• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kagum Sebab Laju Sangat, Ferrari Beli Xiaomi SU7 Ultra untuk Kajian

Kagum Sebab Laju Sangat, Ferrari Beli Xiaomi SU7 Ultra untuk Kajian

August 4, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

PENGELUAR supercar dari Maranello, Ferrari mengejutkan dunia automotif apabila dilaporkan membeli seunit model kenderaan elektrik (EV) dari China, Xiaomi SU7 Ultra untuk ujian dalaman.

Model EV itu dibeli Ferrari bukan untuk suka-suka, tetapi sebagai penanda aras prestasi dalam usaha membangunkansupercar EV jenama itu yang dijadual dilancarkan pada 2026.

Xiaomi SU7 di kilang Ferrari

Situasi tersebut nyata mengejutkan apabila pengeluar Eropah yang selama ini menjadi guru kepada automotif dunia, tetapi kini belajar daripada pengeluar baharu dari China.

Kenapa Xiaomi SU7 Ultra?

Xiaomi SU7 di kilang Ferrari
Xiaomi SU7 di kilang Ferrari

Xiaomi SU7 Ultra bukan sedan elektrik biasa, tetapi dilengkapi tiga motor elektrik dengan output kuasa mencapai 1,526hp, manakala pecutan 0-100kmj sepan tas 1.98 saat, dan kelajuan maksimum 359kmj.

Rekod rasmi di Litar Nurburgring mencatatkan masa 7:04.957 minit, sekali gus menjadikan sedan EV itu lebih pantas daripada Porsche Taycan yang menghampiri prestasi sebuah supercar tulen.

Lebih mengagumkan, semua itu hadir dalam bentuk sedan mewah 4-pintu, dan bukan kereta sport 2-kerusi yang dianggap Ferrari sebagai pencapaian yang wajar diteliti dan difahami.

Perubahan Arah Industri

Logo Ferrari

Sedekad lalu, pengeluar China sering dianggap peniru kerana menghasilkan kereta berasaskan rekabentuk dan teknologi Eropah. Kini realiti mula berubah apabila Ferrari sebagai jenama gah dalam dunia automotif sendiri mengakui keperluan memahami bagaimana Xiaomi berjaya mencapai tahap kejuruteraan sedemikian.

Faktanya, Ferrari bukan mahu meniru, tetapi mahu memahami mengenai:

  • Pengurusan haba bateri ketika pecutan ekstrem
  • Sistem agihan kuasa melalui tiga motor elektrik
  • Keseimbangan aerodinamik dan prestasi
  • Keselesaan dan kepraktisan harian walaupun dalam output kuasa ekstrem

Persediaan Supercar EV Ferrari

Supercar EV Ferrrari dalam kamoflaj
Supercar EV Ferrrari dalam kamoflaj

Supercar EV Ferrari dijadual muncul sekitar pertengahan 2026. Dengan Xiaomi SU7 Ultra sebagai rujukan, Ferrari kini berada di landasan membangunkan model EV yang bukan saja pantas, tetapi kekal berjiwa Ferrari yang penuh emosi, eksklusif, dan berkarakter.

Berbanding pesaing Eropah yang sibuk berlumba ke pasaran EV, Ferrari mengambil pendekatan berhati-hati tetapi teliti dalam usaha melancarkan model dengan teknologi dan pengalaman pemanduan matang.

Simbolik Perubahan Dunia Automotif

Xiaomi SU7 di kilang Ferrari
Supercar EV Ferrrari dalam kamoflaj

Bayangkan Ferrari, yang berpegang kuat pada DNA enjin pembakaran dalaman (ICE), kini menganalisis teknologi syarikat telefon pintar yang pasti bukan hanya soal kelajuan, tetapi mendefinisi semula kecemerlangan automotif dalam era elektrifikasi.

Jika Ferrari mahu kekal di puncak, mereka perlu belajar daripada terbaik. Dan buat masa ini, Xiaomi SU7 Ultra adalah antara terbaik dalam dunia EV prestasi," - kata seorang penganalisis industri.

Xiaomi SU7 di kilang Ferrari
Xiaomi SU7 di kilang Ferrari
Xiaomi SU7 di kilang Ferrari
Xiaomi SU7 di kilang Ferrari
Supercar EV Ferrrari dalam kamoflaj
Supercar EV Ferrrari dalam kamoflaj
Supercar EV Ferrrari dalam kamoflaj
Supercar EV Ferrrari dalam kamoflaj
Supercar EV Ferrrari dalam kamoflaj

SUMBER: F1RSTMotors | CarNewsChina

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Ferrari, Kenderaan Elektrik (EV), kereta elektrik, Supercar Elektrik, Supercar EV, Xiaomi, Xiaomi SU7 Ultra

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Laluan LRT3 Shah Alam Mungkin Tangguh Hingga 31 Oktober 2025?
    Laluan LRT3 Shah Alam Mungkin Tangguh Hingga 31 Oktober 2025?
  • BAS.MY Kini di Kedah, Perlis! Tambang Percuma Tanpa Had untuk Pelajar, OKU dan Warga Emas
    BAS.MY Kini di Kedah, Perlis! Tambang Percuma Tanpa Had untuk Pelajar, OKU dan Warga Emas
  • Hyundai TUCSON Baharu dan Hyundai SANTA FE Serba Baharu: SUV Moden Teknologi Tinggi untuk Gaya Hidup Aktif
    Hyundai TUCSON Baharu dan Hyundai SANTA FE Serba Baharu: SUV Moden Teknologi Tinggi untuk Gaya Hidup Aktif
  • #Perbandingan: Proton X50 Flagship vs Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH, Mana Lebih Berbaloi?
    #Perbandingan: Proton X50 Flagship vs Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH, Mana Lebih Berbaloi?

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev