• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ford Focus Jadi 'Kereta Paling Panas' di UK, Catat 530 Kes Curi Sepanjang Tahun Lalu

Ford Focus Jadi 'Kereta Paling Panas' di UK, Catat 530 Kes Curi Sepanjang Tahun Lalu

May 24, 2019 By AO Leave a Comment

30
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

FORD Focus disahkan sebagai kereta paling banyak dicuri di Britain sepanjang 2018, manakala daerah Staffordshire mencatatkan jumlah tertinggi kecurian di negara tersebut.

Tahun lalu, sebanyak 1,952 unit kenderaan Ford dilaporkan dicuri seluruh Britain, lebih banyak berbanding mana-mana jenama lain dengan pecahan 530 unit Focus dan 508 unit Fiesta, menjadikan kedua-dua model itu sebagai kenderaan paling banyak dicuri di negara berkenaan.

MODEL PALING LARIS, PALING BANYAK DICURI

Data itu diperoleh daripada permohonan Freedom of Information (FOI) yang dihantar kepada jabatan polis menerusi GoCompare, iaitu laman web perbandingan di Britain. Jenama automotif kedua paling kerap dicuri sepanjang tahun lalu jatuh kepada Vauxhall, iaitu sebanyak 909 unit, manakala Volkswagen ketiga, 466 unit.

Jika mengikut data model, Vauxhall Astra dan Corsa berada di kedudukan ketiga (344 unit) dan kelima (306 unit), dan disusuli Volkswagen Golf (340 unit).

Antara faktor kenapa ia menjadi sasaran pencuri ialah semua model tersebut juga model paling laris dalam negara. Misalnya, Fiesta ialah kereta baharu paling laris di Britain pada 2018, diikuti Golf dan Corsa di tempat kedua dan ketiga, manakala Focus keempat.

Selain itu, lokasi paling panas berlaku kecurian ialah di jalan raya Staffordshire yang menunjukkan 55 kes kecurian kereta tahun lalu, lebih banyak daripada mana-mana daerah seluruh Britain. Daerah kedua ialah Leicestershire (22 kes), manakala ketiga ialah Anlaby Road (18 kes) di Humberside.

BACA >>> Kajian: Toyota Yaris Kereta Terpakai Paling Reliabel UK Menurut What Car?

Data turut mendedahkan yang Polis Kent menjadi unit yang paling banyak mendapat laporan kecurian, iaitu 3,444 kes, diikuti Merseyside (2,774 kes) dan  Hampshire (2,468 kes).

SUMBER: AutoExpress

30
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Britain, Ford Fiesta, Ford Focus, Freedom of Information (FOI), GoCompare, Kereta Paling Banyak Dicuri, Roda4, UK

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah
    Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my