Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Foto Proton Ertiga Bocor Lagi – Bakal Dilancarkan Hujung Bulan Ini
Auto Terkini

Foto Proton Ertiga Bocor Lagi – Bakal Dilancarkan Hujung Bulan Ini

Abang GYLBy Abang GYL14/11/20162 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Foto proton ertigaNAMPAK gayanya model rebadged pertama antara Proton dan Suzuki Corp Japan, Proton Ertiga sudah bersiap sedia untuk dilancarkan ke pasaran tempatan.

Hari ini, beberapa lagi beberapa foto Proton Ertiga bocor di laman facebook. Menurut maklumat di perkongsian berkenaan, beberapa treler yang membawa kenderaan yang ditutup dengan kain hitam turut kelihatan keluar dari kawasan kilang.

Jika benar,  nampaknya Proton Ertiga bakal dilancarkan dalam masa terdekat. Malah menurut beberapa info diterima sebelum ini turut menyatakan model MPV ini akan diperkenalkan pada penghujung November 2016.

proton ertiga
Seperti dimaklumkan dalam artikel terdahulu, Proton Ertiga bakal menjadi model terakhir Proton yang diperkenalkan sebelum melabuh tirai 2016.

Tidak dinafikan, 2016 adalah tahun mencabar buat Proton. Mana tidaknya, empat model dalam masa setahun. Selain Ertiga, antara tiga model yang sudah dilancarkan adalah Proton Perdana, Persona dan Saga.

proton ertigaENJIN 1.4L

Bagi pasaran Malaysia, Proton Ertiga akan menggunakan enjin sedia ada iaitu K14B bersesaran 1.4L. Ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 90hp dan tork puncak 130Nm. Difahamkan tiada sentuhan yang dilakukan pada bahagian mekanikal.

proton-ertiga_pandulajudotcomdotmy-11PARAS RUPA SAMA

Berdasarkan beberapa foto yang tersebar, kami lihat rekaan luaran Proton Ertiga tidak banyak berubah seperti Suzuki Ertiga. Cuma logo saja ditukarkan. Baik dari luaran mahupun dalaman.

Tambah sumber kami lagi, ruang dalaman menerima sedikit sentuhan di mana kerusi fabrik digantikan kepada jenis kulit. Selebihnya masih kekal sama dan tidak banyak berubah.

proton ertigaHARGA

Buat masa ini, kami tidak memiliki sebarang maklumat berkaitan harga MPV ini. Memandangkan ia bakal bersaing dengan Perodua Alza, maka kami menjangkakan Proton Ertiga akan dijual pada harga sekitar RM55,000 hingga RM60,000. Jika lebih, ia akan menjadi tugas sukar untuk Proton untuk menjualnya.

Bagaimanapun, nantikan laporan penuh kami setelah memandu uji model ini pada minggu hadapan.

GALERI

proton ertiga
proton ertiga
proton ertiga
proton ertiga
proton ertiga
proton ertiga
foto proton ertiga Proton Ertiga
Abang GYL

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Geely Auto No.1 di China 2 Bulan Berturut-Turut!

10/03/2026
Auto Terkini

Viral Pemandu BMW 325i ‘Drift’ di Genting Highlands Ditahan Polis, Kereta Kena Sita

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
JPJ lancar JPJvBID
Auto Terkini

JPJ Lancar JPJvBID – Platform Digital Lelongan Kenderaan Sita

09/03/2026

2 Comments

  1. Saga3 on 14/11/2016 00:43

    Menurut ramalan sesetengah blogger automotive Proton ertiga berharga dibawah 60k untuk varian premium

    Reply
  2. Am on 16/11/2016 10:06

    Faktor harga memainkan peranan dalam penjualan Ertiga …klu lbh rm60k maka akn ada masalah,klu bawak rm60k mungkin blh dijadikan pilihan pengguna….

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.