Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#GIIAS2025: Nissan X-Trail e-Power Serba Baharu Kini Dilancar di Indonesia, Harga RM207k
Auto Terkini

#GIIAS2025: Nissan X-Trail e-Power Serba Baharu Kini Dilancar di Indonesia, Harga RM207k

SyafieBy Syafie30/07/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NISSAN X-Trail generasi ke-4 kini rasmi dilancarkan di Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo (GIIAS) 2025, sekaligus memperkuatkan lagi pilihan untuk model Nissan yang menggunakan teknologi e-Power.

Model ini hanya ditawarkan dalam satu varian di Indonesia iaitu varian hibrid e-Power dengan sistem pacuan semua roda e-4orce AWD, pada harga RP795,000,000 (RM207,000).

Trenkuasa Dual Motor Elektrik Dengan Enjin 1.5L VC-Turbo

Berikut perincian untuk spesifikasi model ini:

  • Motor depan: 204PS (150kW), 330Nm
  • Motor belakang: 136PS (100kW), 195Nm
  • Enjin petrol 1.5L turbo VC-Turbo (KR15DDT) hanya sebagai penjana kuasa, tiada sambungan mekanikal ke roda
  • Bateri hibrid: 1.8kWh
  • Sistem pemanduan satu pedal (e-Pedal)

Rekaan Moden dan Agresif Ala SUV Premium

Rekaan luaran X-Trail mengekalkan elemen V-Motion dengan identiti lebih berani:

  • Lampu utama dua peringkat (dual-tier)
  • Gril V-Motion besar
  • Lampu belakang grafik C terbalik
  • Tiang D berlekuk + pilihan bumbung hitam kontra
  • Rim aloi dwi- tona 19 inci (lima bilah)

Kabin Premium, Penuh Teknologi Canggih

Masuk ke dalam, ruang kabin tampil moden dan mewah, dengan susun atur papan pemuka berorientasikan mendatar serta konsol tengah tinggi.

Ciri dalaman:

  • Paparan instrumen digital 12.3 inci
  • Skrin infotainmen 12.3 inci dengan konektiviti Apple CarPlay (wayarless) dan Android Auto
  • Paparan dongak 10.8 inci
  • Ciri Cinema Mode dengan sistem audio Bose 9-speaker
  • Pengecas wayarles 15W Qi
  • Penghawa dingin automatik 3-zon
  • Kerusi depan larasan kuasa 10-arah + upholsteri kulit
  • Sunroof panoramik
  • But 485 liter (dengan baris ketiga dilipat)
  • Konfigurasi 2-3-2, 7-kerusi

Mod Pemanduan dan Sistem e-4ORCE Yang Pintar

Rotary selector tengah membolehkan pengguna menukar mod pemanduan dengan mudah:

  • Auto
  • Eco
  • Sport
  • Off-Road
  • Snow

Keselamatan Termaju: Nissan Intelligent Mobility

Berikut senarai ciri bantuan pemandu canggih termasuk:

  • AEB (Brek Kecemasan Automatik)
  • Adaptive Cruise Control
  • Lane Departure Warning
  • Blind Spot Monitoring
  • Rear Cross Traffic Alert
  • Driver Attention Alert
  • Auto High Beam
  • Kamera 360° dengan Moving Object Detection (MOD)

Nissan X-Trail e-Power: SUV Premium Hibrid untuk Keluarga Moden

Dengan prestasi dua motor elektrik, AWD pintar, kabin mewah dan teknologi pemanduan satu pedal, Nissan X-Trail e-Power AWD tampil sebagai pilihan SUV hibrid 7-tempat duduk paling canggih dan moden dalam kelasnya.

Harganya mungkin tinggi, tetapi cirinya memang setanding SUV premium Jepun masa kini.

Auto Terkini Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Nissan Indonesia Nissan X-Trail e-POWER Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo (GIIAS) 2025
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.