• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Festival Perlumbaan TOYOTA GAZOO Racing (TGR) 2018 Tamat Hujung Minggu Ini!

Festival Perlumbaan TOYOTA GAZOO Racing (TGR) 2018 Tamat Hujung Minggu Ini!

March 24, 2018 By AI Leave a Comment

FacebookTwitter


SELEPAS tiga pusingan mendebarkan, penganjuran sulung Vios Challenge sempena Festival Perlumbaan TOYOTA GAZOO Racing (TGR) kini tiba ke garisan penamat pada hujung minggu ini di Taman Teknologi Malaysia (TPM), Kuala Lumpur.

Pemenang pertama Vios Challenge akan ditentukan sebaik saja tamat perlumbaan pusingan akhir melibatkan 40 jentera
lumba Toyota Vios  yang berentap dalam tiga kategori berasingan: Sporting, Super Sporting dan Promotional.

BACA >>> 6 Perkara Perlu Anda Tahu Tentang TOYOTA GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge 2017

Bagi peminat permotoran, aksi perlumbaan dalam kategori Super Sporting pasti menjadi tumpuan yang membariskan pelumba tempatan disegani seperti Tengku Djan Ley, Syafiq Ali, James Verappan dan Boy Wong. Pengunjung kebanyakan pula ternanti-nanti aksi selebriti kegemaran masing-masing dalam kelas Promotional seperti Fattah Amin, Shukri Yahaya, Diana Danielle, Janna Nick, Geraldine Gan, Danny Koo, Venice Min dan Shawn Lee.

TEMUI ARTIS DRAMA BERSIRI

Festival Perlumbaan TGR bukan hanya terhad kepada peminat  sukan permotoran semata-mata, pengunjung biasa juga boleh berseronok dengan acara tahunan ini. Peminat drama bersiri, My Coffee Prince semestinya tidak mahu melepaskan peluang berjumpa selebriti popular tanah air Fattah Amin, Janna Nick dan Diana Danielle, termasuk Syafiq Ahmad dan Faez Azemi yang akan turut sama dalam sesi bertemu peminat.

Kepada pengunjung kanak-kanak, mereka akan dihiburkan maskot Didi & Friends, termasuk Pak Atan. Kepada yang berhasrat mahu menjadi berlakon, anda boleh hadir dalam sesi uji bakat terbuka yang akan dijalankan di ruang pameran Astro untuk tampil dalam drama saluran Astro.

PAMERAN MODEL BAHARU TOYOTA & AKSI DRIFTER JEPUN

Pengunjung berpeluang melihat lebih lebih dekat model terkini Toyota seperti C-HR yang baru saja dilancarkan, Hilux L-Edition, Sienta V, Innova X dan Avanza X.

Malah, peminat 4x4 boleh mencuba sendiri cabaran bersama Hilux dan Fortuner atas trek khas dengan halangan disediakan. Pasukan Toyota TopMark juga turun padang bagi menjalankan pemeriksaan segera terhadap kenderaan pengunjung jika mereka berminat melakukan tukar beli kenderaan.

BACA >>> 7 Sebab Kenapa Anda Wajib Turun Festival Perlumbaan Toyota Gazoo Racing di JB

Ini juga peluang akhir anda menonton aksi mendebarkan ditunjukkan drifter juara dunia dari Jepun, Masato Kawabata dan Hideyuki Fujino yang akan memukau khalayak ramai dengan skil pemanduan tersendiri dengan memandu Toyota 86 tajaan Toyo Tires.

MASUK PERCUMA

Bayaran masuk ke Festival Perlumbaan TGR adalah PERCUMA.  Acara akan bermula jam 9 pagi hingga 6.30 petang. Sebarang maklumat terkini boleh layari laman web, Facebook atau Instagram, Toyota GAZOO Racing Malaysia.

GALERI
tgr-racing-festival-final-2018-1
tgr-racing-festival-final-2018-2
tgr-racing-festival-final-2018-3
tgr-racing-festival-final-2018-4
tgr-racing-festival-final-2018-5
tgr-racing-festival-final-2018-6
tgr-racing-festival-final-2018-7
tgr-racing-festival-final-2018-8
tgr-racing-festival-final-2018-9
tgr-racing-festival-final-2018-10
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Artis Toyota Gazoo Racing, auto terkini, Avanza X, Fattah Amin, Hilux L-Edition, Innova X, Janna Nick, Sienta V, tgr, TGR Vios Challenge, Toyota C-HR, Toyota GAZOO Racing (TGR) Racing Festival, Toyota Vios, UMW Toyota Motor, Vios Challenge

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
  • Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
    Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
  • #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
    #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
  • #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
    #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my