Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#FaktaAtauAuta: Benarkah Petrol Mudah Degradasi dalam Cuaca Sejuk?
Autotainment

#FaktaAtauAuta: Benarkah Petrol Mudah Degradasi dalam Cuaca Sejuk?

Han OthmanBy Han Othman11/11/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MUSIM hujan yang melanda seluruh negara ketika ini menyebabkan tahap kelembaban dan suhu udara bertukar lebih sejuk kerana kadar wap air tinggi.

Udara sejuk menghasilkan kadar oksigen tinggi yang sangat baik untuk sistem mampatan enjin kenderaan. Suhu udara yang sesuai bukan saja mempengaruhi komponen utama, tetapi juga aliran bahan api. Tahap tinggi oksigen mampu menghasilkan jumlah isian tangki yang cenderung lebih sejuk.

BACA >>> #FaktaAtauAuta: Benarkah Kerap Tukar Jenama Minyak Pelincir Punca Enjin Motor Cepat Rosak?

Jangan biarkan kereta anda tersadai lama tanpa dipandu.

Bagaimanapun, kandungan bahan api yang tersimpan lama dari semasa ke semasa mampu berubah sifat. Malah, ada anggapan kandungan petrol atau bahan api akan mengalami degradasi  jika kenderaan jarang digunakan seharian. Benarkah?

Pakar Konversi Energi Otomotif dari Universiti Negeri Semarang (Unnes) di Indonesia, Widya Aryadi berkata, udara sejuk mempercepat proses reaksi semula jadi ke atas perubahan kualiti bahan api.

Jika normal, reaksi semula jadi memerlukan masa kira-kira 10,000km, atau maksimum enam bulan. Tetapi jika kenderaan jarang dipandu, termasuk tidak pernah dipanaskan sama sekali mungkin cuma setakat tiga bulan.”

Risiko meningkat dua kali ganda jika jumlah isian tangki tidak penuh. Ini kerana ruang kosong dalam tangki akan mempercepatkan proses pemeluwapan bahan api (kondensasi). Ia semakin parah jika kenderaan diparkir di ruang terbuka. Panas terik matahari dan embun ketika malam dapat mempercepat proses semula jadi berkenaan.

Kelembaban udara sekeliling yang ekstrem mampu mempercepat proses reaksi semula jadi terhadap perubahan kualiti bahan api yang turun dengan sendiri. Ini membuatkan mampatan dalam kebuh pembakaran tidak maksimum,” kata Widya.

Malah pembakaran daripada bahan api yang mengalami degradasi akan menghasilkan lebih banyak kotoran karbon yang gagal dimampat enjin dengan sempurna. Secara teori, peningkatan jumlah pengeluaran karbon berpotensi mengganggu sistem pembakaran disebabkan pengumpulan kerak (deposit), sekali gus menyebabkan enjin mengalami letupan atau ketukan.

Ketukan akan mengurangkan kuasa enjin, termasuk melambatkan respons pecutan dari unit kawalan enjin (ECU). Dalam jangka masa panjang, pecutan akan jadi tidak responsif, sekali gus menyebabkan penggunaan bahan api yang banyak.

Bagi mengembalikan semula prestasi, ruang pembakaran enjin perlu dibersihkan, tetapi restorasi prestasi enjin sepenuhnya memerlukan kemas kini data mampatan yang bergantung kepada nisbah nyalaan enjin.

BACA >>> #TahukahAnda: Bolehkah Petrol Rosak atau Mengalami Degradasi?
BACA >>> Beckham Beli Saham Syarikat Restorasi Kereta Klasik Jadi Elektrik

autotainment Degradasi Petrol Fakta atau Auta Musim Hujan Petrol Mudah Degradasi ketika Sejuk tahukah anda Universiti Negeri Semarang
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026
Autotainment

Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

07/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.