• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Geely-Aisin Jalin Kerjasama Hasilkan Transmisi 6-Kelajuan

Geely-Aisin Jalin Kerjasama Hasilkan Transmisi 6-Kelajuan

May 2, 2018 By AI Leave a Comment

235
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUBSIDIARI GEELY Auto Holding Group Limited (Geely Auto), Geely Luo You Engine Company Limited (Geely Luo You) menjalinkan usahasama dengan syarikat Aisin AW Limited (Aisin) dalam pembuatan produk kotak gear 6-kelajuan, alat ganti dan jualan.

Berdasarkan perjanjian itu, Geely Luo You merancang mengeluarkan 400,000 unit transmisi setahun.

Usahasama itu melibatkan suntikan modal berdaftar sebanyak AS$117 juta (RM460 juta). Aisin mengeluarkan modal sebanyak AS$70 juta (RM275 juta) dengan perkongsian saham 60 peratus, manakala Geely Luo You melabur AS$46.80 juta (RM184 juta), dengan pemilikan 40 peratus saham.

Perjanjian tersebut ialah penanda aras baharu Geely selepas mengumumkan dua pelan utama ‘2020 Strategy’ dan ‘Blue Geely Initiative’ yang memerlukan Geely menggunakan kotak gear automatik 6-kelajuan. Ketika ini, kapasiti pengeluaran kotak gear Geely tidak dapat memenuhi permintaan yang ada.

geely-auto-logo
AISIN LOGO

Pembangunan usahasama itu membolehkan Geely memperkenalkan produk baharu dalam memenuhi kehendak pelanggan yang mahukan pemanduan selesa dan terbaik serta pada masa sama cekap bahan api. Geely juga dapat mengambil bahagian dalam pengurusan operasi, dan kos pembelian lebih rendah serta menambah baik aspek kecekapan.

Aisin ditubuhkan sejak 1969  dan terkenal sebagai salah satu jenama global yang membangunkan dan mengeluarkan kotak gear terbesar dunia.

235
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Aisin AW Limited (Aisin), Auto Terkini, Geely Auto Holding Group Limited (Geely Auto), Geely Luo You Engine Company Limited (Geely Luo You), kotak gear, transmisi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my