Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Dovizioso: “Marquez Payah Nak Masuk Sebab Ducati Memang Tak Perlukan Dia Pun”
Auto Terkini

Dovizioso: “Marquez Payah Nak Masuk Sebab Ducati Memang Tak Perlukan Dia Pun”

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju16/06/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ANDREA Dovizioso percaya Marc Marquez perlu meninggalkan pasukan Repsol Honda jika mahu memenangi satu lagi gelaran juara dunia MotoGP, sekali gus menyamai rekod pencapaian legenda Valentino Rossi.

Marquez masih terikat dengan kontrak bersama Honda hingga akhir musim MotoGP 2024. Bagaimanapun, pelumba Sepanyol mendakwa dibiarkan menunggang jentera yang ‘tidak membenarkan pelumba menunjukkan kemampuan sebenar’.

Sepanjang musim ini, Marquez kerap terbabas dengan gagal menamatkan tiga perlumbaan, iaitu GP Portugal, GP Perancis dan GP Itali.

Menariknya, Marquez terbabas ketika bersaing dengan pelumba lain untuk merebut podium dalam tiga aksi perlumbaan tersebut.

Ramai melihat Marquez sebagai pencabar utama juara MotoGP 2023, dan situasi itu dapat menjadi kenyataan jika beliau menggunakan jentera yang sesuai.

Di GP Itali, Marquez memberi bayangan mengenai statusnya bersama Honda. Walaupun masih mahu bersama pasukan pengilang itu, tetapi beliau tetap mahu jadi sebahagian pasukan kemenangan tanpa mengira siapa pengeluar.

Dovizioso berkata;

Sukar kita tengok Marc bersaing untuk kejuaraan dengan Honda, situasinya dah macam Fabio (Quartararo) dengan  Yamaha.

“Marc tak ada motor yang bolehkan dia buat macam tu. Ketika ini, motor Jepun tak bagus macam zaman dulu-dulu kerana banyak sebab.

“Mereka buat kerja dalam cara berbeza dan banyak buat perubahan dalam struktur untuk cuba naik macam pengeluar Eropah. Nak buat itu pun ambil masa bertahun-tahun.”

Sebagai mantan pelumba Yamaha, Dovizioso mengakui kebanyakan pengeluar Jepun kini ketinggalan di belakang pesaing dari Eropah.

Mungkin itu sebab Dovizioso berpendapat Marquez perlu beralih ke pasukan lain jika mahu merangkul satu lagi gelaran juara dunia, tetapi sukar jika membabitkan Ducati.

Dovizioso berkata;

Memang taklah. Mustahil sebab Ducati memang tak perlukan Marc pun. Aku rasa satu-satunya cara terbaik menang (title) adalah masuk satu jenama lain.”

SUMBER: Crash

2023 MotoGP Andrea Dovizioso Auto Terkini Marc Marquez MotoGP 2023 Repsol Honda roda2 sukan permotoran
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Syarikat Penerbangan Asia Mula Naikkan Harga Tiket

10/03/2026
Sukan Permotoran

Porsche Malaysia Hantar Naquib Azlan Ke Porsche Carrera Cup Asia 2026

10/03/2026
Roda4

Porsche Pertimbang Satukan Model Taycan dan Panamera

10/03/2026
Auto Terkini

Chery TIGGO 7 Raih Empat Penarafan Keselamatan Lima Bintang Global

10/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.