• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Ford Ranger Facelift (2015) - Harga Jualan Bermula RM91,588

Ford Ranger Facelift (2015) - Harga Jualan Bermula RM91,588

October 10, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Ford-Ranger-Facelift-Pandulajudotcom-13

MASA yang dinanti-nanti akhirnya tiba. Sime Darby Auto Connexion (SDAC) memperkenalkan Ford Ranger versi facelift dengan menampilkan rekaan lebih garang dan berkuasa.

Hadir dalam tiga varian iaitu Ranger XL, Ranger XLT dan WildTrak, harga jualan bermula dari harga RM91,588 hingga RM132,188.

HARGA:

  • Ford Ranger XL - RM91,588
  • Ford Ranger XLT - RM101,388
  • Ford Ranger 3.2L WildTrak - RM132,188

Ford-Ranger-Facelift-Pandulajudotcom-16

6 PILIHAN WARNA:

Ford Ranger ditawarkan dalam enam pilihan warna menarik seperti Pride Orange, Cool White, Metropolitan Grey, Aluminium Metallic, Balck Mica dan Aurora Blue.

Ford-Ranger-Facelift-Pandulajudotcom-010

LUARAN:

Berbanding dengan versi terdahulu, Ranger facelift tampak lebih moden dan bergaya. Rekaan hud yang lebih maskular bergabung dengan gril berbentuk trapezoidal.

Manakala lampu utama jenis projektor pula membolehkan trak pikap ini mudah dikenali tanpa melihat lencana di hadapannya.

DALAMAN:

Memasuki ruang kabin, ia dilengkapi pelbagai rangkaian teknologi pintar. Antaranya SYNC 2 iaitu skrin sesentuh berwarna berukuran 8-inci (WildTrak) yang mampu mengawal telefon, hiburan dan suhu hanya dengan menggunakan sistem arahan suara.

Selain itu, satu lagi ciri baharu iaitu MyKey Ford yang juga pertama dalam segmen trak pikap turut ditawarkan.

Ford-Ranger-Facelift-Pandulajudotcom-15

Sistem ini membolehkan pemandu menetapkan had kelajuan maksimum, amaran memakai tali pinggang keledar dan kawalan valum maksimum untuk audio.

Ia juga menerima beberapa penambahbaikan seperti kehadiran rekaan lebih segar selain dilengkapi teknologi Start-Stop.

Ford-Ranger-Facelift-Pandulajudotcom-05

PRESTASI:

Dari aspek mekanikal, trak pikap ini ditawarkan dalam dua varian enjin berbeza iaitu 3.2L Duratorq dan 2.2L Duratorq.

Bagi varian 2.2L Duratorq, ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 158hp dan tork setinggi 385Nm. Manakala bagi varian WildTrak pula dipadankan dengan enjin 3.2L Duratorq 5-silinder TDCI dengan kuasa maksimum 198hp dan tork puncak 470Nm.

Ford-Ranger-Facelift-Pandulajudotcom-12

Tidak setakat itu, penggunaan bahan api adalah 22 peratus lebih menjimatkan selain enjin lebih senyap.

Maklumat lanjut, layari www.ford.com.my

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Ford, Ford Ranger 2015, Ford Ranger Facelift, Kereta, SDAC, Sime Darby Auto Connexion

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Komited Labur Lebih RM1 Bilion di Malaysia, Bakal Hasilkan EV CKD?
    Chery Komited Labur Lebih RM1 Bilion di Malaysia, Bakal Hasilkan EV CKD?
  • JPJ Tangkap 3 Ulat Di KLIA 2, Sita Honda HR-V dengan Perodua Alza
    JPJ Tangkap 3 Ulat Di KLIA 2, Sita Honda HR-V dengan Perodua Alza
  • Skuad 42 JSPT: "Hambat Kome Sehingga ke Lubang Cacing"
    Skuad 42 JSPT: "Hambat Kome Sehingga ke Lubang Cacing"
  • #TahukahAnda: Tentang Proton S70 (2024) yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Proton S70 (2024) yang Perlu Anda Tahu

PANDU UJI

#PanduUji: Audi RS e-tron GT yang Fiil Tak Macam Bawa EV!

AUDI Malaysia bulan lalu mengadakan sesi pandu uji model elektrik Audi … [Baca Lagi...]

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my