Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#GIIAS2016: Prototaip Honda Civic Hatchback Tunjuk Muka Di Indonesia
Auto Terkini

#GIIAS2016: Prototaip Honda Civic Hatchback Tunjuk Muka Di Indonesia

Abang GYLBy Abang GYL11/08/2016
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Honda Civic HatchbackBERTEMPAT di Pameran Permotoran Antarabangsa Indonesia Gaikindo (Gaikindo Indonesia International Auto Show 2016 – GIIAS) 2016, Honda memperkenalkan model prototaip Honda Civic Hatchback terbarunya.

Ini perkembangan menarik kerana Honda Civic Hatchback biasanya cuma ditawarkan di pasaran Eropah, tetapi kini semakin hampir ke rantau ini.

Honda Civic Hatchback mula melakukan debut di Pameran Permotoran Geneva awal tahun ini dan dijangka dijual di Eropah bermula April 2017. Perkara itu turut disahkan oleh Honda Australia yang akan menerima Honda Civic Hactchback pada awal tahun depan.

Dari segi rekaan, model hatchback ini tampil lebih lebar, rendah dan panjang berbanding model terdahulu. Bahagian hadapan pula lebih mantap menerusi penggunaan lampu utama dan lampu siang (DRL) LED.

2 PILIHAN ENJIN

Honda Civic Hatchback bakal dijana dua pilihan enjin sama seperti model Civic baharu sekarang. Apa lagi kalau bukan enjin aspirasi natural (NA) i-VTEC bersesaran 1.8L berkuasa 139hp.

Satu lagi enjin ialah 1.5L Turbo 4-silinder VTEC berkuasa 170hp yang dipadankan dengan kotak gear transmisi pemboleh ubah berterusan (CVT). Sekali pandang, memang tidak dapat dinafikan model ini kelihatan begitu sporty dengan garis bumbung rendah berserta gerbang roda besar.

Setakat ini, masih belum dipastikan sama ada model sporty ini akan ditawarkan di pasaran tempatan ataupun tidak. Sama-sama kita nantikan.

GALERI

Honda Civic Hatchback
Honda Civic Hatchback
Honda Civic Hatchback
Gaikindo Indonesia International Auto Show 2016 GIIAS GIIAS2016 Honda Civic Hatchback
Abang GYL

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

MRT Putrajaya Line Tergendala Akibat Kecurian Kabel, Gangguan Seharian

03/03/2026
Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

03/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.