Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
Roda4

EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam04/11/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.

PROTON sekali lagi mencipta sejarah dalam perjalanan elektrifikasi menerusi pelancaran rasmi model Proton e.MAS 5 2026. Kenderaan elektrik (EV) mampu milik pertama negara itu direka khas untuk menjadikan mobiliti lestari dapat diakses semua rakyat Malaysia.

Bermula RM56,800 selepas rebat, ada dua varian ditawarkan: Prime dan Premium dalam lima warna pilihan: Moonstone White (putih), Marble Cream (kuning cair), Quartz Rose (merah jambu), Graphite Silver (perak) dan Slate Grey (kelabu).

Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.

Pelancaran, Sambutan Luar Biasa

Selepas penampilan sulung di Sidang Kemuncak ASEAN pada 28 Oktober yang turut disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Li Qiang dari China, pelancaran rasmi Proton e.MAS 5 diadakan di Sentul Depot. Majlis diserikan barisan kepimpinan tertinggi Proton, wakil DRB-Hicom, Geely Auto Group, dan pegawai Kerajaan.

Sejak tempahan dibuka 4 Oktober lalu, Proton e.MAS 5 menerima lebih 5,000 tempahan dalam tempoh tiga minggu yang membuktikan keyakinan pengguna terhadap EV mampu milik buatan tempatan.

Perkasa Generasi Baharu Pengguna EV

Kejayaan Proton e.MAS 7 yang kekal sebagai EV nombor satu di Malaysia selama sembilan bulan berturut-turut menjadi landasan kukuh untuk kemunculan e.MAS 5. Dengan 6,655 unit jualan terkumpul dan 24 peratus pegangan pasaran EV nasional, strategi elektrifikasi Proton terus menunjukkan hasil memberangsangkan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pro-Net, Zhang Qiang berkata, pelancaran itu menandakan komitmen Proton dalam menjadikan pemilikan EV lebih mudah diakses:

Kami mahu membawa teknologi hijau agar dapat dinikmati semua rakyat Malaysia, bukan hanya segelintir. Proton e.MAS 5 adalah langkah penting dalam menjadikan mobiliti elektrik lebih inklusif dan mampan.”

Rekabentuk Moden, Teknologi Pintar

Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.

Proton e.MAS 5 2026 direka untuk gaya hidup bandar moden, namun tetap mengekalkan keselesaan dan praktikaliti keluarga. Dengan jarak pemanduan WLTP hingga 325km, ia sesuai untuk kegunaan harian dan perjalanan hujung minggu.

Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.

Unit infotainmen definisi tinggi (HD) penuh 14.6 inci dipadankan kluster instrumen 8.8 inci digital, dikuasakan sistem ATLAS Auto yang menyokong arahan suara dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

EV itu turut dilengkapi Apple CarPlay dan Android Auto wayarles, serta aplikasi Proton e.MAS App, yang memberikan kawalan penuh terhadap status bateri, penyaman udara dan keselamatan kenderaan. Pengecasan pantas (DC) membolehkan tahap bateri meningkat 30 peratus kepada 80 peratus sepantas 21 minit.

Rekabentuk Elegan, Ruang Luas

Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.

Ruang dalaman tampil minimalis dan elegan menerusi padanan warna moden seperti Flint Grey (kelabu), Marble Cream (kuning cair), dan Quartz Rose (merah jambu).

EV itu menawarkan 32 ruang penyimpanan, but depan (frunk) 70 liter dan but belakang 375 liter (boleh diperluas hingga 1,320 liter). Jarak roda 2,650mm dan lantai rata memberikan keselesaan optimum kepada semua penumpang.

Ciri Keselamatan Kelas Atas

Proton e.MAS 5 dilengkapi 12 ciri Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) seperti Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Amaran Perlanggaran Depan (FCW) dan Pengesan Titik Buta (BSD). Struktur badan kukuh Star Armor Cage Structure (SACS) dan bateri CATL LFP dengan perlindungan 3+2 memastikan keselamatan maksimum dan ketahanan jangka panjang.

Pemanduan Mantap, Efisien

Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.

Dikuasakan motor belakang 85kW (150Nm), Proton e.MAS 5 mampu memecut 0-50kmj sepantas 3.9 saat dalam pacuan roda belakang (RWD) dan sistem kawalan traksi Global Traction Control System (G-TCS) memberikan kestabilan serta kawalan optimum dalam pelbagai kondisi jalan.

Lima Power Packs Eksklusif dengan Rebat Pelancaran

Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.

Sebagai penghargaan kepada pelanggan awal, Proton memperkenalkan lima Power Packs bernilai hingga RM8,000:

  • Power Xchange: Tukar kenderaan lama dan terima rebat RM2,000
  • Power Online: 5 tahun data Internet tanpa had bernilai RM1,800
  • Power Financing: Pinjaman 5 tahun kadar faedah 1.98 peratus bernilai RM1,700
  • Power Home: Pengecas dinding (wall charger) 7kW percuma bernilai RM1,500
  • Power Trade-In: Rebat tambahan RM1,000 untuk tukar beli

Harga, Waranti

Harga atas jalan (tanpa insurans):

  • Prime – RM59,800 (Semenanjung) / RM62,800 (Sabah dan Sarawak)
  • Premium – RM72,800 (Semenanjung) / RM75,800 (Sabah dan Sarawak)

Dengan rebat pelancaran RM3,000, harga promosi adalah seperti berikut, hingga 31 Disember 2025:

  • Prime – RM56,800 / RM59,800
  • Premium – RM69,800 / RM72,800

Waranti termasuk 6 tahun tanpa had perbatuan, dan 8 tahun, atau 160,000km untuk bateri dan komponen voltan tinggi. Maklumat lanjut boleh layari laman rasmi Proton e.MAS atau ikuti media sosial rasmi:

  • Facebook: Proton e.MAS Cars
  • TikTok: @protonemasofficial
  • Instagram: @protonemasofficial
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
kereta elektrik Proton PROTON Cars Proton e.MAS 5 Roda4
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    AFEELA Prototype 2026
    Auto Terkini

    Sony Honda Mobility Tamatkan EV AFEELA, Duit Pelanggan Pulang Balik!

    27/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Nissan Kicks e-POWER Terima Facelift di Thailand

    27/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Geely EX5 Max Dilancar di Thailand, EV SUV Segmen C dengan Jarak Hingga 525 km

    27/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: NIO Firefly Dilancar di Thailand, EV Hatchback Kompak dengan Sistem Tukar Bateri

    27/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Roda4

    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

    By Shazwan Hisam04/11/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.