Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Ducati Superleggera V4 Centenario 2026 – Superbike Paling Ekstrem Dunia, Hanya 500 Unit
Roda2

Ducati Superleggera V4 Centenario 2026 – Superbike Paling Ekstrem Dunia, Hanya 500 Unit

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam03/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Ducati Superleggera V4 Centenario 2026

JENAMA motosikal Itali, Ducati sekali lagi mengangkat standard superbike ke tahap baharu menerusi pengenalan model edisi khas Ducati Superleggera V4 Centenario 2026, yang dianggap sebagai motosikal jalanan paling ekstrem pernah dihasilkan pengeluar dari Borgo Panigale itu.

Dibangunkan sempena ulang tahun Ducati ke-100, model tersebut dihasilkan dalam 500 unit bernombor sahaja, sekali gus menjadi model paling eksklusif dalam sejarah jenama tersebut.

Lebih menarik, Ducati turut menawarkan 100 unit versi Tricolore bagi meraikan detik bersejarah itu.

Enjin 1,103cc V4, Cecah 247hp dalam Mod Trek

Ducati Superleggera V4 Centenario 2026

Nadi utama Ducati Superleggera V4 Centenari 2026 ialah enjin baharu Desmosedici Stradale R 1100 berkapasiti 1,103cc V4, dibangunkan khas untuk model berkenaan.

Dalam spesifikasi jalanan Euro 5+, enjin itu menghasilkan 228hp, manakala output meningkat kepada 247hp apabila dipadankan sistem ekzos lumba Akrapovič yang dibekalkan standard dalam kit trek.

Ducati mendakwa nisbah kuasa kepada berat mencecah 1.48hp per kg, satu angka luar biasa untuk motosikal pengeluaran sah jalan raya.

Casis Gentian Karbon Penuh

Ducati Superleggera V4 Centenario 2026
Ducati Superleggera V4 Centenario 2026 Tricolore

Apa yang benar-benar membezakan model itu adalah penggunaan gentian karbon secara menyeluruh pada casis. Antara komponen yang menggunakan material tersebut ialah:

  • frem depan
  • subfrem depan dan belakang
  • swingarm
  • rim sport
  • fairing penuh
  • pelindung komponen

Hasilnya, berat basah tanpa bahan api hanya 173kg, dan turun kepada 167kg apabila dipasang kit perlumbaan.
Ini menjadi Ducati Superleggera V4 Centenari 2026 antara superbike V4 paling ringan pernah dihasilkan Ducati.

Ducati Superleggera V4 Centenario 2026
Ducati Superleggera V4 Centenario 2026

Brek Karbon-Seramik Pertama Dunia untuk Motosikal Jalanan

Ducati Superleggera V4 Centenari 2026 turut mencipta sejarah sebagai motosikal jalanan pertama dunia menggunakan cakera brek karbon-seramik.

Sistem Brembo baharu itu menggunakan cakera 340mm karbon-seramik, yang dipadankan kaliper monoblok GP4-HY billet.

Berbanding cakera keluli konvensional, setiap cakera lebih ringan 450 gram, sekali gus mengurangkan inersia sehingga 40 peratus untuk respons stereng lebih pantas dan tepat.

Fork Karbon Öhlins Pertama untuk Motosikal Jalanan

Ducati Superleggera V4 Centenario 2026

Satu lagi teknologi pertama dunia adalah penggunaan fork terbalik (USD) bertekanan Öhlins NPX 25/30 Carbon pressurized dengan sarung (sleeve) gentian karbon.

Fork itu bukan saja lebih ringan berbanding Panigale V4 R, tetapi menawarkan fiil front-end lebih tajam ketika membrek dan masuk selekoh. Ini ialah teknologi yang jelas diilhamkan daripada MotoGP.

Di belakang, Ducati memasangkan absorber Öhlins TTX36 GP LW dengan pautan titanium bagi memastikan tahap ringan maksimum.

Aerodinamik daripada MotoGP

Ducati Superleggera V4 Centenario 2026

Dari segi rekabentuk, model itu menggunakan winglet dan pod sisi sudt (corner sidepods) yang diambil terus daripada superbike Panigale V4 R.

Teknologi ini membantu menghasilkan ‘efek tanah’ ketika motosikal berada pada sudut miring tinggi, sekali gus meningkatkan cengkaman tayar dan kestabilan di selekoh.

Liveri khas Rosso Centenario pula menjadi simbol ulang tahun Ducati ke-100, dan turut memberi ilham kepada liveri rasmi jentera MotoGP dan WorldSBK musim 2026.

Elektronik Tahap MotoGP

Ducati Superleggera V4 Centenario 2026

Pakej elektronik turut berada pada tahap tertinggi, seperti:

  • Kawalan Traksi Ducati (DTC) DVO
  • Kawalan Wheelie Ducati (DWC) DVO
  • Kawalan Gelincir (DSC)
  • Luncur Kuasa Ducati (DPL)
  • ABS Belokan (Cornering ABS)
  • Brek enjin Dinamik (DEB)
  • Ducati Quick Shift 2.0

Semua sistem itu dibangunkan bagi memberi pengalaman tunggangan hampir setaraf pelumba profesional.

Eksklusif untuk Pengumpul

Ducati Superleggera V4 Centenario 2026
Ducati Superleggera V4 Centenario 2026

Setiap unit dihantar dalam peti kayu eksklusif, lengkap dengan sijil ketulenan, tongkat padok, selimut motosikal, kit trek dan akses kepada pilihan MotoGP Experience untuk 26 pemilik terpilih.

Secara ringkas, Ducati Superleggera V4 Centenario 2026 bukan sekadar motosikal, tetapi karya kejuruteraan, simbol status dan item kolektor yang sangat langka. Bagi peminat Ducati dan superbike tegar, inilah definisi sebenar ‘dream bike without compromise’.

SUMBER: Ducati

Ducati Superleggera V4 Centenario 2026
Ducati Superleggera V4 Centenario 2026
Ducati Superleggera V4 Centenario 2026
Ducati Superleggera V4 Centenario 2026
Ducati Superleggera V4 Centenario 2026 Tricolore
Ducati Superleggera V4 Centenario 2026
Ducati Superleggera V4 Centenario 2026
Ducati Superleggera V4 Centenario 2026
Ducati Superleggera V4 Centenario 2026
Ducati Superleggera V4 Centenario 2026
Ducati Superleggera V4 Centenario 2026
Casis Gentian Karbon Desmosedici Desmosedici Stradale R 1100 Ducati Ducati Kingdom Ducati Panigale Ducati Superleggera Ducati Superleggera V4 Centenario Ducati Superleggera V4 Centenario Tricolore Extreme superbike roda2 superbike
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 Untuk Motosikal Elektrik

    03/04/2026
    BSH memang hadiah utama MMOTY 2026
    Auto Terkini

    BSH Dominasi Anugerah Allianz – Bikes Republic MMOTY 2026, Umum Peluas Rangkaian BigWing di Utara

    03/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HYLM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    03/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda4

    Isuzu D-Max 2026 2.2L 8AT Kini Jadi Single Cab Automatik Pertama Malaysia!

    By Syafie01/04/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Tesla Model Y L Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, SUV 6-Kerusi, Jarak 681km WLTP

    By Syafie30/03/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM198,000

    By Syafie03/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.