Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»DURABIO™ – Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
Auto Terkini

DURABIO™ – Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100

Abang HirataBy Abang Hirata27/11/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

DALAM dunia motosikal hari ini, terdapat ‘perbincangan mesra’ di antara penggunaan cermin depan larasan manual atau elektrik yang masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.

Namun, Honda kini lebih fokus pada bahan DURABIO™, yang bukan sahaja digunakan pada cermin depan, malah merangkumi pelbagai komponen motosikal.

Honda memilih pendekatan triple action to zero, iaitu sasaran neutral karbon, tenaga bersih dan pengitaran sumber menjelang 2050.

Selain kenderaan elektrik dan penambahbaikan di pusat pengeluaran, Honda juga mengembangkan penggunaan bahan alternatif seperti plastik berasaskan bio, resin kitar semula dan penggunaan semula bahan automotif sedia ada.

DURABIO™ – Bahan Berasaskan Bio

DURABIO™ dihasilkan daripada Isosorbide, melalui penapisan kanji jagung kepada glukosa, sorbitol dan akhirnya isosorbide.

Bahan ini bebas petroleum, menawarkan ketelusan optik, kekuatan hentaman, rintangan calar dan ketahanan UV jangka panjang, serta membolehkan komponen dihasilkan tanpa proses mengecat, sekali gus mengurangkan pelepasan CO₂.

Model Honda Yang Menggunakan DURABIO™

  • CRF1100L Africa Twin (Mac 2024) – cermin depan berasaskan bio pertama dunia.
  • X-ADV – penutup skirt dan cermin depan.
  • Forza 750 – penutup tengah hendal dan kowl depan sisi.
  • NT1100 (25YM) – fairing depan baharu dengan sebahagian panel DURABIO™.
  • NC750X (25YM) – kowl tengah, pelindung sisi, kowl sisi belakang dan cermin depan, motosikal pertama Honda menggunakan DURABIO™ berwarna (Earth Black & Earth Ivy Ash Green).
  • CB1000GT (26YM, EICMA 2025) – cermin depan daripada DURABIO™.

Keseluruhannya, enam model Honda di Eropah kini menggunakan komponen daripada DURABIO™.

Kitar Semula Plastik & Bampar Automotif

Selain DURABIO™, Honda memperluas penggunaan bahan kitar semula untuk mengurangkan kebergantungan kepada plastik baharu.

Bampar kereta kitar semula, yang sebelum ini digunakan pada bahagian seperti pelindung bawah dan gril automotif, kini turut digunakan pada motosikal.

Contohnya, kotak bagasi NC750X 25YM dan X-ADV 25YM serta tapak tempat duduk Forza 750 25YM.

Honda juga menggunakan polypropylene (PP) kitar semula yang dibuat semula daripada sisa pengilangan komponen automotif dan peralatan rumah.

Bahan ini dihancurkan, diproses, dan dijadikan pellet baharu tanpa risiko tercemar, sambil mengekalkan sifat fizikal setara PP asli.

Model seperti X-ADV dan Forza 750 masing-masing menggunakan lebih 15 komponen daripada PP ini, manakala CB1000F 26YM menggunakannya pada madgad belakang dan panel bawah tempat duduk.

Mobiliti Lebih Bersih

Penggunaan DURABIO™ dan resin kitar semula dalam motosikal Honda bukan sekadar inovasi bahan, tetapi sebahagian daripada misi global untuk menawarkan joy and freedom of mobility sambil meminimumkan impak alam sekitar.

Inisiatif ini menjadikan motosikal Honda lebih efisien dalam pengeluaran dan selari dengan sasaran jangka panjang untuk pengurangan CO₂, pemeliharaan sumber dan peningkatan kebolehkitaran.

DURABIO Honda
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Batal 3 EV, Bos Besar Potong Imbuhan!

    14/03/2026
    Auto Terkini

    Porsche Esports Sprint Challenge Malaysia 2026 Dibuka, Final Di Sepang Ogos Ini

    13/03/2026
    Auto Terkini

    Ferrari Amalfi Spider Versi Bumbung Boleh Buka Tampil Anggun!

    13/03/2026
    Auto Terkini

    PLUS Jangka 2.3j Kenderaan Sehari, 34 Smart Lane Diaktifkan Sempena Aidilfitri

    13/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.