Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Empat ‘Superman Temerloh’ Kena ‘Kutip’ Depan Rumah, Motor Disita
Auto Terkini

Empat ‘Superman Temerloh’ Kena ‘Kutip’ Depan Rumah, Motor Disita

FikriBy Fikri28/12/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

TIGA pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dan seorang pelajar yang membuat aksi ‘Superman’ dan menunggang secara berbahaya hingga terbabit kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) berhampiran Hentian dan Rawat (RnR) Temerloh, Ahad lalu ditahan, semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Polis Mazlan Hassan berkata, semua suspek berusia 19, 20, 22 dan 15 tahun itu ditahan di rumah masing-masing, jam 4.42 petang.

Bertindak atas maklumat berdasarkan video tular yang berlaku di Jambatan Ahmad Shah LPT1, Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Temerloh bertindak menjejaki suspek.

“Polis kemudian menahan keempat-empat suspek untuk membantu siasatan. Turut disita motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang digunakan.

“Semua penunggang turut dikesan mengalami kecederaan di bahagian tapak tangan, lutut, bahu, punggung dan kaki. Seorang lagi suspek masih dikesan dan diburu polis.”

Semua suspek dibawa ke Balai Polis Trafik Temerloh dan kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Terdahulu, polis memburu sekumpulan ‘Superman Jalanan’ yang tular di media sosial berikutan tular video aksi berbahaya itu di lebuh raya.

Dalam rakaman klip video 28 saat itu, kumpulan penunggang motosikal berkenaan dilihat bersaing sesama sendiri dengan beraksi ‘Superman’ sebelum salah seorang hilang kawalan dan terbabas.

Insiden menyebabkan beberapa penunggang lain di belakang turut terjatuh ketika cuba mengelak rakan yang terbabas.

SUMBER: Bernama

Auto Terkini Ipd Temerloh Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) Mat Rempit Superman
Fikri

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Geely Auto No.1 di China 2 Bulan Berturut-Turut!

10/03/2026
Roda2

2026 MV Agusta Enduro Veloce Dilancar, Travel Enduro Premium Harga Sekitar RM91k

09/03/2026
Auto Terkini

Viral Pemandu BMW 325i ‘Drift’ di Genting Highlands Ditahan Polis, Kereta Kena Sita

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.