• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Geely Auto Naikkan Sasaran Jualan daripada 2.71 Juta kepada 3 Juta Unit!

Geely Auto Naikkan Sasaran Jualan daripada 2.71 Juta kepada 3 Juta Unit!

July 8, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

Barisan model global Geely Auto
KETIKA beberapa pengeluar automotif tradisional bergelut mengekalkan prestasi jualan, dan ada menunjukkan kemerosotan, Geely Auto tampil berbeza dengan laporan kewangan separuh 2025 yang sangat memberangsangkan.

Apa yang menarik, Geely Auto menaikkan sasaran jualan tahunan daripada 2.71 juta kepada 3 juta unit!

Geely Auto sasar jualan 3 juta unit

Keyakinan itu disumbang prestasi separuh pertama 2025, dengan jumlah jualan 1.4 juta unit, peningkatan ketara sebanyak 47 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Segmen kenderaan tenaga baharu (NEV) menjadi pemacu utama pertumbuhan, dengan jualan mencapai 725,000 unit, melonjak kira-kira 126 peratus tahun ke tahun.

Tumpuan Berterusan terhadap Pengembangan Global

Kapal Ro-Ro Geely JISU Fortune

Strategi peluasan global Geely Auto terus membuahkan hasil sangat positif:

  • Jualan eksport meningkat kepada 184,000 unit.
  • Eksport kenderaan elektrik menyaksikan peningkatan luar biasa 307 peratus tahun ke tahun.
  • Pertumbuhan jualan sebenar direkodkan di 22 negara, jelas menunjukkan daya saing global Geely Auto yang kukuh.

Geely Auto kini beroperasi di hampir 90 negara dengan rangkaian jualan dan perkhidmatan tempatan.

Pada separuh pertama 2025, Geely Auto berjaya memasuki enam pasaran termasuk Australia, New Zealand, Indonesia, Vietnam, dan Greece.

Ibu pejabat Geely Auto di UAE
Geely UAE

Selain itu, peluasan aktif dilakukan di pasaran Eropah yang lebih matang seperti Poland, Itali, dan Beitain, termasuk pasaran berjumlah besar seperti Brazil dan Afrika Selatan.

Sebanyak lapan cawangan luar negara ditubuhkan untuk meningkatkan kecekapan operasi dan penyelarasan serantau.

Pengeluaran Global Diperkukuh

Kilang BAMC Geely di Mesir
Kilang BAMC Mesir

Geely Auto turut mencapai beberapa kejayaan penting dalam memperkukuh kehadiran pembuatan global:

  • Januari 2025: Kilang BAMC di Mesir rasmi memulakan operasi. Ini ialah fasiliti pemasangan komponen tempatan (CKD) pertama Geely Auto di Timur Tengah dan Afrika dengan memulakan pengeluaran model Coolray dan Emgrand.
  • Mei 2025: Geely EX5 pertama disiapkan dari barisan pengeluaran di kilang Purwakarta, Indonesia yang mengukuhkan lagi strategi pembuatan tempatan syarikat.

Portfolio Produk Global dan Pencapaian Model Utama

Geely Coolray dan Emgrand

Dengan strategi dwi-kuasa yang menggabungkan kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) dan NEV, Geely Auto memperkenalkan 12 model bernilai tinggi di lebih 40 negara tahun ini.

  • EX5: Memasuki 25 pasaran antarabangsa. Model Geely pertama meraih rating keselamatan lima bintang daripada Euro NCAP dan ANCAP, serta memenangi Anugerah Rekabentuk Red Dot.
  • Emgrand: Sedan kompak global ini merekodkan pencapaian penting 4 juta unit terjual. Baru-baru ini dinamakan kenderaan rasmi Bank Negara Mesir dan menduduki tangga pertama dalam jualan pasaran keseluruhan di Qatar.
  • Coolray: Model terlaris global Geely Auto melepasi 1 juta unit dalam jualan kumulatif dan menduduki antara tiga teratas dalam jualan keseluruhan di pasaran utama seperti Nigeria, Kazakhstan, dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
  • Cityray: Model baru dilancarkan ini menunjukkan momentum pertumbuhan kukuh di beberapa pasaran Timur Tengah dan Amerika Latin, termasuk menduduki antara tiga jenama automotif China teratas di Moldova dan Panama.

Geely EX5 mendapat rating 5 bintang ANCAP

Rangkaian Bekalan Alat Ganti

Bagi memastikan kualiti perkhidmatan cemerlang seluruh dunia, Geely Auto menubuhkan rangkaian bekalan alat ganti global yang mantap.

Ini disokong hab ibu pejabat pusat, yang menghubungkan tujuh pusat alat ganti luar negara dan pelbagai fasiliti penyimpanan berkecekapan tinggi.

Ini secara signifikan meningkatkan kecekapan bekalan serantau dan memastikan sokongan perkhidmatan yang tepat pada masa dan boleh dipercayai untuk pelanggan global.

Prospek Masa Depan

Geely Yinhe M9
Geely Yinhe M9

Geely Auto akan memanfaatkan sistem strategik global komprehensif yang terdiri daripada:

  • 5 pusat rekabentuk global
  • 5 hab kajian dan penyelidikan (R&D)
  • 5 kawasan pengujian
  • 5 platform teknologi tenaga
  • 5 ekosistem kecerdasan buatan (AI).

Ini bertujuan meningkatkan lagi perancangan produk, peluasan pasaran, pembangunan saluran, dan penempatan kilang CKD.

Pada separuh kedua 2025, Geely Auto akan memberi keutamaan kepada peluasan kehadiran di pasaran utama seperti Brazil, Poland, Britain, Itali, dan Hong Kong.

Geely EM AI Super Hybrid 2.0
Geely EM AI Super Hybrid 2.0

Disokong strategi produk dwikuasa, Geely Auto akan mempercepat peralihan ke arah NEV.

Syarikat juga akan terus memperluas jejak global, dengan visi membina masa depan lebih pintar, lebih hijau, dan lebih baik bersama pengguna seluruh dunia.

Geely EX5 Greece
Geely Chassis
Geely EM AI Super Hybrid 2.0
Geely EM AI Super Hybrid 2.0
Geely NEV lineup
Geely Short Blade Battery
Geely UAE flagship service center
Geely UAE
Geely UAE
Geely EX5 side impact A
Geely Cityray
Geely COOLRAY
Geely Emgrand
Kilang BAMC Mesir
Kilang BAMC Mesir
Geely Auto models
Geely Yinhe M9
Geely Yinhe M9
BAMC factory Coolray and Emgrand

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), Roda4 Tagged With: Geely, Geely Auto

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Abang Drebar Bas Rapid vs Geng Kayuh, Bolehkah Berbasikal di Jalan Raya?
    #TahukahAnda: Abang Drebar Bas Rapid vs Geng Kayuh, Bolehkah Berbasikal di Jalan Raya?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Tarif Import 25 Peratus AS Jejas Sektor Automotif di Malaysia?
    Tarif Import 25 Peratus AS Jejas Sektor Automotif di Malaysia?
  • Proton X50 2026 Serba Baharu Buka Tempahan, 10k Pelanggan Terawal Terima Rebat RM1k!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Buka Tempahan, 10k Pelanggan Terawal Terima Rebat RM1k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev