Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Giliran Honda CR-V Terlajak Laris, 7 Hari Dapat 1,400 Tempahan!
Auto Terkini

Giliran Honda CR-V Terlajak Laris, 7 Hari Dapat 1,400 Tempahan!

Abang HirataBy Abang Hirata19/04/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MEMANG tidak sangka! Kebiasaannya, Honda Malaysia akan mengeluarkan laporan prestasi jualan model baharu mereka selepas dua minggu dilancarkan. Kali ini Honda Malaysia betul-betul berada atas landasan kejayaan apabila model CR-V yang dilancarkan baru-baru ini sudah pun mencapai sasaran jualan untuk dua bulan.

Honda Malaysia awalnya cuma menyasarkan jualan 700 unit sebulan bagi CR-V, tetapi jangkaan itu langsung meleset kerana model kenderaan utiliti sukan (SUV) itu sudah mendapat tempahan sebanyak 1,400 unit dalam masa tujuh hari atau seminggu sahaja!

Honda CR-V dilancarkan 12 Julai lalu dengan menampil pakej menarik pada harga cukup menawan. Nilai RM170,000 untuk SUV berkuasa turbo yang dilengkapi teknologi Honda Sensing benar-benar menggoncang semangat pesaing lain dalam segmen itu.

Fakta Jualan Honda CR-V dalam 7 Hari Dilancarkan:

  • 1.5L pengecas turbo Premium 2WD – paling popular (40 peratus, juga model termahal).
  • 1.5L pengecas turbo 2WD – kedua popular (31 peratus).
  • 2.0L i-VTEC 2WD – ketiga popular (20 peratus, varian paling mampu milik).
  • 1.5L pengecas turbo 4WD -keempat popular (9 peratus).
  • Warna paling popular – perak atau Lunar Silver Metallic (lebih 30 peratus).
  • Putih atau White Orchid Pearl juga popular (27 peratus) – warna baharu CR-V.

Jualan Sarawak dan Sabah

  • CR-V baharu turut dilancarkan serentak di Kuching, Sarawak.
  • Pelancaran kedua selepas BR-V pada Januari lalu.
  • Strategi tersebut membuka jalan kepada lebih penerimaan.
  • Sama seperti Semenanjung, varian 1.5L pengecas turbo Premium 2WD paling popular (38 peratus).
  • Enam bulan pertama, lebih 3,500 kenderaan Honda dijual di Malaysia Timur.
  • Jualan itu menyumbang 6.6 peratus jualan keseluruhan setengah tahun Honda Malaysia.
  • Jumlah tersebut juga meningkat 48 peratus berbanding enam bulan sama pada tahun lalu.

Dengan sambutan hangat itu, Honda Malaysia kini bekerja keras untuk memastikan penghantaran kepada pelanggan dibuat dalam masa satu hingga dua bulan tanpa menjejaskan aspek kualiti. Honda Malaysia juga menetapkan sasaran penghantaran tempahan sebelum Oktober nanti.

honda cr-v 2017 malaysia
honda cr-v 2017 malaysia
honda cr-v 2017 malaysia
honda cr-v 2017 malaysia
honda cr-v 2017 malaysia
honda cr-v 2017 malaysia
honda cr-v 2017 malaysia
honda cr-v 2017 malaysia
Auto Terkini Honda Honda CR-V Honda Malaysia Roda4 tempahan Honda CR-V
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Roda4

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Dilancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

03/03/2026
Auto Terkini

MRT Putrajaya Line Tergendala Akibat Kecurian Kabel, Gangguan Seharian

03/03/2026
Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor B05 2026 – Hatchback EV Kompak Tayang di Brussels Autosalon

03/03/2026

2 Comments

  1. misron on 21/07/2017 16:51

    aku nk beli tak mampu,,,hadiahkan aku sebuah

    Reply
  2. misron on 21/07/2017 16:52

    nak beli Tak mampu..

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.