Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Firefly Sport, Kereta Mini Elektrik untuk Tarik Minat Pemandu Cilik!
Roda4

Firefly Sport, Kereta Mini Elektrik untuk Tarik Minat Pemandu Cilik!

Abang HirataBy Abang Hirata24/08/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


YOUNG Driver ialah syarikat memandu bawah umur 17 tahun yang ditubuhkan pada 2009 di Britain dengan aktiviti mengajar kanak-kanak dan remaja memandu lebih lama dalam usaha melahirkan generasi baharu pemandu lebih selamat sebaik saja mencapai usia 17 tahun.

Seperkara menarik, Young Driver menubuhkan Young Driver Motor Cars (YDMC), iaitu syarikat khusus mengeluarkan kereta elektrik, dan itu bukan model saiz penuh seperti biasa, tetapi dibuat khas untuk kanak-kanak.

BACA >>> Pakar Cadang Naik Had Usia Minimum Lesen Motor kepada 21 Tahun
BACA >>> Cikgu Pergi Tandas, Pelajar Sekolah Memandu Terlajak Masuk Longkang!

Kereta dengan nama Firefly Sport itu dihasilkan bagi menarik minat kanak-kanak kepada kereta dan pemanduan sejak usia awal dengan mendidik mereka mengenai keselamatan jalan raya dan kebaikan kenderaan bermotor masa depan sebagai pengangkutan objek yang baik untuk alam sekitar.

Firefly Sport ditayangkan buat kali pertama di Pameran Motor Britain 2022. Berikut ciri kereta elektrik itu:

  • Hanya berukuran 2,100mm panjang.
  • Dua kerusi tanpa bumbung atau dengan bumbung yang boleh ditempah sebagai tambahan.
  • Boleh memuatkan kanak-kanak berusia 4-10 tahun dan juga pemandu dewasa!
  • Menggunakan komponen dari Britain, termasuk bateri dan motor elektrik. Model ini juga didakwa sebagai EV buatan Britain pertama!
  • Casis daripada aluminium.
  • Suspensi independan di depan dan belakang.
  • Rak stereng dan pinan.
  • Bateri 12V boleh kitar semula dan ditanggalkan.
  • Motor elektrik kembar 24V.
  • Boleh dicas menggunakan tenaga solar.
  • Kelajuan maksimum mengikut jenis transmisi, 6.9kmj atau 1.9kmj untuk pemandu paling muda.
  • Dilengkapi fungsi pemati kawalan jauh dalam radius 200meter atau pemati automatik jika halangan dikesan untuk pemanduan lebih selamat buat pemandu baharu.
  • Panel meter digital yang memaparkan nama dan foto pemandu dengan tiga maklumat, iaitu kelajuan, jam dan jarak.
  • Turut dilengkapi kamera undur, lampu depan dan lampu belakang.

Selain spesifikasi, entiti di sebalik pembangunan FireFly Sport terdiri daripada individu dan firma hebat seperti:

  • Steve Rawson: pernah berkhidmat dengan Aston Martin. Bertanggungjawab dalam kejuruteraan pengeluaran FireFly Sport.
  • Dr Ian Pogson: mantan jurutera Jaguar Land Rover dan MG. Berperanan membangunkan trenkuasa.
  • Rekabentuk dihasilkan agensi automotif tahap satu (tier one) Puremedium berdasarkan input daripada YDMC dan disiapkan dalam tempoh enam bulan sahaja.

Firefly Sport disediakan kepada pemandu cilik 4-10 tahun di 45 pusat latihan Young Drivers seluruh Britain. Caj dikenakan cuma £20 (RM110) bagi tempoh 15 minit.

Kereta elektrik itu juga boleh dibeli sesiapa saja yang berminat, manakala harga akan diumumkan nanti. YDMC turut mempunyai perancangan membangunkan kereta yang boleh digunakan pemandu dewasa atas pelbagai kegunaan.

BACA >>> Ibu Bapa Beli Helmet Kanak-Kanak Tanpa Cop SIRIM Membimbangkan
BACA >>> Bajet 2022: Subsidi RM150 Beli Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak

Firefly Sport Young Driver Young Driver Motor Cars (YDMC)
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Civic Dengan Aksesori Mugen Baharu, Rim FS10, Performance Damper

    09/06/2026
    Volkswagen GTI Roadster Vision GT 2027
    Roda4

    Volkswagen GTI Roadster Vision GT Kembali Jadi Tumpuan

    09/06/2026
    Suzuki Malaysia perkenal barisan model SUV baharu
    Roda4

    Naza Eastern Lancar Barisan SUV Suzuki Baharu, Perkenal Jimny AllGrip Plus, Jimny Rhino Plus dan Fronx Sport

    09/06/2026
    Roda4

    Ford Everest 2026 Baharu Lancar di Malaysia dalam Tiga Varian, Harga Mula RM316,888

    09/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

    By Shazwan Hisam04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.