Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#GIIAS2025: Subjenama Chery, Lepas Kini Muncul di Indonesia, Perkenal Tiga Model SUV!
Auto Terkini

#GIIAS2025: Subjenama Chery, Lepas Kini Muncul di Indonesia, Perkenal Tiga Model SUV!

SyafieBy Syafie30/07/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

CHERY meneruskan langkah besar dalam strategi elektrifikasi global menerusi pelancaran rasmi subjenama baharu, Lepas di Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo (GIIAS) 2025.

Pelancaran ini menyaksikan tiga model SUV diperkenalkan seperti Lepas L8, L6, dan L4, sekaligus menandakan debut luar negara pertama jenama tersebut selepas pelancaran rasminya pada April lalu di China.

Apa Itu Lepas? ‘Leap + Passion’

Lepas adalah akronim daripada perkataan ‘Leap‘ dan ‘Passion‘, mencerminkan falsafah mobiliti aktif dan gaya hidup premium generasi muda moden.

Jenama ini mensasarkan pengguna global, khususnya generasi muda yang mahukan rekaan bergaya, teknologi tinggi dan trenkuasa mesra alam.

DNA Rekabentuk (Leopard Aesthetics)

Setiap model Lepas dibina berasaskan falsafah rekabentuk Leopard Aesthetics yang diinspirasikan daripada bentuk tubuh, fokus mata dan otot harimau binatang.

  • Lampu siang LED tirus menyerupai mata fokus harimau bintang
  • Tiga garis sisi mewakili otot lengan depan, kaki belakang dan perut bawah
  • Rekaan luaran aerodinamik dan bersih diinspirasikan seni tembikar

Lepas L8: SUV Segmen-D Premium

Model paling besar dan mewah dalam barisan Lepas buat masa ini:

  • Dimensi: 4,688mm panjang, 1,860mm lebar, 1,695mm tinggi
  • Jarak roda: 2,800mm (lebih besar daripada BMW X1)
  • Ruang kaki belakang: 970mm
  • Skrin infotainmen menegak 13.2 inci
  • Kerusi boleh baring penuh (reclining seats)

Pilihan trenkuasa yang ditawarkan:

  • Petrol 2.0L Turbo
  • Hibrid Plug-In (PHEV)
  • Elektrik penuh (EV): jarak pemanduan hingga 700km

Lepas L6: SUV Segmen-C Gaya Urban

Lepas L6 pula menyasarkan pengguna bandar yang mahukan SUV berdimensi sederhana tetapi tetap berprestij. Rekaan mengekalkan identiti L8 tetapi dalam saiz lebih kompak.

Pilihan trenkuasa:

  • Enjin pembakaran dalaman (ICE)
  • Sistem Hibrid
  • Versi Elektrik Penuh (EV)

Lepas L4: SUV Kompak Masa Depan

Untuk pengguna muda dan bandar kecil, LEPAS L4 menyasarkan SUV segmen-A , bersaing terus dengan model seperti Mitsubishi XForce.

Ciri menarik seperti:

  • Lampu harimau bintang tirus di depan
  • Bar LED penuh di belakang
  • Trenkuasa: ICE, PHEV dan EV

Ciri Teknologi Masa Depan Dalam Setiap Model

Semua model Lepas disokong platform modular sama seperti Jaecoo, Omoda dan Tiggo, menjadikan ia fleksibel untuk pelbagai jenis trenkuasa.

Ciri istimewa Lepas:

  • Chery Super Hybrid (CSH) dengan penggunaan minyak serendah 4.5L/100km
  • Jarak pemanduan lebih 1,300km (untuk model hibrid)
  • Cinema Mode dan Nap Mode menjadikan kabin sebagai ruang digital interaktif
  • Rekabentuk dalaman moden dengan skrin menegak dan konsol terapung ala air terjun

Lepas Menuju 89 Pasaran Global Termasuk Malaysia

Chery menyasarkan untuk meluaskan pasaran Lepas ke 89 negara menjelang 2027 termasuk Malaysia, Afrika Selatan, Filipina, dan negara Asia Tenggara lain.

Sebanyak 1,200 pusat jualan antarabangsa bakal diwujudkan bagi menyokong pengembangan agresif jenama Lepas sebagai pilihan utama gaya hidup premium.

Lepas: Gabungan Rekabentuk Berani dan Elektrifikasi Global

Dengan rekaan berinspirasikan harimau bintang, kabin futuristik, dan pelbagai pilihan trenkuasa hibrid serta elektrik, Lepas dilihat sebagai pelengkap sempurna kepada strategi global Chery untuk menarik golongan muda urban dan moden.

Paling penting, Malaysia dijangka menjadi antara pasaran utama seterusnya!

Auto Terkini Hibrid Plug-In (PHEV) Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) LEPAS LEPAS L4 LEPAS L6 LEPAS L8 Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo (GIIAS) 2025
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.