Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Fakta atau Auta: Biar Betul Pergi Kerja Naik Motor Boleh Jimat Sampai RM10k Setahun?
Autotainment

Fakta atau Auta: Biar Betul Pergi Kerja Naik Motor Boleh Jimat Sampai RM10k Setahun?

ZYBy ZY22/03/20191 Comment
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BEBERAPA hari lalu, tular di media sosial pasal posting penjimatan hampir RM10,000 sekiranya kita memilih pergi kerja dengan bermotosikal berbanding memandu kereta.

Posting itu mendapat sambutan hangat, mungkin disebabkan pengiraan itu dilakukan seorang wanita. Mungkin juga tanggapan orang ramai, kaum wanita lebih berkira tentang bajet kewangan berbanding kaum lelaki, jadi pengiraan mereka mestilah boleh dipercayai.

Bagaimanapun, terdapat beberapa isu tentang pengiraan tersebut.

  • Tiada maklumat jarak perjalanan
  • Tiada maklumat kadar penggunaan bahan api

Jadi bagi menyemak kesahihan pengiraan tersebut, ini pengiraan yang kami lakukan untuk dapatkan jarak perjalanan kereta dan motosikal terlebih dahulu (berdasarkan info foto di bawah ini).

1. Anggaran Jarak Perjalanan Kereta (Myvi)

  • Kos petrol sebulan: RM2,400 / 12 bulan = RM200 sebulan
  • Jumlah liter petrol sebulan: RM200 / RM2.08 (harga 1 liter RON95 terkini) = 96.15 liter sebulan
  • Jarak perjalanan sebulan: 96.15 liter x 13km* = 1,250km sebulan
  • Jarak perjalan sehari: 1,153km / 22 hari bekerja = 56.8 km sehari

*Angka 13km berdasarkan purata penggunaan petrol Myvi 1.5L dalam bandar iaitu 13km/liter. 

2. Anggaran Jarak Perjalanan Motosikal

Berdasarkan harga cukai jalan dinyatakan iaitu RM30, kami anggap penulis mungkin merujuk kepada motosikal kategori 151cc – 200cc (mungkin skuter Yamaha NVX 155cc).

  • Kos petrol sebulan: RM360 / 12 bulan = RM30 sebulan
  • Jumlah liter petrol sebulan: RM30 / RM2.08 (harga 1 Liter RON95 terkini) = 14.42 liter sebulan
  • Jarak perjalanan sebulan: 14.42 liter x 45km* = 649km sebulan
  • Jarak perjalanan sehari: 649km / 22 hari bekerja = 29.5 km sehari

*Angka 35km berdasarkan purata penggunaan petrol Yamaha NVX iaitu 45km/liter.

Berdasarkan pengiraan di atas, jelas ada perbezaan ketara jarak perjalanan (56.8km vs 29.5km) antara kereta dan motosikal. Ini cukup untuk meragui kebenaran posting tersebut. Contoh diberikan tidak berasaskan jarak perjalanan yang sama. Misalnya, bandingkan kos kereta KL-Kodiang dengan kos motosikal KL-Ipoh walaupun kita semua sedia maklum yang kos motosikal lebih jimat.

Jadi….

(Pss… nak tanya, bawa kereta apa yang caj road tax sampai RM550? Mewah betul. Mungkin penulis keliru antara cukai jalan dan insurans. Kalau kereta termasuk kos insurans, kenapa motor tidak diletakkan sekali?)


BERAPAKAH KOS SEBENAR PERLU DITANGGUNG PENUNGGANG MOTOSIKAL DALAM SETAHUN?

Pertama sekali perlu dijawab, motosikal apakah yang sesuai ke tempat kerja?

Bagi kami untuk perjalanan sejauh kira-kira 25km sehala, motosikal 150cc  ialah pilihan seimbang antara kuasa dan kos. Boleh lihat kepada populariti Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R yang menjadi pilihan utama penunggang pelbagai peringkat pendapatan.

Jadi untuk pengiraan ini, kita gunakan Y15ZR sebagai asas rujukan.

* Fakta di bawah cuma anggaran pengiraan kasar, tertakluk perbezaan faedah pinjaman, kos senggara, petrol, cukai jalan, insurans dan ansuran bulanan. 

1. ANSURAN DAN CUKAI JALAN
Nak renew cukai jalan atau bayar saman? Anda pilih

Faktanya, pembelian secara pinjaman sukar dielakkan. Dari segi kos ansuran, ada banyak perbezaan mengikut tempoh pinjaman dan deposit (jika anda trade-in motosikal lama). Berdasarkan tinjauan, kebiasaannya ramai memilih ansuran kira-kira RM250 sebulan (pinjaman 4 tahun jika deposit rendah).

Jika menggunakan ansuran RM250 sebagai asas pengiraan:

  • Ansuran tahunan: RM250 x 12 bulan = RM3,000 setahun
  • Cukai jalan + insurans: RM2 + RM430 = RM432 setahun
  • Kos keseluruhan setahun: RM3,000 + RM432 = RM3,432 setahun#

* Insurans RM430 berdasarkan kalkulator insurans online di Autoworld.com.my

2. PETROL
Sebab dah save RM10k, bolehlah isi minyak mahal… Yeehuuu…

Berdasarkan angka purata penggunaan bahan api Y15ZR iaitu 40km/liter dan jarak perjalanan kira-kira 50km/hari:

  • Jarak perjalanan sebulan: 50km x 22 hari bekerja = 1,100km sebulan
  • Jumlah liter petrol sebulan: 1,100km / 40km = 27.5 liter sebulan
  • Kos petrol sebulan: 27.5 liter x RM2.08 = RM57.20 sebulan
  • Kos petrol setahun: RM57.20 x 12 bulan = RM686.40 setahun
3. SERVIS BERKALA
Ini kalau servis sebulan sekali, tauke kosmetik pun boleh bankrap

Rata-rata penunggang yang gemar membuat perjalanan jauh memilih untuk melakukan servis setiap 1,000km, bersamaan setiap bulan untuk perjalanan sehari 50km.

Kelebihan kerap menukar minyak enjin ialah untuk menjaga reliabiliti komponen dalaman enjin. Juga sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku kebocoran/kekurangan minyak enjin tanpa disedari. Bagaimanapun, jika mahu berjimat, penukaran setiap 2,000km-3,000km (2-3 bulan sekali) masih memadai.

Dari segi kos majoriti motosikal 150cc, kos penukaran minyak enjin termasuk penapis minyak (oil filter) ialah lebih kurang RM40 sahaja, termasuk kos tambahan seperti upah, dan lain-lain).

Andaikan kita memilih servis setiap 3 bulan, sama dengan 4 kali setahun;

  • Kos servis setahun: RM40 x 4 = RM160 setahun
4. HAUS DAN LUSUH (WEAR & TEAR)
Tengok tu, tak main la lepak bawah jejantas bang oi…

Lumrahnya, wear & tear pada motosikal melibatkan palam pencucuh, bateri, rantai, sproket dan tayar. Semua komponen tersebut tidaklah perlu ditukar setiap tahun, tetapi jika kerap menunggang jauh, sebaiknya dipertimbangkan.

Tayar misalnya, boleh ditukar lebih awal walaupun mampu mencapai perbatuan hingga 20,000km (kira-kira 1 tahun 6 bulan), bergantung faktor seperti ketebalan bunga dan kesan cuaca. Menyentuh kesan cuaca pula, perlu diambil kira juga kos sampingan seperti baju hujan dan sarung tangan yang menjadi antara kelengkapan penting penunggang harian.

Anggaran kos berikut untuk penunggang harian jarak jauh.

  • Kos tayar depan dan belakang: RM250
  • Kos rantai dan sproket: RM150
  • Kos palam pencucuh: RM10
  • Kos baju hujan atau kelengkapan lain: RM 100
  • Anggaran belanja keseluruhan (termasuk lain-lain): RM550 setahun

JUMLAH TANGGUNGAN PENUNGGANG MOTOSIKAL DALAM SETAHUN

Yamaha Y15ZR Petronas

Berdasarkan semua pengiraan di atas, anggaran jumlah keseluruhan ialah:

  • Ansuran dan cukai jalan: RM3,432
  • Petrol: RM686.40
  • Servis berkala: RM160
  • Haus dan lusuh (wear & tear): RM550
  • TOTAL: RM4,828.40 setahun#

BERAPAKAH PULA TANGGUNGAN PEMANDU KERETA?

Untuk perbandingan dengan kereta pula, kita gunakan artikel yang pernah diterbitkan sebelum ini. Senarionya masih sama, iaitu pemanduan harian 50km dengan Perodua Myvi dijadikan rujukan.

BACA >>> Beli Kereta Bukan Pasal Bayar Ansuran Bulanan Saja! Sara Myvi Pun Hampir RM1k Sebulan!

Berdasarkan pengiraan dibuat, belanja yang perlu ditanggung pemandu kereta ialah lebih tinggi, iaitu RM11,487.60 setahun.

Angka ini bagaimanapun, tidak mengambil kira kos tol dan parkir yang boleh menjangkau sekitar RM3,000 atau lebih setiap tahun bergantung kepada lokasi. Keseluruhannya, pemandu kereta perlu menanggung kos hampir RM15,000 setahun untuk ke pejabat.


JADI, BENARKAH BOLEH JIMAT HAMPIR RM10,000?

Mudah untuk dicongak, jelas terdapat perbezaan kos kira-kira RM10,000 (RM15,000 – RM4,828.40) setahun antara memandu kereta dan menunggang motosikal.

Bagaimanapun, penjimatan di atas hanya terpakai jika anda hanya ada motosikal saja. Jika mempunyai motosikal dan kereta, dan memilih untuk menunggang ke tempat kerja, tanggungan tahunan kita sebenarnya masih sama dengan memandu kereta, iaitu sekitar RM15,000 setahun, cuma kos tahunan petrol, tol dan parkir digantikan kepada kos tahunan keseluruhan motosikal.

Walaupun kereta anda mungkin cuma terperuk di parkir rumah, ia tetap perlu diservis sekurang-kurangnya dua kali setahun, dibayar ansuran bank sebulan sekali (jika berhutang), dan jangan lupa pula kos insurans dan cukai jalan.

Sekali lagi kami ingatkan. Ini cuma anggaran kasar mengikut jenis kereta/motosikal, jarak penggunaan dan gaya pemanduan/tunggangan yang pastinya berbeza. Namun, satu perkara yang pasti lebih menjimatkan sekiranya bermotosikal ialah MASA. Melainkan cuaca tidak mengizinkan, menunggang motosikal kekal sebagai medium pengangkutan yang lebih cepat dan tidak salah jika kami katakan – lebih menyeronokkan dan kurang stres.

Tak percaya? Bacalah artikel di bawah. 😉

BACA >>> Kajian: Penunggang Motosikal Paling Kurang Stres Atas Jalan

autotainment Fakta atau Auta kos memandu kereta kos sara kereta kos sara motosikal kos tunggang motosikal roda2 tip motosikal
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Hanway BOB250 bakal lancar hujung Februari 2026
Roda2

Hanway BOB250 Bakal Lancar Februari 2026, Harga Anggaran Bawah RM19,000

31/01/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

30/01/2026
Yamaha NMAX ABS 2026 | Malaysia
Roda2

Yamaha NMAX ABS 2026 Tampil Dua Warna Baharu, Harga Kekal RM11,498

26/01/2026
Lepas L8
Autotainment

#TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Sebut ‘Lepas’ yang Betul?

25/01/2026

1 Comment

  1. hamzah on 01/12/2023 11:47

    Moto x kena jem. Kereta kena jem. Kena kira tu jarak sama. Tp kalau jem sejam. Mcm jalan sejm perjalanan

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/20261
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Yamaha NMAX ABS 2026 | Malaysia
Roda2

Yamaha NMAX ABS 2026 Tampil Dua Warna Baharu, Harga Kekal RM11,498

By Syafie26/01/2026
MOT perkenal geran untuk menggantikan kereta lama lebih 20 tahun
Auto Terkini

MOT Lancar Geran Ganti Kereta Lama dengan Baharu, Peruntukan RM10 Juta!

By Syafie27/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.