• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Geely Hampir Beli Saham BMW Sebelum Pilih Daimler

Geely Hampir Beli Saham BMW Sebelum Pilih Daimler

March 13, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

414
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BOS Geely dan taikun automotif dari China, Li Shufu khabarnya bukan sekadar pernah meninjau saham Automobile Chrysler sebelum membeli 10 peratus saham Daimler. Malah menurut laporan satu media Jerman, beliau pernah merancang membeli saham BMW.

Li dilaporkan berjanji memberikan akses lebih baik kepada BMW di China dalam usaha mendapatkan teknologi kepakaran kenderaan elektrik (EV) daripada jenama automotif Jerman itu.

BACA >>> Geely Kini Pemegang Saham Terbesar Daimler

Masih belum diketahui sebab kenapa lamaran Li ditolak, tetapi BMW sememangnya sudah menjalinkan usahasama jualan dan pengeluaran EV di China, termasuk Mini bersama Great Wall. Beliau bagaimanapun membeli saham Daimler sebanyak 9.69 peratus yang bernilai  AS$9 bilion (RM35 bilion) pada harga pasaran semasa.

GEELY MAHU BANGUNKAN EV

Inside A Geely Automobile Plant
File photo of employees checking plastic bumpers along a Geely Automobile Corporation assembly line in Cixi
kilang-geely-3

Pembelian itu menjadikan Li pemegang saham terbesar Daimler, sekali gus mengambil alih kedudukan pemagang saham majoriti yang dipegang Kuwait Investment Authority (6.8 peratus). Geely memilih Daimler kerana mahu memanfaatkan teknologi EV berikut komitmen Beijing yang mahu pengeluar automotif meningkatkan pengeluaran kenderaan emisi sifar.

Bagaimanapun, ada laporan menyatakan banyak pihak dalam Daimler tidak bersetuju dengan perancangan Li. Pada Pameran Motor Geneva 2018, seorang eksekutif Mercedes-Benz memberitahu Daimler sebenarnya mahu mewujudkan pakatan kerjasama yang menguntungkan kedua-dua pihak.

"Pengurusan Volvo dan Geely dan teknologi Mercedes kami bukanlah situasi menang-menang," kata eksekutif berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Daimler, Dieter Zetsche pula berkata, mana-mana perkongsian teknologi antara Geely dan Daimler tidak boleh membabitkan perkongsian dengan BAIC China.

 

Artikel Berkaitan

414
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, BMW, Daimler, Geely, Geely Auto, Li Shufu, saham, Volvo

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my