Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#GIIAS2024: Harga Mampu Milik Lonjak Wuling Air Jadi EV Nombor Satu Indonesia!
Roda4

#GIIAS2024: Harga Mampu Milik Lonjak Wuling Air Jadi EV Nombor Satu Indonesia!

SyafieBy Syafie25/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGELUAR kenderaan elektrik (EV) dari China, Wuling mempamerkan model EV kompak, Wuling Air EV di Pameran Auto Antarabangsa Indonesia GAIKINDO (GIIAS) 2024 yang sedang berlangsung hingga 28 Julai ini.

Dari segi populariti, model ini sudah terjual lebih 11,000 unit dan menjadi EV paling laris di Indonesia, sekali gus menguasai 55 peratus pasaran EV tempatan di republik itu.

Selain harga mampu milik, penggunaan EV ini juga sangat praktikal kerana bersaiz kecil, sekali gus membantu pemandu melalui kawasan sempit seperti ruang kaki lima bangunan dan warung makanan.

Pemilikan EV juga tidak hanya mensasarkan golongan berpendapatan rendah, tetapi juga boleh dimilik semua pengguna dengan kelebihan yang tiada pada EV lain.

Ada tiga varian ditawarkan, iaitu Long Range, Standard Range, dan Lite dalam lima warna pilihan (Long dan Standard Range sahaja), iaitu Pristine White (putih), Avocado Green (hijau), Lemon Yellow (kuning), Peach Pink (merah jambu), dan Galaxy Blue (biru).

Berikut varian dan harga ditawarkan:

  • Long Range – Rp275 juta (RM78,990)
  • Standard Range – Rp224 juta (RM64,340)
  • Lite – Rp190 juta (RM54,570)

Spesifikasi Wuling Air EV Long Range

  • Dimensi panjang 2,974mm, lebar 1,505mm, dan tinggi 1,631mm, manakala jarak roda 2,010mm
  • Sistem suspensi McPherson di depan, dan absorber 3-link (belakang)
  • Sistem brek cakera di depan dan belakang.
  • Sterengkuasa elektrik (EPS).
  • Rim keluli 12 inci berpenutup dengan tayar 145/70.
  • Bateri litium ferro-fosfat (LFF) IP67 berkapasiti 26.7kWh dengan pacuan roda belakang (RWD) 30kW.
  • Tempoh mengecas empat jam dengan pengecas AC 6.6kW dan mampu dipandu sejauh 300km.
  • Lampu kombi LED depan dan belakang
  • Kerusi kulit  sintetik dengan gabungan tona kabin hitam karbon dan panel sentuhan lembut (soft touch)
  • Logo Wuling bercahaya dalam situasi pegun atau bergerak.
  • Unit infotainment skrin sentuh TFT 10.25 inci.
  • Konsol tengah futuristik.
  • Dua beg udara.
  • Kamera dan sensor parkir belakang.
  • Cermin sis elektrik.
  • Stereng kulit dua jejari multifungsi.
  • Sistem penghidup tekan-mula (push start) dengan entri tanpa kunci (keyless).

Spesifikasi Wuling Air EV Standard Range

  • Dimensi panjang 2,974mm, lebar 1,505mm, dan tinggi 1,631mm, manakal jarak roda 2,010mm
  • Sistem suspensi McPherson di depan dan absorber 3-link (belakang)
  • Brek cakera depan dan belakang.
  • Stereng kuasa elektrik (EPS)
  • Rim keluli 12 inci berpenutup dengan tayar 145/70
  • Bateri litium ferro-fosfat (LFF) IP67 berkapasiti 17.3kWh dengan pacuan roda belakang (RWD) 30kW.
  • Tempoh mengecas 8 jam 30 minit dengan pengecas AC 2.0kW dan mampu dipandu sejauh 200km.
  • Logo Wuling bercahaya ketika pegun sahaja.
  • Kemasan kabin Light Grey (kelabu).
  • Unit infotainment skrin sentuh TFT 7 inci.
  • Dua beg udara.
  • Kamera dan sensor parkir belakang.

Wuling Air EV Long Range Tema ‘G20 Indonesia’

Wuling Air EV Standard Range

Auto Terkini Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2024 Roda4 Wuling Wuling Air EV
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    AFEELA Prototype 2026
    Auto Terkini

    Sony Honda Mobility Tamatkan EV AFEELA, Duit Pelanggan Pulang Balik!

    27/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Nissan Kicks e-POWER Terima Facelift di Thailand

    27/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ: Lesen Tamat Tempoh Lebih 36 Bulan Tidak Layak Terima BUDI95

    27/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Geely EX5 Max Dilancar di Thailand, EV SUV Segmen C dengan Jarak Hingga 525 km

    27/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.