• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Ford Everest Baharu Kini Lebih Mantap & Tahan Lasak - Harga Jualan Serendah RM198,888

Ford Everest Baharu Kini Lebih Mantap & Tahan Lasak - Harga Jualan Serendah RM198,888

May 10, 2016 By Abang GYL Leave a Comment

FacebookTwitter

Ford Everest BaharuKHAS buat peminat SUV Ford, anda kini boleh mendapatkan Ford Everest baharu yang dijual pada harga serendah RM198,888.

Ford Everest baharu ditawarkan dalam varian pacuan 2WD dan 4WD. Ia hadir dengan dua pilihan enjin iaitu 2.2L Trend dan 3.2L TItanium.

Ford Everest Baharu

HARGA: (Tidak termasuk insurans)

  • Ford Everest 2.2L Trend 2WD - RM198,888
  • Ford Everest 3.2L Titanium 4WD - RM258,888

4 PILIHAN WARNA:

  • Sunset Metallic
  • Cool White (Putih)
  • Black Mica Metallic (Hitam)
  • Aluminium Metallic

Ford Everest Baharu_Pandulajudotcomdotmy (10)Ford Everest baharu direka untuk tahan lasak dan mampu mengharungi cabaran dengan mudah. Melihat keseluruhan Ford Everest, ia tampil dengan rekaan yang menarik dan mantap. Bahagian hadapan didatangkan dengan lampu nyalaan siang LED.

SUV dengan tujuh tempat duduk itu turut menawarkan ruang kabin yang lebih selesa dan mewah. Ruang kabin dipadankan dengan 30 ruang penyimpanan barang.

Lebih menarik, tempat duduk pada barisan ketiga boleh dikawal dengan kuasa elektrik - pertama dalam kelasnya.

Ford Everest BaharuAspek prestasi, Ford Everest baharu boleh didapati dalam pilihan enjin 2.2L dan 3.2L. Bagi Everest 2.2L, ia dipadankan unit enjin diesel TDCi 4-silinder Duratoq yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 158hp dan tork puncak 385Nm.

Manakala varian 3.2L pula dijana unit enjin diesel TDCi 5-silinder Duratoq. Ia menghamburkan kuasa sebanyak 198hp bersama tork 470Nm. Untuk makluman, kedua-duanya dipadankan dengan kotak gear automatik 6-kelajuan.

Selain itu, Ford Everest turut menampilkan ciri Terrain Management System dengan menawarkan empat mod pemanduan iaitu Normal, Snow, Mud dan Grass.

Ford Everest Baharu_Pandulajudotcomdotmy (4)Setiap mod pemanduan akan menukar maklum balas pendikit kenderaan, transmisi, sistem pacuan empat roda dan kawalan cengkaman pintar untuk membantu pemandu menangani apa jua keadaan dengan yakin.

Lebih mengagumkan, Ford Everest menerima pengiktiran 5-bintang daripada ASEAN NCAP. Antara ciri-ciri keselamatan standard yang ada pada Ford Everest adalah Roll Stability Control,Hill Launch Assist, Bantuan Brek Kecemasan, Lampu Brek Kecemasan, Trailer Sway Control dan Roll Stability Control.

Maklumat lanjut, sila layari laman web https://www.ford.com.my/suvs/all-new- everest.

Ford Everest Baharu
Ford Everest Baharu
Ford Everest Baharu
Ford Everest Baharu
Ford Everest Baharu
Ford Everest Baharu
Ford Everest Baharu
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Duratoq, Ford Everest, Ford Everest Baharu, Ford Malaysia, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
    Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
  • #TahukahAnda: Apakah Punat 'Shift Lock'? Bilakah dan Bagaimanakah Menggunakannya?
    #TahukahAnda: Apakah Punat 'Shift Lock'? Bilakah dan Bagaimanakah Menggunakannya?
  • #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan 4 Jenis Tayar Haus
    #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan 4 Jenis Tayar Haus
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

#PanduUji: KIA Carnival Bukan 'Peti Ais' Lebuh Raya, Lebih Selesa, Mewah untuk Keluarga

CARNIVAL ialah model pertama KIA yang diperkenalkan ke pasaran … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my