Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Gagal Lari SJR, Polis Tahan Dua Lelaki Naik Kapcai ‘Hilang’
Auto Terkini

Gagal Lari SJR, Polis Tahan Dua Lelaki Naik Kapcai ‘Hilang’

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju01/12/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


POLIS menahan dua lelaki menaiki kapcai yang baru dilaporkan hilang 10 hari lalu di kawasan Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Berdasarkan perkongsian Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM dan Friends of Traffic Ampang, dua individu itu ialah penunggang dan pembonceng kapcai berkenaan yang ditahan ketika cuba melarikan dari satu sekatan jalan raya (SJR).

Anggota polis daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Ampang Jaya menjelaskan, SJR itu dibuat di Jalan Bunga Raya, Taman Kencana dan suspek melibatkan dua individu lelaki, iaitu penunggang dan pembonceng.

Sewaktu ingin ditahan, penunggang tersebut cuba melarikan diri dengan berpatah balik tetapi berjaya ditahan anggota yang sedang bertugas.

“Pemeriksaan menyeluruh dibuat kepada penunggang dan pembonceng. Penunggang didapati tidak memiliki lesen memandu dan tiada rekod jenayah lampau.

“Semakan lanjut dibuat pada nombor pendaftaran kenderaan motosikal tersebut dengan menggunakan alat MCOPS, mendapati motosikal tersebut masih berstatus hilang dan masih belum dijumpai dan baru saja hilang 10 hari yang lalu.”

Akibatnya, penunggang dan pembonceng itu bersama kenderaan berkenaan dibawa ke Balai Polis BSPT Ampang Jaya untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Auto Terkini Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Ampang Jaya Curi Motosikal JABATAN Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Motosikal Hilang Polis Diraja Malaysia (PDRM) roda2
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Roda2

2026 MV Agusta Enduro Veloce Dilancar, Travel Enduro Premium Harga Sekitar RM91k

09/03/2026
Auto Terkini

Viral Pemandu BMW 325i ‘Drift’ di Genting Highlands Ditahan Polis, Kereta Kena Sita

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
JPJ lancar JPJvBID
Auto Terkini

JPJ Lancar JPJvBID – Platform Digital Lelongan Kenderaan Sita

09/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.