Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Genting Malaysia Umum Jalan Naik Genting Bakal Ada Tol
Auto Terkini

Genting Malaysia Umum Jalan Naik Genting Bakal Ada Tol

SyafieBy Syafie14/11/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Jalan Genting Highlands bakal ada tol.

LALUAN utama menuju puncak peranginan terkenal, Genting Highlands bakal mengenakan caj kenderaan (private road charge) pada tarikh yang akan diumumkan kelak, menurut kenyataan rasmi Genting Malaysia Berhad (GENM), hari ini.

GENM berkata, caj berkenaan dikenakan bagi menampung kos penyelenggaraan tinggi jalan sepanjang 24km yang dibina di kawasan berbukit curam dan sudah ditanggung sepenuhnya Genting Malaysia sejak 1960-an.

Kos Penyelenggaraan Meningkat, Faktor Keselamatan Jalan

Logo Genting Malaysia

GENM menjelaskan, penggunaan berat pelbagai jenis kenderaan saban tahun menyebabkan kehausan teruk pada permukaan jalan dan cerun sekitar, sekali gus menuntut kerja penyelenggaraan berterusan bagi memastikan keselamatan pengguna.

Berdasarkan prinsip ‘user pays’, caj jalan persendirian ini langkah paling mampan bagi menampung kos baik pulih, penyelenggaraan, dan kejadian luar jangka,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan, kerja penyelenggaraan di kawasan tanah tinggi bukan saja mencabar, tetapi berisiko tinggi dan memerlukan kepakaran khas.

Justeru pasukan keselamatan dan respons kecemasan 24 jam ditempatkan di kawasan pertengahan bukit dan puncak bagi menghadapi sebarang kemungkinan seperti tanah runtuh atau kemalangan.

Inisiatif Persendirian di Jalan Persendirian

Jalan Genting Highlands
Jalan Genting Highlands

GENM menegaskan, pelaksanaan caj berkenaan adalah inisiatif sepenuhnya atas jalan dan tanah milik persendirian, tanpa campur tangan pihak luar.

Ia dilihat langkah penting untuk mengekalkan tahap keselamatan jalan dan cerun demi manfaat semua pengguna, termasuk komuniti setempat, pelancong dan perniagaan sekitar kawasan tanah tinggi itu.

Sokongan Terhadap Industri Pelancongan

Jalan Genting Highlands bakal ada tol.

Jalan Genting Highlands yang dibina Genting Malaysia sejak lebih enam dekad lalu memainkan peranan penting dalam membangunkan sektor pelancongan tanah tinggi, bukan saja untuk Resorts World Genting, tetapi juga destinasi lain di sekitar.

Syarikat itu turut menekankan laluan berkenaan menjadi pemangkin kepada peluang pekerjaan, aktiviti ekonomi dan pembangunan pelancongan Pahang, sekali gus menyumbang kepada ekonomi negara secara keseluruhan.

Kesimpulannya, caj ini bukan tol Kerajaan, tetapi inisiatif persendirian Genting Malaysia bagi memastikan jalan ke Genting Highlands kekal selamat dan mampan untuk semua pengguna.

SUMBER: NST.com.my

Auto Terkini Caj Kenderaan Genting Highlands Genting Malaysia Berhad (GENM) Jalan Genting Highlands
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Kekerapan Tren Laluan Kelana Jaya Diselaras Susulan Isu Teknikal

23/02/2026
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

23/02/2026
Wanita maut dalam kereta di parkir sebuah stesen minyak | Foto NST
Auto Terkini

Wanita Maut dalam Kereta di Stesen Minyak Paya Terubong

23/02/2026
Auto Terkini

Tune Talk, BHPetrol Lancar Kempen Epik+ Setahun – SIM Percuma, Baucar Minyak Ditawarkan

23/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.