Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#GIIAS2016: Wow, 1,200 Unit Tempahan Honda CBR250RR Dalam 2 Minggu
Roda2

#GIIAS2016: Wow, 1,200 Unit Tempahan Honda CBR250RR Dalam 2 Minggu

Abang GYLBy Abang GYL12/08/2016
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Honda CBR250RRSEDIA maklum, PT Astra Honda Motor (AHM) selaku pengedar rasmi jenama Honda Indonesia telah melancarkan debut antarabangsa Honda CBR250RR, baru-baru ini.

Semalam, tim PanduLaju berkesempatan mendekati jentera ini di Pameran Permotoran Antarabangsa Indonesia Gaikindo (Gaikindo Indonesia International Auto Show 2016 – GIIAS2016). Ternyata, Honda CBR250RR mampu memukau sesiapa saja yang mendekatinya.

Honda CBR250RR
Honda CBR250RR

Menurut AHM, pasaran Indonesia bakal menerima model ini bermula November 2016. Setakat ini, pihaknya sudah menerima 1,200 unit tempahan dalam tempoh masa dua minggu. Wow!

HARGA: (Anggaran)

  • Honda CBR250RR 2017 ABS – Rp70 juta (RM21,689.90)
  • Honda CBR250RR 2017 non-ABS – Rp65 juta (RM20,140.62)

3 WARNA PILIHAN

  • Honda Racing Red
  • Anchor Graymetallic
  • Mat Gunpowder Black Metallic

Honda CBR250RRPembangunan Honda CBR250RR dikembangkan berasaskan falsafah Honda dalam merekabentuk jentera supersport  yang berpaksikan motosikal perlumbaan tertinggi.

Lebih menarik, AHM turut menawarkan 10 item tulen Honda CBR250RR seperti pad tangki, pelindung radiator, penutup (cowl) kerusi tunggal, fender penyisih (eliminator fender), sirip aero, pelindung tangan, fender karbon depan, hugger karbon, penutup atas tangki karbon dan pelindung mafler karbon.

Honda CBR250RRUNIT KUASA

Honda CBR250RR dilengkapi enjin generasi baru kompak; 250cc, penyejukan cecair, 4-injap, DOHC dan 2-silinder. Pembangunan dibuat hasil kolaborasi antara pasukan jurutera Jepun dan Indonesia sebelum dikeluarkan di kilang AHM Karawang. Karakter enjin sentiasa di paras optimum pada keseluruhan putaran enjin dengan raungan ekzos  memberikan sensasi ketika menikmati pecutan.

Banyak teknologi digunakan bagi menghasilkan enjin kompak seperti meletakkan gear pemacu primer dalam  rantai aci (cam chain), pam minyak di sisi kanan bersepadu dengan enjin, saluran pernafasan enjin di belakang silinder, dan pam air di kepala silinder seperti diterapkan pada Honda RC213V. Lebar enjin 2-silinder hampir sama dengan enjin 1-silinder. Bahagian penting lain ialah ambilan udara alir turun (downdraft air intake).  Pembersih udara dipindahkan dari posisi biasa di belakang silinder ke atas silinder.

Honda CBR250RRBILA NAK MASUK PASARAN MALAYSIA?

Buat masa ini, pihak Boon Siew Honda tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai Honda CBR250RR. Sama ada akan bawa masuk atau tidak, itu masih belum pasti. Bagaimanapun, kami akan sampaikan kepada pembaca PanduLaju sebaik menerima maklumat berkaitan jentera ini. Begitu juga dengan harga, kami mengharapkan ia tidaklah dijual pada harga terlalu mahal.

GALERI

Honda CBR250RR
Honda CBR250RR
Honda CBR250RR
Honda CBR250RR
Honda CBR250RR
Honda CBR250RR
Honda CBR250RR
Honda CBR250RR
Honda CBR250RR
Honda CBR250RR
Honda CBR250RR
Honda CBR250RR
Honda CBR250RR
AHM Boon Siew Honda Gaikindo Indonesia International Auto Show 2016 GIIAS 2016 Honda CBR250RR PT Astra Honda Motor
Abang GYL

Artikel Berkaitan

Roda2

2026 MV Agusta Enduro Veloce Dilancar, Travel Enduro Premium Harga Sekitar RM91k

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.