Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Foto Rasmi Hyundai Exter (2023) Didedahkan, Lancar di India 10 Julai Ini
Auto Terkini

Foto Rasmi Hyundai Exter (2023) Didedahkan, Lancar di India 10 Julai Ini

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize31/05/2023
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KENDERAAN utiliti sukan (SUV) segmen-A, Hyundai Exter (2023) didedahkan menjelang pelancaran rasmi di pasaran India, 10 Julai nanti.

Terdahulu, Hyundai hanya mendedahkan rupa depan ketika membuka tempahan SUV itu, tetapi kali ini rupa belakang turut didedahkan.

Hyundai Exter (2023)

Rupa depan Hyundai Exter (2023) masih mengekalkan rekabentuk parametrik Hyundai yang berbentuk kotak dan menegak. Lampu utama LED disepadu dalam gril hitam lebar dengan plat skid perak di bawah, manakala lampu siang (DRL) bentuk ‘H’ diposisikan di atas.

Dari sisi, SUV itu mendapat pelapik (cladding) plastik pada fender tayar untuk menyerlahkan imej SUV lasak. Rim aloi jenis dwi-tona dengan rel bumbung, kemasan tekstur pada pilar-C dan warna badan dwi-tona untuk efek bumbung apung.

Bahagian belakang mendapat kemasan panel bertekstur hitam yang memanjang dan bersambung dengan lampu belakang LED, dan logo Hyundai krom di tengah.

Seperti lampu depan, lampu belakang turut mengetengah imej LED bentuk ‘H’. Bampar belakang pula menerima rekaan dwi-tona dengan aksen hitam dan difuser perak.

Trenkuasa Hyundai Exter (2023)

Berkongsi asas dengan Hyundai Grand i10 Nios dan Aura, Hyundai Exter (2023) akan ditawarkan dalam enjin petrol aspirasi natural (NA) 4-silinder 1.2L berkuasa 83hp dan tork 114Nm.

Enjin ini akan mendapat dua opsyen kotak gear, iaitu manual 5-kelajuan atau transmmisi automatik-manual (AMT). Ada tiga trenkuasa ditawarkan:

  • 1.2L Kappa Petrol (E20 Fuel Ready) dengan transmisi manual 5-kelajuan (5MT)
  • 1.2L Kappa Petrol (E20 Fuel Ready) dengan transmisi Smart Auto AMT (Automated Manual Transmission)
  • 1.2L Bi-Fuel Petrol Kappa dengan enjin CN  dengan transmisi manual 5-kelajuan

Output rasmi masih belum didedahkan.

Ciri Keselamatan

Hyundai Exter (2023) akan menjadi SUV bawah 4 meter pertama India yang dilengkapi 6 beg udara sebagai ciri standard untuk semua varian.

SUV ini juga menawarkan 26 ciri keselamatan yang ada pada semua varian seperti berikut;

  • Kawalan Stabliti Elektronik (ESC)
  • Pengurus Stabiliti Kenderaan (VSM)
  • Kawalan Bantu Daki Bukit (HAC)
  • Tali keledar 3-poin, dan pengingat tali keledar (semua kerusi)
  • Entri tanpa kunci (keyless)
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Sensor parkir belakang
  • ESS
  • Penggera kecurian

Malah, SUV ini turut dilengkapi lebih 40 ciri ksseselamatan termaju seperti:

  • Lampu eskot
  • Lampu utama automatik
  • ISOFIX
  • Nyah kabus belakang
  • Kamera parkir belakang
  • Kamera pemuka dengan dwi kamera
  • Sistem Pemantai Tekanan Tayar (TPMS), varian Highline sahaja.

BACA >>> Hyundai Mahu ke Angkasa! Kini Bangunkan Kenderaan Jelajah Bulan
BACA >>> Hyundai Sonata (2023) Facelift Diperkenal yang 180º Berbeza, Lebih Agresif!

SUMBER: Hyundai

hyundai exter India Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 segmen A SUV
Sharil Tarmize

Artikel Berkaitan

Lepas L8
Autotainment

#TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Sebut ‘Lepas’ yang Betul?

23/01/2026
Auto Terkini

Pemandu Mabuk Rempuh Palang Keselamatan Pintu 2 Istana Negara

24/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Malaysia Rai Ulang Tahun Pertama, Harga D9 Kekal Hingga 2026

24/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Tesla Model Y Long Range RWD Kini di Malaysia, Jarak 661km WLTP, Harga RM216,450

24/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Auto Terkini

Kawasaki Brusky 125 ‘Kembar’ Modenas Karisma 125 Terjual 17,000 Unit di Filipina

By Syafie15/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.