Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#GIIAS2025: Mitsubishi Destinator 2025 Dilancar di Indonesia, Harga Mula RM100k
Auto Terkini

#GIIAS2025: Mitsubishi Destinator 2025 Dilancar di Indonesia, Harga Mula RM100k

SyafieBy Syafie29/07/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MITSUBISHI Motors Corporation secara rasmi memperkenalkan All New Mitsubishi Destinator di acara Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2025, sekaligus menandakan debut global bagi model SUV 7-kerusi terbaru ini.

Diperkenalkan dengan konsep “Confidence Booster for Energetic Families“, Destinator direka untuk memenuhi keperluan keluarga moden untuk kekal selesa, bergaya dan berprestasi dalam apa jua keadaan jalan di Asia Tenggara.

Model ini turut diperkenalkan di pasaran Asean lain seperti Vietnam dan Filipina, serta dieksport ke Asia Selatan, Timur Tengah, Amerika Latin dan Afrika.

Dibina di Indonesia, Direka untuk Dunia

All New Destinator ini dipasang di kilang Mitsubishi Motors Krama Yudha Indonesia di Bekasi dan merupakan model ketiga selepas Xpander dan Xforce yang dibangunkan secara tempatan untuk pasaran global.

SUV ini menampilkan gabungan rekaan canggih, interior premium yang luas, serta prestasi dinamik hasil enjin 1.5L turbo MIVEC dan transmisi CVT yang lengkap dengan lima mod pemanduan pintar.

Tiga Varian Ditawarkan, Harga Bermula RM100k

Mitsubishi All New ditawarkan dalam tiga pilihan varian untuk pasaran Indonesia:

  • GLS: RP385,000,000 (RM100,000)
  • Exceed: RP405,000,000 (RM105,000)
  • Ultimate: RP465,000,000 (RM120,000)

Rekaan Luaran Moden dan Bergaya

Menggabungkan konsep “Gravitas” dan “Dynamism“, rekaan All New Destinator menyerlahkan kekuatan, kestabilan dan karakteristik SUV moden:

  • Gril akrilik premium dengan motif honeycomb
  • Lampu siang LED berbentuk T, lampu belakang menegak
  • Rim 18 inci dan pelindung badan ala off-road
  • Ground clearance setinggi 244mm
  • Rekabentuk belakang berinspirasikan DNA Pajero

Kabin Premium dan Fleksibel untuk 7 Penumpang

Kerusi tiga baris penuh dan kemasan dalaman mewah:

  • Ruang kepala dan lutut luas di semua baris
  • Ventilasi baris ketiga, port USB A dan C di semua baris
  • Konfigurasi 40:20:40 dan 50:50 lipat rata
  • Muat 4 bekas air walau kerusi baris ketiga digunakan

Sunroof Panoramik, Ambien 64 Warna dan Audio Yamaha

  • Panoramik sunroof boleh kawal dari skrin SDA 12.3 inci
  • Pencahayaan ambien 64 warna yang boleh ubah ikut mood
  • Sistem audio Yamaha Premium 8-speaker
  • 4-mod bunyi khas untuk setiap baris tempat duduk

Skrin Besar, Sambungan Pintar dan Info Pemanduan Lengkap

  • SDA 12.3 inci (skrin terbesar dalam kelas)
  • Paparan pemandu digital 8 inci
  • Fungsi kawalan penyaman udara, status kenderaan dan lokasi dari telefon pintar
  • Integrasi sistem keselamatan dengan sokongan panggilan kecemasan automatik

Enjin Turbo 1.5L dan Transmisi CVT Responsif

  • Enjin 1.5L turbo MIVEC yang mampu menghasilkan 120kW dan 250Nm
  • CVT pintar dengan respons linear dan senyap
  • Akselerasi mantap walaupun di jalan berbukit dan kasar

Lima Mod Pemanduan dan Suspensi Ditala untuk Jalan Asean

  • Normal, Tarmac, Wet, Gravel dan Mud Mode
  • Teknologi Active Yaw Control (AYC)
  • Suspensi diuji khas untuk permukaan jalan Asia Tenggara
  • Approach angle 21°, departure angle 25.5°
  • Kemudahan manuver dan putar balik di bandar

Sistem Bantuan Pemanduan Mitsubishi Safety Sensing

  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Forward Collision Mitigation (FCM)
  • Blind Spot Warning (BSW) dan Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • Automatic High Beam (AHB)
  • 6 beg udara SRS dan Multi Around Monitor
  • Leading Car Departure Notification (LCDN)

SUV Keluarga 7-Kerusi Pilihan Terbaik dari Mitsubishi

Dengan padanan teknologi terkini, interior premium dan DNA off-road sebenar, All-New Mitsubishi Destinator bersedia untuk menjadi pilihan utama SUV keluarga 7-kerusi di rantau ini.

Dengan harga bermula sekitar RM100,000, ia memberi nilai hebat untuk pengguna yang mahukan gaya, keselesaan dan prestasi dalam satu pakej lengkap.

Auto Terkini Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Mitsubishi Destinator Mitsubishi Indonesia Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo (GIIAS) 2025 SUV 7-Kerusi
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.