• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Ford, Coolhaus Jalin Kerjasama Perkenal Aiskrim Sandwic Konsep Mustang (2018)

Ford, Coolhaus Jalin Kerjasama Perkenal Aiskrim Sandwic Konsep Mustang (2018)

July 15, 2017 By AO Leave a Comment

FacebookTwitter


FORD bekerjasama dengan Coolhaus untuk meraikan Hari Aiskrim Kebangsaan dengan memperkenalkan perasa baharu yang diilhamkan daripada Mustang (2018) facelift.  Dipanggil 'Orange Fury', aiskrim itu menggunakan nama sama dengan warna baharu yang dikemaskini bagi model sport tersebut.

Aiskrim tersebut akan dikepitkan seperti sandwic  antara dua biskut cookies Vanilla Whoopie sebelum diberikan percuma kepada pelanggan di beberapa lokasi dalam New York. Bagi peminat Coolhaus dan Mustang yang tidak tinggal di bandar raya itu, mereka boleh dapatkan aiskrim Orang Fury tersebut daripada kedai Coolhaus di Culver City, California.

KLASIK LAMA & KLASIK BAHARU

ford-mustang-aiskrim-coolhaus-6
ford-mustang-aiskrim-coolhaus-2
ford-mustang-aiskrim-coolhaus-4
ford-mustang-aiskrim-coolhaus-7
ford-mustang-aiskrim-coolhaus-1
ford-mustang-aiskrim-coolhaus-3
ford-mustang-aiskrim-coolhaus-8
ford-mustang-aiskrim-coolhaus-5

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Coolhaus, Natasha Case berkata;

Saya memang peminat Mustang dan sangat teruja apabila mereka (Ford) datang kepada kami dengan projek istimewa ini.

"Apa lagi yang lebih menggembirakan apabila satu daripada klasik Amerika yang asli memilih Coolhaus, yakni klasik Amerika yang baharu, sebagai cara menambah keterujaan bagi inovasi terkini mereka."

Menambahkan lagi kehangatan aiskrim sandwic edisi terhad itu, Ford mengesahkan Mustang (2018) versi dipertingkat (facelift) akan dilancarkan pada 25 Julai ini. Ini bermakna kita akan didedahkan pelbagai siri perincian berserta teaser sepanjang dua minggu akan datang.

Terdahulu, Ford mendedahkan jentera ikonik itu akan dilengkapkan dengan sistem suspensi yang ditala semula, dan kluster instrumen digital baharu. Turut ditampilkan ialah enjin V8 dinaik taraf, transmisi automatik 10-kelajuan baharu dan Pakej Pony berkonsepkan retro.

SUMBER: Car Scoops

FacebookTwitter

Filed Under: Ford, Roda4 Tagged With: aiskrim Orange Fury, Coolhaus, Ford, Ford Mustang (2018) facelift, Ford Mustang 2018, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?
    #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?
  • #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?
    #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?
  • #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu
  • Yamaha NVX (2020) Perkenal Warna Baharu, Harga Kekal RM10,888
    Yamaha NVX (2020) Perkenal Warna Baharu, Harga Kekal RM10,888

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my