• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / EV Premium Zeekr X, Zeekr 009 Rasmi Lancar di Malaysia

EV Premium Zeekr X, Zeekr 009 Rasmi Lancar di Malaysia

December 10, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


ZEEKR Malaysia secara rasmi melancarkan dua model kenderaan elektrik (EV) baharu, iaitu kenderaan pelbagai guna (MPV), Zeekr 009, dan kenderaan utiliti sukan (SUV), Zeekr X ke pasaran tempatan.

Zeekr X ini hadir dalam dua varian, iaitu Premium dan Flagship AWD, manakala Zeekr 009 juga ditawarkan dalam dua varian berasaskan konfigurasi 7-kerusi dan 6-kerusi.

Berikut perincian harga untuk setiap model dan varian.

MPV Zeekr 009

  • Zeekr 009 7-kerusi - RM349,800
  • Zeekr 009 6-kerusi - RM359,800

SUV Zeekr X

  • Zeekr X Premium - RM155,800
  • Zeekr X Flagship AWD - RM172,800

Setiap pembelian akan dipakejkan waranti kenderaan selama lima tahun atau jarak perbatuan 150,000km, dan waranti bateri lapan tahun atau jarak perbatuan 160,000km.

Bagi 500 pembeli pertama Zeekr akan layak menerima pakej pelancaran eksklusif yang terdiri daripada:

  • Pengecas rumah
  • Pengecas mudah alih
  • Filem cermin solar
  • Selimut matahari (Zeekr X sahaja)

Pemegang français jenama Zeekr di Malaysia ialah Sentinel Automotive Sdn Bhd dan kini terdapat dua bilik pameran dibuka, iaitu di Petaling Jaya dan Bandar Sunway di Selangor, manakala empat lagi bilik pameran akan didirikan di Kuala Lumpur, Pahang, Melaka, dan Sarawak.

SPESIFIKASI

zeekr-009-13
zeekr-009-15
zeekr-009-19
zeekr-009-6
zeekr-009-8
zeekr-009-5

Zeekr 009 dijana dwi-unit motor elektrik dengan pek bateri 116kWj yang memberikan output kuasa 450kW (603hp) dan tork 693Nm.

Pecutan 0-100kmj mengambil masa 4.5 saat, manakala jarak pemanduan mampu mencapai sejauh 582km.

zeekr-x-malaysia-17
zeekr-x-malaysia-19
zeekr-x-malaysia-5
zeekr-x-malaysia-6
zeekr-x-malaysia-4
zeekr-x-malaysia-21

Zeekr X memiliki kapasiti bateri 66kWj dengan jarak pandu sejauh 440km. Varian Flagship AWD menghasilkan output kuasa 315kW (422hp) dan tork 543Nm dengan pecutan 0-100kmj sepantas 3.8 saat.

Varian Premium pula menghasilkan output kuasa 200kW (268hp) dengan pecutan 0-100kmj mengambil masa 5.6 saat.

Proses penghantaran kepada pelanggan dijangka bermula pertengahan Disember ini.

zeekr-009-4
zeekr-009-17
zeekr-009-3
zeekr-009-13
zeekr-009-2
zeekr-009-1
zeekr-009-20
zeekr-009-6
zeekr-009-7
zeekr-009-9
zeekr-009-15
zeekr-009-5
zeekr-009-18
zeekr-009-10
zeekr-009-11
zeekr-009-12
zeekr-009-19
zeekr-009-16
zeekr-009-8
zeekr-009-14

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Zeekr 009, Zeekr Malaysia, ZEEKR X

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • #TahukahAnda: Kenapakah Lintasan Pejalan Kaki Ada Warna Putih dan Kuning?
    #TahukahAnda: Kenapakah Lintasan Pejalan Kaki Ada Warna Putih dan Kuning?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev