• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Dua Ferrari Terbabas Terbang, Rempuh Tembok Pagar Villa di Itali

Dua Ferrari Terbabas Terbang, Rempuh Tembok Pagar Villa di Itali

March 9, 2023 By Shawkath Leave a Comment

73
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

DUA Ferrari dilaporkan rosak teruk akibat hilang kawalan hingga terbabas dan terbang merempuh tembok sebuah villa di kawasan kejiranan Osimo, Itali, Sabtu lalu.

Detik dramatik insiden itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan aksi dramatik dua supercar tersebut. Kedua-dua pemandu dilaporkan selamat dengan mengalami cedera ringan.

BACA >>> Volkswagen Mk7 e-Golf Tewaskan Ferrari 296 GTB dalam Aksi Lumba Guna Mod EV
BACA >>> Ferrari 296 GTB (2022) dengan Enjin Hibrid V6 Kini di Malaysia, Harga RM1.2 Juta!

Menurut laporan media, pemandu Ferrari itu masing-masing berumur 50 dan 54 tahun, dari Belgium dan sedang bercuti dekat Ancona. Ada laporan mendakwa salah seorang pemandu berasal dari Belanda.

Kedua-dua pemandu dikatakan terbabas kerana melanggar tembok jalan dalam kelajuan tinggi. Situasi itu menyebabkan kedua-dua kereta terbang dan merempuh tembok dinding villa tersebut.

BACA >>> Naza Setuju Tamatkan Hubungan dengan Ferrari Sebab Faktor Strategi Perniagaan

Salah seorang pemandu dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum dibenarkan pulang.

Dalam rakaman CCTV, sebuah Ferrari 296 GTB Assetto Fiorano merah dilihat hilang kawalan sebelum diikuti kereta kedua jenis Ferrari F12berlinetta biru. Impak perlanggaran turut menyebabkan kereta kedua terbakar.

BACA >>> Enjin Ferrari V8 3.9L Turbo Rangkul Anugerah Enjin Antarabangsa Terbaik 2018
BACA >>> Ferrari SP51 Ini Dibuat Seunit Sahaja, Khas untuk Pelanggan di Taiwan!

SUMBER: CarScoops

Related

73
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Ferrari, Ferrari 296 GTB Assetto Fiorano, Ferrari F12berlinetta, kemalangan, kemalangan Ferrari, Osimo, Roda4, Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
    Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
  • Litar Antarabangsa Sepang (SIC): Lokasi Terbaik untuk Hari Trek, Acara Korporat, dan Pelancaran Automotif
    Litar Antarabangsa Sepang (SIC): Lokasi Terbaik untuk Hari Trek, Acara Korporat, dan Pelancaran Automotif
  • Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
    Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
  • Pembinaan LRT Laluan Mutiara di Pulau Pinang Bermula Secara Rasmi
    Pembinaan LRT Laluan Mutiara di Pulau Pinang Bermula Secara Rasmi

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev