Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#GIIAS2025: Toyota Alphard HEV Dipamer di Indonesia, Harga Mula RM447k
Auto Terkini

#GIIAS2025: Toyota Alphard HEV Dipamer di Indonesia, Harga Mula RM447k

SyafieBy Syafie29/07/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

DI Malaysia kita hanya dapat melihat Toyota Vellfire HEV sahaja, tetapi di Indonesia, mereka sudah melancarkan kedua-dua model ‘peti ais’ iaitu Vellfire dan Alphard dengan teknologi HEV baharu.

Untuk model Toyota Alphard HEV ini, ia ditawarkan pada harga RP1,733,000,000 (RM447,000) bagi warna standard, manakala untuk versi Premium Colour seperti Platinum White Pearl, pembeli perlu menambah RP6,600,000 (RM1,700).

Rekabentuk Mewah dan Bergaya

Toyota Alphard HEV generasi baharu direka untuk menyerlahkan status dan gaya hidup oden, menerusi:

  • Gril hadapan berkonsep Luxury dengan gaya elegan (semua varian)
  • Lampu utama LED tajam dan DRL untuk pencahayaan maksimum (varian G & HEV)
  • Lampu kombinasi belakang berpenampilan premium (semua varian)
  • Pintu gelangsar elektrik boleh dibuka hanya dengan sentuhan jari (semua varian)
  • Pintu but elektrik pintar dengan arahan suara (varian G & HEV)
  • Rim aloi 19 inci rekaan mewah (varian G & HEV)
  • Logo Beyond Zero dan emblem HEV (varian HEV)

Kabin Premium Lengkap Dengan Teknologi Canggih

 

Bahagian dalaman Alphard HEV menawarkan pengalaman umpanan menaiki jet peribadi:

  • Kusyen Kerusi Kapten selesa dilengkapi Remote Control Detachable ala telefon pintar (HEV sahaja)
  • Skim pencahayaan dalaman eksklusif, storan bumbung dan sistem hiburan kerusi belakang 14 inci
  • Panel instrumen digital MID 12.3 inci dengan paparan futuristik (semua varian)
  • Paparan infotainmen 14 inci dan pengecas wayarless (varian G & HEV)
  • Ruangan storan tambahan di tempat duduk hadapan
  • Rekaan stereng, paparan utama dan kamera DVR (varian G & HEV)

Enjin Hibrid Kuasa Tinggi

Toyota Alphard HEV dikuasakan enjin A25A-FXS 2.5L HEV, digandingkan dengan motor elektrik canggih:

  • Kuasa enjin petrol: 140kW (190PS) dan tork 239Nm
  • Kuasa motor elektrik: 134kW (182PS) dan tork 270Nm
  • Gabungan sistem HEV: 184kW (250PS)
  • Transmisi CVT yang lancar dan responsif
  • Jaminan bateri sehingga 8 tahun dan 160,000km (mana satu tiba dulu)

Ciri Keselamatan Toyota Safety Sense 3.0

Toyota tidak berkompromi dalam aspek keselamatan. Alphard HEV dilengkapi pakej Toyota Safety Sense 3.0, termasuk:

  • Lane Departure Alert (LDA)
  • Lane Tracing Assist (LTA)
  • Dynamic Radar Cruise Control (DRCC)
  • Adaptive High Beam (AHB)
  • Pre-Collision System (PCS)
  • Drive Monitoring System: amaran jika pemandu dikesan mengantuk (varian G & HEV)
  • Panoramic View Monitor untuk pandangan menyeluruh 360 darjah (semua varian)

Dimensi Luaran Yang Mantap

MPV hibrid ini menawarkan dimensi yang besar dan selesa untuk seisi keluarga:

  • Panjang: 5,010mm
  • Lebar: 1,850mm
  • Tinggi: 1,945mm
  • Jarak roda: 3,000mm

Pelengkap Gaya: Aksesori Modellista

Untuk pembeli yang inginkan sentuhan lebih agresif dan eksklusif, Toyota turut menawarkan pakej Modellista merangkumi:

  • Skirt hadapan
  • Skirt sisi
  • Skirt belakang

Pakej ini ditawarkan untuk semua varian dan menambah seri gaya MPV mewah ini.

Toyota Alphard HEV, Pilihan MPV Mewah Masa Depan

Toyota Alphard HEV bukan sahaja menjanjikan kemewahan dan keselesaan tahap tinggi, tetapi juga mencerminkan komitmen Toyota terhadap kelestarian alam sekitar melalui teknologi hibrid terkini.

Sama ada untuk perjalanan harian, urusan korporat atau membawa keluarga bercuti, Toyota Alphard HEV adalah simbol status dan gaya hidup moden yang berbaloi dimiliki.

Auto Terkini Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo (GIIAS) 2025 Toyota Alphard HEV Toyota Indonesia Toyota Vellfire HEV
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.