
SELEPAS melancarkan Geely EX5 di serata dunia , Geely Auto memulakan kempen kenderaan elektrik (EV) kedua dengan pelancaran hatchback Geely EX2.
EV urban kompak terlaris di China itu diperkenalkan di Brazil pada 6 November yang memperlihatkan rancangan Geely menerajui segmen-B global ke arah masa depan lebih canggih.
Kejuruteraan, Rekabentuk
Geely EX2 dibina berasaskan Arkitektur Elektrik Pintar Global (GEA) milik Geely dengan rekabentuk menampilkan rupa depan Smile khas Geely yang menggabungkan daya tarikan visual dengan kecekapan aerodinamik.
Lima warna ditawarkan untuk pasaran Brazil seperti Moon White (putih), Star Silver (perak), Comet Gray (kelabu), Nebula Beige (kuning cair) dan Aurora Green (hijau).
Dari segi dimensi, Geely EX2 berukuran panjang 4,135mm, lebar 1,805mm dan tinggi 1,580mm, manakala jarak roda 2,650mm. Ini mewujudkan keseimbangan antara pengendalian yang tangkas dan ruang kabin luas dalam kelas.
Lampu depan LED dengan teknologi lampu tinggi adaptif mampu menerangi sejauh lebih 170 meter dengan lebar 22 meter.
Prestasi, Pemanduan
Geely EX2 dikuasakan unit pacuan elektrik (EDU) 11-dalam-1 yang dipasang di belakang. Konfigurasi pacuan roda belakang (RWD) dipadankan suspensi belakang independen multi-link untuk pengendalian lincah dan keselesaan.
- Pecutan 0-100kmj sepantas 11.5 saat
- Kelajuan tertinggi 130kmj
- Penggunan tenaga 11.8kWj per 100km (WLTP)
- Lulus ujian Moose pada 75kmj membuktikan kestabilan dalam kondisi ekstrem
- Pemandu boleh memilih mod Comfort atau Sport.
- Sistem brek bersepadu ONEBOX dan kawalan cengkaman G-TCS meningkatkan keselamatan dan kestabilan
Keselamatan, Bateri Canggih
Antara ciri keselamanan ditawarkan adalah:
- Sistem Perlindungan Keselamatan Komprehensif: Berpusat pada keselamatan bateri, merangkumi Sistem Keselamatan Bateri Geely, struktur kekuatan tinggi yang dioptimum dan sistem pemantauan suhu masa nyata
- Struktur Badan: Menggunakan struktur kabin diperkuat, seperti badan sangkar (cage body) dan subfrem belakang bentuk pagar, serta struktur penyerap tenaga tiga arah untuk meningkatkan integriti struktur
- Rangka Binaan: Struktur badan ring-cage Star Armor menggunakan 64 peratus keluli kekuatan tinggi dengan kekuatan tegangan puncak 1,500MPa, yang menawarkan 23,000Nm/darjah ketegaran torsi
- Sistem Keselamatan Aegis: Sistem keselamatan bateri menggunakan penyejukan cecair sebagai ciri standard
- Pengecasan Pantas: Pengisian pantas 1.66C, mencapai pengecasan 30-80 peratus dalam masa 25 minit
- Fungsi V2L: Fungsi kenderaan kepada beban (V2L) 3.3kW sebagai ciri kemudahan untuk keperluan kuasa luaran atau kecemasan
- Keselamatan: Merangkumi empat hingga enam beg udara (bergantung varian), beg udara tirai sisi penuh, perlindungan kesihatan dan sistem pemutus kecemasan voltan tinggi
Kabin Pintar, Kapasiti
Geely menawarkan dua tema dalaman yang anggun, Horizon Gray (kelabu) dan Skyline White (putih).
- Teknologi: Dilengkapi sistem kabin pintar Flyme Auto Geely, yang menampilkan unit infotainment LCD definisi tinggi (HD) 8.8 inci dan skrin kawalan pusat HD 14.6 inci
- Sistem Bantuan Pemandu: Dilengkapi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Tahap 2 sebagai ciri standard, yang menampilkan Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Amaran Keluar Lorong (LDW), Brek Kecemasan Automatik (AEB) dan Amaran Keluar Kenderaan Depan (FVDA), yang juga teknologi pertama dalam segmen itu
- Ruang Simpanan: Bonet 70 liter (unik dalam kelas) dan but 375 liter yang boleh diperluas kepada 1,320 liter. Juga ada 36 ruang simpanan dalam kabin, se[erti laci penumpang depan 10 liter
- Kemudahan: Ciri lain seperti pengecasan pantas wayarles 15W, lampu ambien 256 warna, sistem bunyi keliling dengan enam pembesar suara, dan pintu but elektrik
Pasaran Brazil
Geely EX2 ditawarkan dalam dua varian: Pro dan Max. Kedua-dua varian itu menggunakan trenkuasa dan pek bateri sama, dengan perbezaan hanya ciri dan kemasan.
Model dilancarkan di Brazil itu menggunakan motor 85kW (116hp) dan tork 150Nm, serta dipadankan bateri 39.4kWj untuk jarak pemanduan hingga 289km (InMetro).
Ketika pelancaran, harga khas ditawarkan bermula R$119,990 (RM93,930) untuk Pro dan R$135,100 (RM105,785) untuk Max. Harga standard pula bermula R$ 123,800 (RM96,880) untuk varian Pro dan R$136,800 (RM107,090) bagi varian Max.
Peluasan Pasaran Global

Geely EX2 (dikenali sebagai Xingyuan di China) menjadi model terlaris di pasaran China sepanjang Januari hingga September 2025.
Pelancaran di Brazil mengukuhkan fokus Geely terhadap pasaran tersebut dan dijadualkan dilancarkan di pasaran merentasi lima benua dalam tempoh setahun, termasuk Thailand dan Indonesia. Model ini juga ialah kembar kepada Proton e.MAS 5 yang dilancarkan di Malaysia.
Varian Prime (asas)
- Motor tunggal pada gandar belakang berkuasa 79ps dan tork 130Nm
- Bateri litium-besi-fosfat (LFP) CATL 30.12kWj
- Jarak pemanduan 225km (WLTP)
- Pecutan 0-50kmj sepantas 4.4 saat
Varian Premium (premium)
- Motor lebih prestasi berkuasa 116ps dan tork 150Nm
- Bateri LFP lebih besar 40.16kWj
- Jarak pemanduan hingga 325km (WLTP)
- Pecutan 0-50kmj sepantas 3.9 saat
Harga RM56,800 (Prime) hingga RM69,800 (Premium) (dengan rebat pengenalan RM3,000 hingga 31 Disember ini.
Spesifikasi Geely EX2 (Brazil)

Platform dan Rekabentuk
- Arkitektur Elektrik Pintar Global (GEA)
- Dimensi panjang 4,135mm, lebar 1,805mm, dan tinggi 1,580mm, manakala jarak roda 2,650mm
- Struktur badan frem Star Armor dengan 64 peratus keluli kekuatan tinggi (1,500MPa)
Prestasi dan Pemanduan
- Sistem RWD dengan suspensi multi-link (belakang)
- Motor 85kW (116hp) dan tork 150Nm
- Pecutan 0-100kmj sepantas 11.5 saat
- Kelajuan maksimum 130kmj
- Penggunaan tenaga (WLTP) 11.8kWj per 100km
Bateri dan Jarak
- Kapasiti bateri 39.4kWj (LFP CATL)
- Jarak pemanduan hingga 289km (kitaran InMetro)
Pengecasan dan Keselamatan
- Pengecasan pantas (DC) 25 minit (30-80 peratus)
- Fungsi kenderaan-kepada-beban Vehicle-to-Load (V2L) 3.3kW
- Dilengkapi ciri keselamatan empat hingga enam beg udara, Sistem Keselamatan Aegis (penyejukan cecair bateri) dan Sistem Bantuan Pemandua Termaju (ADAS) Tahap 2
Kapasiti dan Teknologi
- Kapasiti bonet (frunk) 70 liter
- Kapasiti but (maksimum) boleh diperluas hingga 1,320 liter
- Unit infotainmen definisi tinggi (HD) 14.6 inci dengan sistem audio Flyme Auto




















Leave a Reply