (2017) Tampil Muda dan Sporty, Ada Ciri Elak Perlanggaran
Roda4

#GIMS2017: Volvo XC60 (2017) Tampil Muda dan Sporty, Ada Ciri Elak Perlanggaran

Han OthmanBy Han Othman19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KENDERAAN utiliti sukan (SUV) saiz-pertengahan, Volvo XC60 (2017) muncul memukau pengunjung di Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS) 2017 dengan berkongsi platform dan mengambil ilham rekabentuk daripada abangnya, XC90. Namun, Volvo menegaskan bahawa XC60 (2017) bukan sekadar versi abang yang ‘diadikkan’. Menurut Naib Presiden Rekabentuk Volvo, Thomas Ingenlath, XC60 (2017) bukan revolusi daripada XC90 seperti disangka ramai orang. Sebaliknya satu langkah besar dan penambahbaikan dengan platform baharu.

Posisi duduk pemandu lebih rendah berbanding XC90 dengan sisi kereta tampak maskular dengan garis pinggir badan terserlah di penjuru belakang dan depan yang bersambung dengan lampu utama rekaan baharu. Desain gril dan bampar baharu membuatkan profil SUV ini tampak sporty. Malah, memiliki bonet dan garis bumbung yang lebih panjang berbanding Audi Q5, selaku pesaing terdekat.

LEBIH SAIZ BERBANDING MODEL TERDAHULU

Tempias aura XC90 dapat dilihat pada kemasan dalaman. Papan pemuka, kerusi dan upholsteri pastinya tidak asing bagi pemilik XC90, termasuk ciri skrin sentuh 8.0 inci dan paparan dail digital 12.3 inci. Model XC60 (2017) lebih panjang 62mm, lebar (12mm) dan rendah (14mm) berbanding XC60 sedia ada. Jarak roda juga 91mm lebih panjang daripada model terdahulu, sekali gus menawarkan ruang kaki yang luas bagi penumpang belakang.

Semasa pelancaran di GIMS2017, semua model XC60 (2017) didatangkan dalam sistem pacuan empat-roda (4WD) dengan transmisi automatik 8-kelajuan, dan sama seperti XC90, cuma enjin 4-silinder ditawarkan.  Varian ditawarkan ialah:

  • D4 Diesel 187hp
  • D5 Diesel 232hp
  • T8 Plug-in Hibrid 401hp
  • T5 Petrol 251hp
  • T6 Petrol 315hp

MODEL FWD DAN BAJET BAKAL MENYUSUL

Model pacuan roda-depan (FWD) dikhabarkan bakal menyusul nanti, termasuk model paling bawah, T4 petrol 197hp dan D3 Diesel 150hp. Menurut sumber Volvo, pengeluar dari Sweden itu dikatakan sedang membangunkan enjin 3-silinder dan enjin hibrid yang lebih kecil dan ekonomi.

Berbalik kepada fitur XC60 (2017), pembeli diberikan opsyen suspensi udara dan boleh memilih tetapan mod pacuan untuk pemanduan off-road. Akhir sekali, paling ditunggu-tunggu sudah tentu pelbagai ciri keselamatan lengkap yang dibekalkan. Antaranya ialah sistem standard baharu yang mampu membantu mengelak potensi perlanggaran, mod pemanduan semi-autonomi dipanggil Bantuan Pilot (Pilot Assist).

Pengeluaran XC60 (2017) dijadualkan bermula di Sweden pada April ini dan dijangka beredar ke pasaran Eropah dan dunia pada Jun nanti pada harga sekitar £35,000 (RM189,567).

GALERI

SUMBER: Auto Express

Geneva Motor Show 2017 Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS) 2017 Pameran Motor Antarabangsa Geneva 2017 SUV Volvo Volvo XC60 Volvo XC60 (2017)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

19/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

#KLIMS2026: Zeekr 009 Grand – MPV EV Ultra Mewah, Harga Anggaran RM600K

18/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Honda Prelude Baharu Akhirnya Di Malaysia – Casis Type R, Harga RM278,000

18/06/2026
Auto Terkini

Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

17/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

By Abang Hirata16/06/2026
Auto Terkini

Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

By Syafie15/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

By Syafie15/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

By Syafie12/06/2026
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.