Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Dr Li Chunrong Sah Dilantik CEO Proton Baharu – Pelan Pemulihan Jadi Matlamat Utama!
Auto Terkini

Dr Li Chunrong Sah Dilantik CEO Proton Baharu – Pelan Pemulihan Jadi Matlamat Utama!

Abang GYLBy Abang GYL29/09/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Dr. Li Chunrong
SEPERTI dijangka, DRB-HICOM mengumumkan perlantikan Dr Li Chunrong sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton yang baharu berkuatkuasa 1 Oktober 2017. Pelantikan Dr Li sebagai CEO baharu adalah menggantikan Datuk Ahmad Fuaad Kenali yang baru-baru ni mengumumkan peletakan jawatan beliau.

BACA >>> Ahmad Fuaad Lepas Jawatan CEO Proton – Pengganti Baharu Bakal Diumum Masa Terdekat

Menerusi perlantikan itu, Dr Li yang berpengalaman selama 30 tahun dalam bidang automotif seperti Kiai, Honda dan Dongfeng, akan memainkan peranan penting dalam pembangunan kenderaan baharu untuk Proton. Model pertama yang bakal diperkenalkan ialan kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama Proton, Boyue.

Beliau juga bertanggungjawab terhadap keseluruhan operasi Proton yang melibatkan pengeluaran, pembuatan, operasi, kualiti, penyelidikan dan pembangunan (R&D), termasuk pemasaran, manakala jawatan Timbalan CEO masih kekal diterajui Datuk Radzaif Mohammed yang akan bersama menyokong Dr Li dalam mengetuai pelan pemulihan Proton.

PELAN PEMULIHAN PROTON BERMULA

Sementara itu, Datuk Sri Syed Faisal Albar kekal sebagai Pengerusi Proton dan turut disertai ahli lembaga pengarah yang juga wakil DRB-HICOM, Shaharul Farez Hassan dan Amalanathan Thomas. Kedua-dua tokoh itu adalah sebahagian barisan pengurusan kanan dalam firma konglomerat Malaysia. Sementara itu, Geely Holding pula mencalonkan Daniel Donghui Li dan Feng Qing Feng untuk menyertai ahli lembaga pengarah Proton.

BACA >>> Spekulasi Li Chunrong Dilantik CEO Baharu Proton, Ini Jawapan DRB-HICOM…

Daniel kini memegang jawatan Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Geely Holding, manakala Feng ialah Naib Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Teknologi di Geely Auto, syarikat yang tersenarai di Bursa Hong Kong.

Sama seperti pendirian sebelum ini, kami secara peribadi memang tiada masalah tentang siapakah hero yang bakal memimpin Proton kembali ke landasan tepat asalkan zaman kegemilangan syarikat automotif nasional itu dapat bersinar semula. Lihat saja bagaimana Geely membeli Volvo dan menaikkan semula reputasi jenama automobil dari Sweden itu di pasaran antarabangsa.

Tidak kira siapa pun mengetuai Proton, kami mahu jenama nasional kita dapat meneruskan survival dalam industri automotif tempatan dan antarabangsa, sekali gus memacu ekonomi, teknologi dan kepakaran anak watan.

Selamat bertugas Dr Li!

Auto Terkini Boyue CEO Proton Dr. Li Chunrong Dr. Li Chunrong CEO Proton Geely Proton Roda4
Abang GYL

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda Insight Kembali, Jadi EV dan Bukan Hibrid, Gaya Crossover!

06/03/2026
JAECOO J5 lancar di Malaysia
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

05/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.