Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#FaktaAtauAuta: Seberapa Tepatkah Spidometer Motosikal Anda?
Autotainment

#FaktaAtauAuta: Seberapa Tepatkah Spidometer Motosikal Anda?

WahidBy Wahid02/11/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEPANJANG pengalaman bekerja di kedai motosikal, antara pertanyaan yang sering saya dengar, kenapa ‘top speed’ motosikal berenjin sesaran kecil agak tinggi, sebaliknya ‘top speed’ motosikal berenjin sesaran besar pula tidak seberapa atau tidak sepadan prestasi?

Adakah berlaku ralat pada meter kelajuan (spidometer) mengikut jenis motosikal?

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapakah Kelajuan dan Bacaan Spidometer Moped Kerap Berbeza?

APAKAH RALAT SPIDOMETER?

Sebenarnya, setiap spidometer menunjukkan angka kelajuan yang lebih tinggi daripada sebenar kerana pengeluar mahu berikan ‘ruang’ kelajuan.

Dulu, perbezaan kelajuan berlaku kerana sesetengah pengeluar hendak menunjukkan kenderaan mereka lebih laju daripada pesaing. Fakta tersebut sukar disangkal kerana ketika itu masih belum wujud peranti pengesan halaju berasaskan radar.

Caranya, pengeluar menala spidometer untuk memaparkan kelajuan kira-kira 10 peratus lebih tinggi daripada sebenar demi keselamatan. Contohnya, angka spidometer 110kmj, tetapi kelajuan sebenar (~100kmj).

Jadi, sistem atau peranti pengesan halaju seperti sistem penguatkuasaan automatik (AES) dan radar mudah-alih  seperti digunakan polis akan mengambil kira tambahan 10 peratus itu.

Fakta spidometer tidak memberikan angka kelajuan sebenar dapat dibuktikan menerusi aplikasi mobil Waze yang menggunakan sistem navigasi berasaskan satelit (GPS) untuk bacaan kelajuan sebenar.

Aplikasi Waze juga mampu menentukan masa sampai ke destinasi (selain situasi lalu lintas secara masa nyata) yang mana pengiraan dibuat menggunakan formula masa = jarak/kelajuan.

BACA >>> GPS Motosikal: Waze vs Google Maps, Mana Satu Terbaik untuk Mat Motor?

FAKTOR PENGARUHI KETEPATAN SPIDOMETER

Ada beberapa faktor yang mempengaruhi ketepatan paparan spidometer, dan paling ketara ialah ukur lilit tayar yang dipasangkan pada rim.

i) Ukur Lilit Tayar

Sesetengah tayar motosikal mempunyai bahagian tengah lebih tinggi walaupun memiliki nisbah ketinggian bahagian tepi yang sama dengan tayar lain. Kita ambil contoh dua tayar saiz 140/70 R17.

Tayar A mempunyai bahagain tengah lebih tinggi daripada tayar B. Jadi, spidometer akan menunjukkan halaju lebih rendah apabila kita guna tayar A berbanding tayar B.

Ini kerana tayar dengan ukur lilit lebih besar akan berpusing lebih sedikit untuk mencukupkan jarak. Sebaliknya, tayar B menunjukkan halaju lebih tinggi kerana ukur lilit kecil akan berpusing lebih banyak dalam jarak tertentu.

Saya pernah guna tayar yang menunjukkan angka 110kmj pada spidometer, tetapi kelajuan sebenar mengikut Waze adalah lebih laju, iaitu 121kmj. Sebabnya? Tayar belakang lebih tinggi daripada standard. Kelajuan dibaca daripada pusingan rantai pacu (sesuatu yang biasa untuk motosikal besar).

Cerita lain pula adalah ketika saya dan rakan berkonvoi, terdiri daripada model Kawasaki seperti ER-6, Ninja 250, Ninja 150 RR KIPS dan sebagainya. Ada seorang rider KIPS tegur kami sebab henjut sampai 200kmj! Tidak betul pun sebab spidometer ER-6 kami baru cecah 160kmj saja. Sebenarnya, rider KIPS itu guna tayar sotong nipis. Kami diam saja sebab tidak mahu dia terasa hati jika ditegur.

Perkara sama juga berlaku untuk pemandu jika menukar tayar profil tinggi (high profile) atau rendah (low profile) tanpa menukar rim asal bersaiz sepatutnya.

ii) Tekanan Udara dalam Tayar

Tekanan udara yang kurang dalam tayar akan mengecilkan ukur lilit tayar, manakala tekanan lebih tinggi akan membesarkan ukur lilit. Kesannya seperti tertera di atas tetapi tidak banyak perbezaan dihasilkan.

NOTA

Sistem AES dan radar polis tidak membaca kelajuan motosikal dengan menjenguk spidometer motosikal atau kereta kita. Kami dedahkan fakta ini kerana masih ada penunggang yang berpendapat AES dapat ‘tengok’ spidometer dan ambil gambar nombor pendaftaran kenderaan apabila jarum meter menunjukkan kelajuan lebih tinggi daripada had laju dibenarkan.

Ini tidak tepat sama sekali kerana AES menggunakan sensor atas jalan, dan radar pula menggunakan gelombang elektromagnetik untuk mengesan kelajuan (kami akan paparkan cara kedua-dua sistem itu berfungsi dalam artikel akan datang).

BACA >>> #TahukahAnda: 10 Ciptaan Penting Dunia Motosikal yang Perlu Anda Tahu (Siri 1)
BACA >>> #TahukahAnda: 10 Ciptaan Penting Dunia Motosikal yang Perlu Anda Tahu (Siri 2)


PENUTUP

Seperti kami katakan, cara paling tepat mendapatkan kelajuan motosikal adalah menggunakan Waze. Tetapi jangan pula menunggang sambil sebelah tangan pulas terotel dan sebelah lagi pegang telefon. Bahaya beb!

Angka Spidometer autotainment Fakta atau Auta Meter Kelajuan roda2 spidometer
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Autotainment

    Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.