• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ducati V21L Mula Pasang, Akan Jadi Jentera Lumba MotoE!

Ducati V21L Mula Pasang, Akan Jadi Jentera Lumba MotoE!

January 31, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

37
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

KEJUARAAN Dunia FIM Enel MotoE 2023 menyaksikan Ducati membekalkan jentera lumba kepada pasukan yang bersaing.

Ini era baharu buat Ducati dan selepas setahun ujian pertama dilakukan pelumba uji Itali, Michele Pirro di Litar Misano World Circuit Marco Simoncelli, kerjacpemasangan jentera elektrik itu sudah bermula.

BACA >>> Ducati V21L Sebagai Jentera Lumba Kejuaraan MotoE 2023 Lancar!
BACA >>> Ducati Kongsi Video Tunggang Uji Prototaip MotoE di Itali

Pengeluaran prototaip jentera lumba elektrik Ducati V21L dimulakan pada Disember 2022 dan 23 unit akan tersedia pada pertengahan Februari ini. Sebanyak 18 unit akan digunakan untuk perlumbaan dan baki lima unit gantian disediakan kepada organisasi tersebut.

Setiap unit dipasang juruteknik pakar dalam Divisyen Perlumbaan MotoE Ducati dengan tahap perincian dan perhatian sama seperti pemasangan jentera MotoGP.

Projek motosikal elektrik itu dihasilkan dengan kerjasama jurutera penyelidikan dan pembangunan (R&D) Ducati dan Ducati Corse.

Tidak banyak diceritakan tentang spesifikasi akhir motosikal seperti keupayaan, pecutan, komponen dan sebagainya.

Jentera lumba Energica Eco sebelum ini menghasilkan 120kW (160hp), tork 200Nm, pecutan 0-100kmj sepantas 3 saat dan tempoh pengecasan 0-85 peratus sekitar 20 minit (pengecasan pantas).

Ducati memaklumkan V21L ibarat jentera elektrik MotoGP dan menggabungkan teknologi elektrik dan dimensi casis yang dibangunkan Ducati Corse. Rekabentuk pula tipikal sebuah Ducati yang kekal agresif walaupun tanpa ekzos.

Kejuaraan Dunia FIM Enel MotoE 2023 dijadual bermula pada Mei ini di Perancis. Secara keseluruhan, ada lapan pusingan utama dengan dua perlumbaan setiap pusingan, dan diadakan pada Sabtu.

Di sebalik projek ini timbul persoalan, adakah Ducati bakal menghasilkan motosikal elektrik pada masa depan?

BACA >>> Ducati Diavel V4 (2023) Diperkenal, Enjin V-Twin Diganti V4, Lampu Belakang Unik!
BACA >>> Kenapa Perlu Panigale Kalau Cuma Nak ke Kedai Depan Rumah? Naik Saja Ducati PRO-III

Artikel Berkaitan

37
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Ducati, Ducati V21L, FIM Enel MotoE 2023, Kejuaraan Dunia FIM Enel MotoE 2023, michele pirro, MotoE, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
    HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
  • Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu
    Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?
    #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my