Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#BIMS2026: Geely EX5 Max Dilancar di Thailand, EV SUV Segmen C dengan Jarak Hingga 525 km
Roda4

#BIMS2026: Geely EX5 Max Dilancar di Thailand, EV SUV Segmen C dengan Jarak Hingga 525 km

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam27/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

JENAMA China, GEELY secara rasmi memperkenalkan EX5 di Thailand dengan harga bermula RM89,800 hingga RM109,300 (739,000 – 899,000 baht), sebagai model import (CBU) dari China.

Tiga varian ditawarkan iaitu EX5 Pro, EX5 Max dan EX5 Max+, dengan harga istimewa untuk 400 unit pertama bagi varian tertinggi.

Waranti, Pakej Pemilikan

Model ini hadir dengan pakej pemilikan menarik termasuk waranti kenderaan selama enam tahun atau 160,000 km serta waranti bateri lapan tahun atau 180,000 km.

Turut disertakan insurans tahun pertama, bantuan kecemasan 24 jam serta pengecas rumah dan pengecas mudah alih bagi varian terpilih.

Dimensi, Saiz Lebih Besar Segmen

Geely EX5 berukuran 4,615 mm panjang, 1,901 mm lebar dan 1,670 mm tinggi dengan jarak roda 2,750 mm.

Saiz ini meletakkannya sebaris dengan pesaing seperti BYD Atto 3 dan Neta X, namun menawarkan ruang kabin serta but lebih luas sehingga 1,877 liter.

Kuasa 218 HP, Tork 320 Nm

Semua varian menggunakan satu motor elektrik dengan kuasa 218 hp dan tork 320 Nm, dipacu roda hadapan.Pecutan 0-100 km/j sekitar 6.9 hingga 7.1 saat dengan kelajuan maksimum 175 km/j.

Varian Pro dan Max menggunakan bateri 60.22 kWh dengan jarak gerak sekitar 490–495 km, manakala Max+ dilengkapi bateri lebih besar 68.39 kWh dengan jarak sehingga 525 km (NEDC).

Sistem Pengecasan, V2L

EX5 menyokong pengecasan AC sehingga 11 kW dan DC fast charging sehingga 100 kW.
Pengecasan pantas 30-80% boleh dicapai dalam sekitar 20 minit, manakala fungsi V2L membolehkan bekalan kuasa luaran sehingga 3.3 kW.

Casis, Pemanduan

SUV ini menggunakan suspensi hadapan McPherson Strut dan belakang multi-link untuk keseimbangan keselesaan dan kestabilan.

Sistem pemanduan turut dilengkapi mod ECO, Normal dan Sport serta regenerative braking boleh laras.

Kabin Moden, Teknologi Lengkap

Bahagian dalaman menampilkan skrin digital 10.2 inci dan skrin sentuh utama 15.4 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan kawalan suara.

Ciri lain termasuk pengecas tanpa wayar, sistem audio surround, ambient light serta tempat duduk dengan fungsi ventilasi dan urutan.

Sistem Keselamatan, ADAS

Varian Max dan Max+ dilengkapi sistem bantuan pemandu Tahap 2+ termasuk Adaptive Cruise Control, Lane Keeping Assist dan Autonomous Emergency Braking.

Turut tersedia kamera 360 darjah, enam beg udara serta pelbagai sistem keselamatan aktif.

Adakah Malaysia akan terima kemaskini ?

Setakat ini, tiada pengumuman rasmi mengenai kemaskini Geely EX5 Max ke pasaran Malaysia. Namun melihat hubungan rapat Geely dengan Proton serta trend kemasukan model EV China ke rantau ini, tidak mustahil kemaskini ini akan dipertimbangkan untuk pasaran tempatan pada masa hadapan.

Auto Terkini Geely EX5 Geely EX5 Max+ Geely Group kereta elektrik Proton e.MAS 7 SUV Elektrik
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    AFEELA Prototype 2026
    Auto Terkini

    Sony Honda Mobility Tamatkan EV AFEELA, Duit Pelanggan Pulang Balik!

    27/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Nissan Kicks e-POWER Terima Facelift di Thailand

    27/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ: Lesen Tamat Tempoh Lebih 36 Bulan Tidak Layak Terima BUDI95

    27/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: NIO Firefly Dilancar di Thailand, EV Hatchback Kompak dengan Sistem Tukar Bateri

    27/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.