Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#GIIAS2025: Daihatsu Rocky e-Smart Hybrid 2025 Rasmi Dilancar di Indonesia, Harga RM76k!
Auto Terkini

#GIIAS2025: Daihatsu Rocky e-Smart Hybrid 2025 Rasmi Dilancar di Indonesia, Harga RM76k!

SyafieBy Syafie29/07/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DAIHATSU Indonesia mencipta sejarah baharu apabila secara rasmi melancarkan model hibrid pertamanya di Indonesia, Daihatsu Rocky e-Smart Hybrid 2025.

Pelancaran ini dibuat sempena pembukaan Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo (GIIAS) 2025 di ICE BSD City, sekaligus menandakan komitmen Daihatsu ke arah kenderaan lebih mesra alam dan berteknologi tinggi.

Sempena GIIAS2025 ini juga, Daihatsu menawarkan harga promosi serendah RP293,900,000 (RM76,000) dan tempahan sudah dibuka sejak 24 Julai 2025 di semua pengedar sah Daihatsu Indonesia.

Model ini turut ditawarkan dengan tiga pilihan warna seperti Black Mica Metallic, Shining Pearl White, dan Laser Blue Crystal Shine.

e-Smart Hybrid: Penggerak Elektrik Sebenar

Sesuai dengan namanya, Rocky e-Smart Hybrid menggunakan sistem e-Smart Hybrid yang dibangunkan Daihatsu sendiri, di mana enjin petrol 1.2L WA-VEX hanya berfungsi sebagai penjana kuasa untuk mengecas bateri.

Kuasa pemanduan disalurkan sepenuhnya motor elektrik, menjadikan ia satu-satunya SUV dalam kelasnya dengan pengalaman “Real Series Hybrid” sebenar.

Berikut perincian enjin dan motor:

  • Motor elektrik: 106PS dan 170Nm
  • Bateri Hibrid: 177.6V (kapasiti 0.74kWj iaitu 6x ganda pesaing lain)
  • Transmisi: Dedicated Hybrid Transaxle
  • 0-100 kmj: 10 saat

Jimat Minyak dan Rendah Emisi

Rocky Hybrid menawarkan penjimatan bahan api terbaik:

  • 28 KM/L (Mod ujian WLTC)
  • 34.8 KM/L (Mod ujian JC08, Jepun)
  • Emisi CO₂: hanya 83g/km
  • Sokong Dasar Karbon Neutral Indonesia

Rekabentuk Kompak dan Bergaya

  • Reka bentuk kompak dan agresif
  • Gril honeycomb bergaya aerodinamik
  • Lencana biru e-Smart Hybrid sebagai identiti hibrid
  • Rim aloi 16 inci, jarak dari tanah 185mm
  • Cermin depan Super UV dengan Infrared Cut

Dalaman Moden, Senyap dan Selesa

  • Paparan meter digital TFT 7 inci, boleh ubah 4 mod
  • Skrin infotainmen 10 inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto
  • Paparan papan pemuka moden, kabin luas untuk 5 penumpang
  • Smart Pedal: Kawalan kelajuan hanya guna pedal minyak
  • Sistem penghawa dinginAuto AC dengan pelarasan arah
  • Cermin kalis bunyi, penyerap bunyi tambahan di 6 titik
  • Sistem Lipat Tempat Duduk Praktikal, ruang bagasi besar
  • Fungsi Auto Brake Hold dan Electric Parking Brake

Keselamatan Maksimum untuk Keluarga

Rocky Hybrid diperkasa dengan teknologi Advanced Safety Assist (ASA) dan ciri keselamatan aktif terbaik:

Ciri Utama Keselamatan:

  • 6 SRS Airbag, ABS + EBD, VSC, ISOFIX
  • Hill Start Assist (HSA), Blind Spot Mirror
  • 8 fungsi ASA termasuk:
    • Collision Warning & Avoidance Assist Brake
    • Lane Departure Warning & Prevention
    • Pedal Misoperation Control
    • Front Departure Alert
    • Auto High Beam
    • Stagger Alarm (pengesan keletihan)
  • 6 sensor parkir depan dan belakang

Jaminan dan Servis Selepas Jualan

Daihatsu menawarkan pakej jaminan komprehensif untuk ketenangan pengguna seperti:

  • Waranti bateri hibrid: 8 tahun / 160,000km
  • Waranti kenderaan: 3 tahun / 100,000km
  • 5 servis percuma hingga 50,000km
  • Sokongan teknikal di semua pusat servis sah Daihatsu

Daihatsu Rocky Hybrid: Kenderaan Hibrid Sebenar untuk Rakyat Indonesia

Dengan penjimatan bahan api luar biasa, prestasi responsif, ruang kabin selesa, serta ciri keselamatan terkini, Daihatsu Rocky e-Smart Hybrid ialah pilihan bijak untuk pengguna urban dan suburban Indonesia.

Ini bukan sekadar SUV kompak biasa, tetapi SUV hibrid sebenar yang membawa semangat “Believe in Real”.

Auto Terkini Daihatsu Indonesia Daihatsu Rocky e-Smart Hybrid 2025 Kenderaan Hibrid Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo (GIIAS) 2025
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Roda4

Audi Q7 S line CKD Kini Dari RM399,990, SUV 7 Tempat Duduk, Enjin V6 3.0L

09/03/2026
Auto Terkini

Viral Pemandu BMW 325i ‘Drift’ di Genting Highlands Ditahan Polis, Kereta Kena Sita

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
JPJ lancar JPJvBID
Auto Terkini

JPJ Lancar JPJvBID – Platform Digital Lelongan Kenderaan Sita

09/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.