• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / SUV EV Chery Omoda E5 Tayang di Malaysia, Lancar Mac 2024!

SUV EV Chery Omoda E5 Tayang di Malaysia, Lancar Mac 2024!

November 29, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter

CHERY Malaysia mempamerkan kereta elektrik pertama jenama itu untuk pasaran Malaysia, Chery Omoda E5 yang juga Chery Omoda 5 versi elektrik yang sudah dilancarkan di sini, tahun lalu.

Bagaimanapun, harga Chery Omoda E5 yang bakal berada di pasaran suku pertama 2024 itu masih belum didedahkan.

Berikut perincian Chery Omoda E5 pasaran Malaysia:

Bateri

  • Bateri lithium besi-fosfat (LFP) 61kWh, dipasang pada lantai kereta.
  • Jika dicas penuh, mampu dipandu sejauh 430km mengikut Prosedur Ujian Kenderaan Tingan Harmoni Sedunia (WLTP).
  • Dilengkapi pengecas AC (Type 2) hingga 9.9kWh dan pengecas DC hingga 80kW.
  • Dengan pengecas DC, pengecasan bateri 20-80 peratus mengambil masa 35 minit.

Prestasi

  • Dikuasakan motor elektrik tunggal di depan menghasilkan 201hp dan 340Nm.
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 7.6 saat.

Luaran

  • Lampu LED projektor.
  • Rim aloi 18 inci.
  • Tiada gril depan.
  • Bumbung suria panoramik.
  • Kerusi kulit.
  • Entri tanpa kunci (keyless).

Dalaman

  • Kerusi boleh laras elektrik
  • Unit infotainment 12.3 inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.
  • Kluster instrumen digital 12.3 inci.
  • Corong penyaman udara di belakang dan 2 port USB, Type-A dan Type-C.
  • Pedal syif belakang stereng.
  • Sistem audio Sony.

Ciri Keselamatan

  • 6 beg udara.
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Kawalan Traksi (TRC).
  • Kawalan Stabiliti Kenderaan (ESC).
  • Sistem Amaran Keluar Lorong (LDWS).
  • Pemantau Titik Buta (BSM).
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA).
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) halaju rendah
  • Amaran Perlanggaran Depan (PCW) dan Brek Kecemasan Autonomi (AEB).
  • Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB).
  • Bantuan Mula Daki (HSA) dan Kawalan Turun Bukit (HDC).
  • Sistem Pmantauan Tekanan Tayar (TPMS).
  • Sistem Pemantauan Pemandu (DMS).

Menurut Chery Malaysia, Chery Omoda E5 bakal dilancarkan Mac tahun depan sebagai unit import penuh (CBU) dari China.

Walaupun harga tidak didedahkan, tetapi Chery Omoda 5 (versi petrol) dijual di Malaysia pada harga RM108,800 dan RM118,800. Kemungkinan harga versi elektrik lebih mahal, tetapi jurang perbezaan harga dijangka tidak begitu besar.

Nantikan info lanjut mengenai model ini menjelang pelancaran rasmi tahun depan.

BACA >>> Chery Labur Lebih RM1b di Malaysia, Turut Sokong Pemasangan EV CKD
BACA >>> Chery Jawab Kenapa Pelanggan Lambat Dapat Tiggo 8 Pro

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Chery Malaysia, Chery Omoda E5 (2024), Roda4, SUV Elektrik, SUV EV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my