Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Eropah Terima Honda Jazz Facelift (2018), Tempahan Dibuka November Ini
Roda4

Eropah Terima Honda Jazz Facelift (2018), Tempahan Dibuka November Ini

Han OthmanBy Han Othman19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Jazz versi dipertingkat (facelift) kini siap sedia ditempah warga Eropah bermula November ini. Lebih istimewa model subkompak hatchback itu bakal didatangkan dengan enjin petrol baharu, 1.5L i-VTEC berkuasa 128hp dengan tahap ekonomi bahan api 5.4l/100km (52.3 UK mpg) dan pelepasan emisi C02 124 g/km.

Bersama padanan sistem transmisi variabel berterusan (CVT) yang ditala semula, Jazz facelift Eropah ini menawarkan respon pecutan yang lebih linear dan halus. Bagaimanapun, enjin terdahulu, 1.3L i-VTEC (101hp) masih lagi ditawarkan untuk semua varian sebagai sebahagian daripada trim Dynamic baharu, kecuali Sport.

Tambahan enjin baharu itu turut disertakan bersama naik taraf rupa luaran seperti spliter depan merah dan difuser belakang, sil skirt tepi, spoiler, lampu utama LED dan lampu kabus, serta rim aloi 16-inci hitam berkilat dengan tayar 185/55.

LEBIH SEGAR, BAHARU

Honda turut menaik taraf rupa dalaman Jazz Dynamic (2018) dengan menampilkan paten jalur halus unik untuk kemasan upholsteri, sulaman kontras jingga dan balutan kulit pada roda stereng, termasuk tombol gear. Berbanding model terdahulu, Jazz facelift kali ini bakal mengetengahkan rekaan lampu utama dengan ciri signatur tersendiri, gril silang, bampar depan dan belakang berbeza, dan opsyen warna metalik baharu – Skyride Blue (biru).

Fitur standard dilengkapi Sistem Aktif Brek-Bandar (CTBA), lampu utama automatik dan kawalan jelajah, manakala varian premium menawarkan ciri Amaran Rempuhan Depan (FCW), Amaran Tukar Lorong (LDW) dan Pengecaman Tanda Trafik (TSR) sebagai tambahan kepada entri tanpa kunci Entry & Go, sistem infotainment 7-inci, dan kamera undur.

Honda akan mendedahkan perincian lengkap Jazz facelift tersebut semasa Pameran Motor Frankfurt 2017, September ini, juga debut umum pertama. Proses penghantaran kepada pemilik-pemilik baharu kelas akan bermula awal tahun hadapan.

GALERI

SUMBER: Car Scoops

Honda Honda Jazz Honda Jazz facelift (2018) Honda Jazz facelift Eropah Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

#BIMS2026: Bangkok International Motor Show Ke-47 ‘Tayang’ Masa Depan Automotif

26/03/2026
Roda4

Caterpillar Perkenal Konsep Trak Heavy-Duty Berasaskan AI

24/03/2026
Auto Terkini

Geely Zhanjian 700, SUV Mewah dan Lasak, Fungsi Crab-Walk dan Redah Air 800 mm!

24/03/2026
Auto Terkini

Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

20/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
Petrol RON95
Auto Terkini

Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

By Syafie26/03/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Auto Terkini

Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

By Syafie25/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Roda2

MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

By Shazwan Hisam24/03/2026
Autotainment

Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

By Admin PanduLaju11/06/20166
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.