Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#GIIAS2025: Toyota Yaris Cross HEV Kini Dilengkapi Barang GR, Harga Mula RM115k
Auto Terkini

#GIIAS2025: Toyota Yaris Cross HEV Kini Dilengkapi Barang GR, Harga Mula RM115k

SyafieBy Syafie29/07/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA Indonesia memperkenalkan satu lagi varian menarik dalam barisan SUV kompak mereka menerusi model Toyota Yaris Cross S HV TSS Type yang kini tampil lebih agresif dengan padanan GR Parts Aero Package.

Ditawarkan pada harga RP446,600,000 (RM15,000), model ini bukan sekadar tampil sporty tetapi turut lengkap dengan teknologi hibrid canggih dan sistem keselamatan komprehensif Toyota Safety Sense (TSS).

Rekabentuk GR Aero Lebih Sporty dan Agresif

Menggabungkan gaya urban dan semangat pengembaraan, Yaris Cross HEV ini diserlahkan dengan sentuhan aerodinamik GR Aerokit pada semua sisi yang memberikan karakter lebih berani dan garang.

Ciri luaran utama seperti:

  • Rim aloi 18 inci sporty
  • Lampu utama LED penuh dengan DRL dan fungsi Follow Me Home
  • Lampu kabus LED, lampu belakang kombinasi LED
  • Cermin sisi boleh lipat automatik dengan lampu selamat datang
  • Rel bumbung tahan lasak
  • Pintu belakang elektrik dengan sensor kaki

Model ini juga tampil eksklusif dengan enam pilihan warna, termasuk tiga kombinasi warna dwi-tona:

  • Attitude Black Mica/Platinum White Pearl (Dwi-Tona)
  • Attitude Black Mica/Silver Metallic (Dwi-Tona)
  • Attitude Black Mica/Spicy Scarlet (Dwi-Tona)
  • Attitude Black Mica
  • Super White II (Spot Order)
  • Greenish Greenmetal M.M dan Dark Red M.M (Spot Order)

Untuk unit spot order mempunyai tempoh menunggu minimum tiga bulan dan bergantung kepada ketersediaan kilang.

Panaromik, Premium dan Penuh Teknologi

Ruang dalaman SUV ini direka memberi keselesaan penuh dengan sentuhan teknologi seperti:

  • Bumbung Panoramik dengan Sunshade Automatik
  • Paparan 10.1 inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto secara wayarless
  • Lampu ambien pelbagai warna dengan kawalan suara
  • Kerusi larasan elektrik, kerusi kulit dengan logo GR,
  • Stereng multi-fungsi dengan logo GR
  • Ciri pengecas wayarless

Pemanduan juga boleh diubah mengikut keperluan menerusi mod ECO, Normal, dan Power.

Toyota Safety Sense (TSS) Beri Perlindungan Komprehensif

Toyota tidak berkompromi soal keselamatan, Yaris Cross HEV ini dilengkapi dengan

  • Pre-Collision System (PCS)
  • Amaran dan pencegahan keluar lorong (LDA + LDP)
  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Front Departure Alert
  • Lane Keeping Control
  • Automatic High Beam (AHB)
  • Pedal Misoperation Control
  • Panoramic View Monitor (360°)
  • Blind Spot Monitoring dan Rear Cross Traffic Alert
  • Hill Start Assist dan Vehicle Stability Control

Hibrid Elektrik dan Prestasi Mesra Alam

Toyota Yaris Cross ini dikuasakan enjin 1.5L 2NR-VEX DOHC 16-injap Dual VVT-i dengan teknologi hibrid elektrik sendiri (Self-Charging Hybrid), memadankan kuasa bateri dan petrol secara lancar:

  • Kapasiti enjin 1476cc
  • Kuasa 67kW, tork 141Nm
  • Pacuan dua roda (2WD)
  • Tangki minyak 36 liter

Rekabentuk suspensi dan dimensi yang seimbang (4,310mm panjang, 1,770mm lebar, 1,615mm tinggi) menjadikan ia sesuai untuk kegunaan harian atau perjalanan jauh.

Sistem Terkini mToyota Connected

  • Find My Car dan Geofencing Alert
  • Safe Driving Rewards
  • E-Care (Peringatan Servis)
  • Trip Driving Update
  • Road Assistance dan Pusat Bantuan 24/7

Aksesori Tambahan Eksklusif Toyota

Toyota turut menawarkan beberapa aksesori original untuk pemilik yang mahu tampil lebih bergaya, seperti:

  • Kemasan Gril dan Pintu Belakang Sporty
  • Spoiler Ducktail
  • Cargo Net
  • Air Purifier

SUV Hibrid Kompak Penuh Gaya dan Teknologi

Toyota Yaris Cross S HV GR Parts Aero bukan sekadar SUB hibrid biasa tetapi ia adalah pakej lengkap untuk mereka yang mahukan gaya, keselamatan, teknologi dan penjimatan bahan api dalam satu platform.

Dengan kombinasi rekabentuk GR sporty, enjin hybrid efisien dan sistem keselamatan komprehensif, model ini pasti menarik perhatian pengguna Malaysia tidak lama lagi.

Auto Terkini Kenderaan Hibrid Elektrik (HEV) Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo (GIIAS) 2025 Toyota Indonesia Toyota Yaris Cross HEV
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Geely Auto No.1 di China 2 Bulan Berturut-Turut!

10/03/2026
Roda4

Audi Q7 S line CKD Kini Dari RM399,990, SUV 7 Tempat Duduk, Enjin V6 3.0L

09/03/2026
Auto Terkini

Viral Pemandu BMW 325i ‘Drift’ di Genting Highlands Ditahan Polis, Kereta Kena Sita

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.