Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»EON & Sahabat Autofest 2025 Kembali, Tawar Rebat Hingga RM40,000!
Auto Terkini

EON & Sahabat Autofest 2025 Kembali, Tawar Rebat Hingga RM40,000!

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam08/08/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

EON & Sahabat Autofest 2025

SUBSIDIARI DRB-Hicom, Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON) melancarkan edisi kedua EON & Sahabat Autofest 2025 yang akan berlangsung bermula 8 hingga 10 Ogos bertempat di EON Glenmarie, Shah Alam.

Acara kali ini bukan sekadar karnival automotif biasa, tetapi pentas utama kepada EON untuk memperkenalkan identiti jenama baharu lebih moden dan menyeluruh yang disatukan di bawah satu visi dan slogan baharu. ‘Semangat Memacu Aspirasi’.

Penjenamaan Baharu, Slogan Baharu

EON & Sahabat Autofest 2025
Logo EON & Sahabat Autofest 2025

Ini melambangkan komitmen EON dalam menyampaikan nilai melalui inovasi, servis dan akses mobiliti menyeluruh kepada pelanggan.

Berurusan dengan EON bukan hanya satu transaksi, tetapi permulaan hubungan jangka panjang yang dibina atas kepercayaan.”  – Akkbar Danial, Ketua Pegawai Eksekutif EON Berhad

Pengenalan itu seiring usaha EON untuk menstruktur semula semua platform, perkhidmatan dan cawangan di bawah satu jenama konsisten demi meningkatkan sinergi serta kepercayaan pengguna.

8 Zon Aktiviti: Automotif, Gaya Hidup dan Keluarga

EON & Sahabat Autofest 2025
EON & Sahabat Autofest 2025

EON & Sahabat Autofest 2025 menawarkan pengalaman menyeluruh menerusi lapan zon aktiviti:

  • Pameran jenama automotif seperti Proton, smart, Mitsubishi, Honda, Isuzu, Audi, Volkswagen dan Daihatsu
  • Penyelesaian kewangan dan perkhidmatan selepas jualan
  • Aktiviti gaya hidup untuk seisi keluarga
  • Pelanggan yang mendaftar awal berpeluang memenangi barangan eksklusif seperti Hot Wheels Proton Saga Edisi Ulang Tahun ke-40

Pinjaman Lulus 30 Minit, Rebat Hingga RM40k

EON & Sahabat Autofest 2025
EON & Sahabat Autofest 2025

Satu lagi keistimewaan EON & Sahabat Autofest 2025 ialah kemudahan pembiayaan segera menerusi platform digital Tras. Pengunjung boleh memandu uji pelbagai model, dan mendapat kelulusan pinjaman bank dalam masa 30 minit sahaja.

Tawaran promosi dan rebat eksklusif hingga RM40,000 juga disediakan bukan hanya di lokasi acara, tetapi turut sah di semua cawangan EON seluruh negara.

Bidaan Kenderaan Terpakai Secara Digital

EON & Sahabat Autofest 2025
EON & Sahabat Autofest 2025

EON & Sahabat Autofest 2025 memperkenalkan sistem ‘Live Tender’, iaitu proses bidaan berlangsung secara dalam talian untuk kenderaan terpakai yang disahkan dengan menawarkan proses digital telus dan terbuka kepada semua.

Zon Kanak-Kanak, Penampilan Istimewa

Kanak-kanak juga tidak dilupakan dengan zon interaktif yang menyediakan:

  • Stesen unboxing Hot Wheels
  • T-shirt DIY
  • Ruang mesra ibu bapa

Acara turut dimeriahkan penampilan selebriti politik Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan, serta legenda rali negara Karamjit Singh pada 9 Ogos. Penutup festival menyaksikan konsert mini pada 10 Ogos yang menampilkan penyanyi Nolee dan Aisha Retno.

EON & Sahabat Autofest 2025 bukan sekadar festival, tetapi simbol transformasi EON dalam menjadi rakan mobiliti moden yang lebih dekat dengan pelanggan daripada pembelian hingga pemilikan jangka panjang.

EON & Sahabat Autofest 2025
EON & Sahabat Autofest 2025
EON & Sahabat Autofest 2025
EON & Sahabat Autofest 2025
EON & Sahabat Autofest 2025
EON & Sahabat Autofest 2025
EON & Sahabat Autofest 2025
EON & Sahabat Autofest 2025
EON & Sahabat Autofest 2025
EON & Sahabat Autofest 2025
EON & Sahabat Autofest 2025
EON & Sahabat Autofest 2025
EON & Sahabat Autofest 2025
EON & Sahabat Autofest 2025
EON & Sahabat Autofest 2025
EON & Sahabat Autofest 2025
EON & Sahabat Autofest 2025
EON & Sahabat Autofest 2025
EON & Sahabat Autofest 2025
EON & Sahabat Autofest 2025
EON & Sahabat Autofest 2025
EON & Sahabat Autofest 2025
EON & Sahabat Autofest 2025
EON & Sahabat Autofest 2025
EON & Sahabat Autofest 2025
Logo EON & Sahabat Autofest 2025
Auto Terkini DRB-Hicom Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON) EON EON & Sahabat Autofest 2025 Ketua Pegawai Eksekutif EON Berhad Akkbar Danial pameran kereta
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Syarikat Penerbangan Asia Mula Naikkan Harga Tiket

10/03/2026
Roda4

Porsche Pertimbang Satukan Model Taycan dan Panamera

10/03/2026
Auto Terkini

Chery TIGGO 7 Raih Empat Penarafan Keselamatan Lima Bintang Global

10/03/2026
Auto Terkini

JPJ Bakal Guna Dron Teknologi Tinggi Dalam Ops Hari Raya Aidilfitri

10/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.