Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#GIIAS2025: Toyota Avanza di Indonesia Ada Pilihan Enjin 1.3 dan 1.5, Harga Mula RM63k
Auto Terkini

#GIIAS2025: Toyota Avanza di Indonesia Ada Pilihan Enjin 1.3 dan 1.5, Harga Mula RM63k

SyafieBy Syafie29/07/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA Indonesia memperkenalkan semula model popular segment MPV mereka, Toyota Avanza yang kini tampil dengan rekabentuk lebih moden, ciri lebih lengkap dan pilihan varian yang memenuhi keperluan pelbagai jenis pengguna.

Dikenali sebagai salah satu MPV keluarga paling laris di Indonesia, model generasi terbaharu ini hadir dengan empat varian utama seperti:

  • 1.3 E MT – RP243,000,000 (RM63,000)
  • 1.3 E CVT – RP258,000,000 (RM67,000)
  • 1.5 G MT – RP266,000,000 (RM69,000)
  • 1.5 G CVT – RP280,800,000 (RM72,000)

Toyota turut menawarkan lima pilihan warna menarik seperti Purplish Silver, Gray Metallic, Black Metallic, Silver Mica Metallic dan White.

Rekabentuk Luaran Yang Lebih Berani dan Moden

Toyota Avanza diberikan nafas baharu darisegi rekabentuk dengan elemen lebih moden seperti:

  • Bampar hadapan baharu dengan gril trapezoid besar dan lampu LED tajam (semua varian)
  • Lampu kabus baharu untuk varian 1.5 G
  • Lampu belakang LED kombinasi dengan lampu backdoor (1.5 G)
  • Cermin sisi auto retractable untuk kemudahan parkir (1.5 G)
  • Rekaan rim aloi dua tona 16 inci (1.5 G)
  • Rim aloi 15 inci baharu untuk varian 1.3 E MT

Kabin Lebih Selesa Untuk Keluarga Besar

Bahagian dalaman baharu menyajikan ruang lebih luas dengan suasana 7-kerusi penumpang, disertakan teknologi baharu yang memberi keselesaan maksimum:

  • Rekaan papan pemuka penuh yang premium (1.5 G)
  • Mod Sofa Panjang (Long Sofa Mode) baharu untuk pelbagai konfigurasi duduk (semua varian)
  • Sistem infotainmen 9 inci (1.5 G) dan 7 inci (1.3 E MT) lengkap sambungan Bluetooth, USB, radio
  • Panel TFT 4.2 inci (1.5 G)
  • Penyaman udara digital (semua varian)
  • Stereng boleh laras tilt dan teleskopik dengan butang kawalan audio dan MID (1.5 G)
  • Butang Start/Stop dengan pencahayaan (1.5 G)
  • Port USB dan soket kuasa (semua varian)

Ciri Keselamatan Lengkap Untuk Keamanan Maksimum

Toyota Avanza hadir dengan sistem keselamatan yang menyeluruh:

  • Hill Start Assist (HSA)
  • Sistem Brek ABS + EBD + BA
  • Amaran tali pinggang keledar untuk 7 penumpang
  • Vehicle Stability Control (VSC)

Ciri-ciri ini kini ditawarkan standard untuk semua varian, termasuk model asas.

Prestasi dan Jimat Bahan Api

Toyota Avanza mengekalkan sistem enjin yang terbukti jimat dan tahan lasak:

  • Enjin 4 silinder 1.3L / 1.5L DOHC Dual VVT-i
  • Kuasa maksimum: 98PS
  • Tork: 122Nm
  • Transmisi: CVT atau manual 5-kelajuan
  • Kapasiti tangki bahan api: 43 liter
  • Suspensi baharu yang meningkatkan keselesaan melalui jalan tidak rata

Dimensi Keseluruhan

  • Panjang: 4,395mm
  • Lebar: 1,730mm
  • Tinggi: 1,665mm
  • Jarak roda: 2,750mm

Saiz ini menjadikan Toyota Avanza mudah dikendalikan di kawasan bandar, namun tetap luas untuk keperluan keluarga besar.

Aksesori Rasmi untuk Penambahbaikan Penampilan

Toyota turut menyediakan aksesori rasmi untuk menambah gaya dan fungsi:

  • Kemasan krom gril hadapan
  • Silver Side Body Moulding
  • Kemasan krom cermin pintu belakang
  • Back Door Moulding Light Chrome
  • Air Purifier untuk pengaliran udara lebih sihat
  • Seat Cover berkelas untuk penampilan dalaman lebih mewah
  • Cargo Net untuk penyusunan barang lebih selamat
  • Sarung tayar gantian (Spare Tire Cover) dengan rekaan premium

Aksesori hanya ditawarkan dalam kombinasi warna tertentu, tertakluk kawasan pengedaran.

Toyota Awanza Pilihan MPV Terbaik untuk Keluarga Moden

Dengan harga kompetitif, reka bentuk moden dan ciri keselamatan menyeluruh, Toyota Avanza 2025 kekal sebagai pilihan utama untuk keluarga yang mahukan MPV praktikal, selesa dan tahan lasak.

Auto Terkini Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo (GIIAS) 2025 Toyota Avanza Toyota Indonesia
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Geely Auto No.1 di China 2 Bulan Berturut-Turut!

10/03/2026
Roda4

Audi Q7 S line CKD Kini Dari RM399,990, SUV 7 Tempat Duduk, Enjin V6 3.0L

09/03/2026
Auto Terkini

Viral Pemandu BMW 325i ‘Drift’ di Genting Highlands Ditahan Polis, Kereta Kena Sita

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.